Friday 30 September 2011

Serius Indo - Kehidupan Penggeledah Sampah Di Jakarta Yang Menginsafkan (14 Gambar)


Hari Jumaat ialah hari insaf

Selamat datang ke Bantar Gebang, tapak pelupusan sampah terbesar di Jakarta. Terletak 30KM dari ibu negara Indonesia, Bantar Gebang, menempatkan 2000 keluarga yang kerjanya menggeledah sampah untuk dikitar semula untuk menyara hidup. Setiap hari dianggarkan lebih 6000 tan sampah warga Jakarta dilambakkan disini. Kerja sebagai penggeledah (scavenger) bukanlah mudah dan tidak lumayan. Dalam seminggu gaji purata mereka ialah RM125 (RP 350 000). Mereka bekerja siang ke malam mencari bahan yang boleh digunakan semula. Jika bernasib baik mereka mungkin terjumpa barang kemas atau alatan elektronik yang dibuang secara tak sengaja. Akibat terlalu daif ada dintara mereka yang mengitar semula sisa makanan yang dijumpai untuk mengalas perut. Dibawah ada foto seorang remaja Pamulung (nama panggilan scavenger sampah) yang membuat sate dari daging yang terbuang. Selain dari mengitar semula sampah mereka juga kadang kala terjumpa mayat orang. FFFFUUUU. Kebanyakkan diantara mereka beragama Islam dan walaupun pekerjaan ini dianggap kotor tak lupa solat jemaah. Insaf yet readers?

RALAT : Mekasih kepada semua yang bagi tau PAMULUNG itu apa. U guys are awesome


Serius Cool - Video Music Yang Lain Dari Yang Lain


First Person View for the win



Serius Fail - UiTM Menjual Daging Ular Di Kantin Kampus Mereka?


WHAHAHAHAAH

Cepat call JAKIM..... makanan di kantin UiTM ada DNA Ular! Ini haram tetapi haLOL!

Thanksr @maks_pain for the tip



Laporan asal UiTM

Serius Cool - Hotel Ryugyong Akhirnya Bakal Siap Selepas 16 Tahun Terbengkalai (9 Gambar)


Long Live Dear Leader

Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Ianya bakal dibuka sempena hari jadi Presiden Kekal Abadi Kim Il Sung ke 100. Hotel Ryugyong sebenarnya ialah projek keegoan kerajaan komunis Korea Utara yang pada ketika itu jeles tahap gaban dengan kejayaan syarikat Korea Selatan SsangYong menyiapkan Hotel Stamford Raffles di Singapura pada tahun 1986. Hotel tersebut ialah pemegang rekod hotel tertinggi dunia pada ketika itu. Hotel Ryungyong ialah the equivalent of zakar Korea Utara lebih besar dari zakar Korea Selatan. Korea Utara tanpa berfikir panjang membina hotel yang mempunyai ketinggian 105 tingkat ini. Masalahnya pada ketika itu keadaan ekonomi Korea Utara dalam keadaan nazak dan akibatnya pada tahun 1992 pembinaan terhenti. Kesatuan Soviet yang bubar mengejut pada tahun 1991 tidak lagi memberi dana kepada negara "persaudaraan Komunis" mereka. Maka Ryugyong menjadi bisul gergasi yang memalukan Kil Il Sung dan Kim Jong Il. Jika gambar Pyongyang diambil, Ryugyong akan dipadamkan. Sampai begitu sekali.

Pembinaan hanya disambung semula pada tahun 2008 oleh sebuah firma dari Mesir. Julai lalu pemasangan cermin luaran Ryugyong akhirnya siap. Kini tinggal proses menyiapkan bahagian dalaman hotel sebanyak 3000 bilik ini. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat beli belah, hotel berpusing, kasino dan rumah mandi Jepun. I find this both funny and sad. Funny pasal walaupun negara komunis tegar anti Jepun, Ryogyong masih menempatkan benda yang sangat kapitalis. Sedih kerana diakatakan USD2 billlion dibelanjakan bagi menyiapkan Ryogyong. Ini ialah wang yang sepatutnya diberikana kepada rakyat Korea Utara yang makan tak cukup. Sad! Hail COMMUNISM?


Serius VS - Perbezaan English USA Dan UK


Truth!



Laporan asal DjMick

Serius LOL - Akibat Bermain Mercun Haram : USA Version


HAHAHAHAHAHAHAHA!

Thanks
Dr Bong for the tip



Serius Shit - Kemusnahan Di Filipina Akibat Taufan Nesat (10 Gambar)


It's all gone

Taufan Nesat melanda Filipina rabu lalu mengakibatkan kemusnahan teruk. Sehingga kini 21 orang dilaporkan mati dan beratus lagi cedera dan beribu hilang tempat tinggal. Kemusnahan dijangka berlaku Sabtu ini apabila Taufan Nalgae pula akan melanda kepulauan Filipina. Terasa selamat di Malaysia. Ini semua adalah berkat doa Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. Hanya doa pemimpin agung seperti beliau mampu menyelamatkan kita dari kebinasaan seperti ini. #LMAO
<

Serius Cool - Arca Porselin Senggama Minda Kate Macdowell (10 Gambar)


Boom!

Woah....................


Thursday 29 September 2011

Serius LOL - Bila Koh Tsu Koon Kantol Pakai Photoshop : /K/ For The Win (9 Gambar)


LOWYAT ALWAYS DELIVURS!

Dato' Koh Tsu Koon kantol menggunakan photoshop bagi menunjukkan dia bersama DS1M dalam satu upacara naik basikal secara gerombolan. Bila dah kantol tahap dewa, gambar beliau menjadi mangsa PHOTOSHOP oleh warga Lowyat Kopitiam yang sememangnya doing it FOR THE LULZ. Dibawah ialah sebahagian kecil karya kreatif mereka. Nak lagi sila ke link forum disini


Serius Fail - FIFA12 Full of FaiL


Realism my ass! PES FTW!



Serius Cool - Muzium Kentang Goreng Di Bruges Belgium (11 Gambar)


Lagi muzium Makanan

Mari kita sambung tema muzium dan makanan. Sebelum ini ada aku paparkan muzium mee segera oleh Nissin. Hari ini kita pergi ke Muzium Kentang Goreng atau Frietmuseum di Bruges Beligium. Tahukah anda walaupun kentang goreng dipanggil FRENCH FRIES, ianya dipercayai berasal dari Belgium? Mengikut pendapat para pengkaji sejarah kentang mula digoreng sekitar 1680. Sebabnya ialah masalah kekurangan ikan di Lembah Meusse Belgium. Kentang dipotong menyerupai ikan yang difillet dan digoreng secara deep fried. Kentang goreng pun secara tak langsung tercipta.

Jadi kenapakah kentang goreng kini dikenali sebagai FRENCH FRIES? Menggoreng makanan secara deep fry dipopularkan oleh orang Perancis. Suatu ketika dahulu bila kentang digoreng ia dikatakan French Fried Potatoes. Lama-kelamaan jadi French Fries. Muzium kentang goreng ini sudah dibuka sejak 2008 dan mempamerkan alatan-alatan yang digunakan bagi mengahsilkan dan memasak kentang goreng sejak zaman berzaman. YUM! Rasa macam nak pergi McD beli fries sepam tetiba


Serius WTF - Animated GIF Paling LOLWUT Hari Ini #2


Herp derp................




Dan Chloe Moretz pun .........



Serius Sadis - Bapa Kehilangan 5 Anak Dan Isteri Solat Jenazah Walaupun Melecur Teruk (8 Gambar)


Innalillah

Dibawah ialah gambar Bassam Kua (51) yang menghadiri upacara pengkebumian isteri dan 5 orang anak beliau di Ilford, London. Keenam-enam mereka meninggal dunia dalam sebuah kebakaran sabtu yang lalu. Sungguhpun melecur beliau tetap hadir bagi menyolatkan mereka sebelum jenazah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace. Sungguh sedih apabila keluarga yang dibina hilang sekelip mata. Seorang lagi anak beliau berumur 16 tahun kini didalam unit kawalan rapi tetapi dilaporkan stabil. Kalau korang macam mana? Takziah buat Encik Bassam. Tak sangka dibulan Syawal yang sepatutnya gembira bertukar menjadi duka


Serius Shit - Fizik Dan Spring Slinky : MINDBLOWN


Fizik is awesome siak!

Woah................ ini .... ini memang tak disangka



Serius Cool - Dante's Inferno : Arca Gergasi Yang Diperbuat Dari Pasir (15 Gambar)


Super duper detail siak!

Arca pasir dibawah diukir oleh Ray Villafane untuk festival membina istana pasir di Jesolo, Itali. Karya beliau dinamakan Dante's Inferno dan bagi sebuah arca pasir tahap ketelitiannya sangat impresif. Tambah impresif Ray Villafane sebelum ini hanyalah seorang pengukir labu. Beliau hanya mengukir menggunakan pasir sejak 3 tahun yang lalu. Superb!


Serius Cool - Apartment Mewah Di Bishan Singapura (10 Gambar)


HDB is so passe!

Di Singapura akibat kekurangan tanah kebanyakkan rakyatnya terkpasa duduk didalam flat yang dibina Home Development Board. Yang kaya sahaja yang boleh ada rumah bertanah. Flat HDB yang kecil tidak dapat memenuhi kehendak golongan kaya yang semakin membesar di negara Singa Selatan ini. Oleh yang demikian sebuah syarikat pemaju di Singapura bercadang membina projek apartment mewah di Bishan. Ianya kompleks 500 unit apartmem yang setiap satunya mempunyai keluasan diantara 680 hingga 3000 kaki persegi. Dua menara apartment ini disambungkan dengan jambatan yang menjadi taman tergantung diudara. Bagi pemilik apartment atas pula ada kolam renang diatas tingkat paling atas. Sangat cool beans! Projek ini bakal siap pada tahun 2015.


Wednesday 28 September 2011

Serius Hot - Anne Hathaway (10 Gambar)


I just leave it here............

She is my new obsession..................


Serius LOL - Bila Namawee Emosi Dengan Utusan


RAAAAAAAAAAAAAAAAGE!!!!!!!!!

Thanks @faiz_djamil for the tip



Serius Sadis - Pemburuan Ikan Paus Tahunan Kepulauan Faroe (18 Gambar Ganas)


SADDDDDDDDDDDD!!

Bila berbicara tentang pemburuan paus negara yang sering dikaitkan dengan pemburuan haiwan mamalia ini ialah Jepun. Kalau menonton Discovery Channel you get the impression that Jepunlah negara yang paling kejam didunia dalam hal pembunuhan paus. This is not actually true. Di Kepulauan Faroe, sebuah daerah dibawah jajahan takluk Denmark berlaku acara tahunan yang dipanggil "Grindadráp". Ianya hanya dilakukan oleh golongan lelaki dan diadakan ketika musim panas. Setiap tahun lebih 900 ikan paus pemandu (pilot whale) dibunuh oleh penduduk Faroe mengikit tradisi Grindadráp yang sudah berlangsung sejak 1584. Ikan paus ini pada awalnya dikepung dengan menggunakan kepong dan dihalau masuk kedalam sebuah teluk. Di pandai teluk berpuluh -puluh peserta Grindadráp akan membunuh paus yang sudah terperangkap. Mereka menggunakan cangkuk pada lubang udara ikan paus sebelum menyembelih mereka menggunakan Grindaknívur , sebuah parang khas yang direka untuk kegiatan pemburuan paus.

Setiap tahun pihak pencinta haiwan melobi supaya kerajaan Denmark mengharamkan pemburuan tahunan di Faroe. Malangnya mereka enggan melakukannya atas dasar "tidak mahu menyebabkan kepupusan tradisi tempatan". Pihak pecinta haiwan merasakan pengharaman harus dilakukan kerana jumpah paus pemandu sudah semakin sedikit dan pembunuhan secara pukal ini hanya akan menyebabkan kepupusan. Tambah sedih lagi paus pemandu yang dibunuh dibunuh secara rawak tanpa mempedulikan pais itu sedang membesarkan anak atau sedang mengandung. Semuanya dibunuh atas nama tradisi. Dibawah ada gambar fetus paus yang dirobek keluaar dari perut ibunya yang juga mati. SAD ASS SHIT!


Serius Cool - Bugatti Galibier : Veyron Versi 4 Pintu (16 Gambar)


Dayyum

Syarikat Bugatti kini dalam proses menghasilkan Bugatti Galibier, kereta mewah empat pintu bagi menggantikan Bugatti Veyron. Konsep Bugatti Galibier sudahpun ditunjukkan semenjak 2009 tetapi penghasilannya hanya akan bermula tahun ini bergantung kepada persetujuan Volkswagen sebagai pemegang saham majoriti syarikat. Ia akan diperkasakan dengan enjin 1000 kuasa kuda yang digunakan Veyron cuma empat quadturbo yang sedia ada digantikan dengan dua supercharger. Pihak Bugatti percaya konfigurasi baru ini mampu menaikkan lagi keupayaan kuasa kuda bagi Bugatti Galibier. Harga masih belum ditetapkan tetapi apa yang pasti aku blogging sehingga Malaysia akhirnya menang World Cup atau Safi Sali main untuk Chelseapun tak akan termampu dowh!


Serius LOL - Video Paling WTFBBQ Hari Ini #2


I Cannot Brain This



Serius Cool - Maharajas Express : Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India (14 Gambar)


Gila ah mewah!

Maharajas Express ialah perkhidmatan keretapi mewah yang ditawarkan di India. Ia mempunyai 5 koc deluxe, 6 koc suite kecil, 2 koc suite besar dan satu koc kelas Presiden. Kesemua bilik didalam koc ini dihiasi dengan cukup mewah sekali dan untuk koc suite dan presiden dilengkapi dengan tandas persendirian lengkap dengan tab mandi! Bagi menunjukkan lagi kemewahan Maharajas Express mempunyai 2 koc dewan makan yang juga dihiasi macam rumah pegawai kerajaan korup makan duit rakyat. HAHAHA.

No seriously memang mewah gila Maharajas Expres ini. Selain hiasan dalaman yang opulent pihak Maharajas Exprees menyediakan seorang butler bagi setiap bilik kelas presiden dan suite besar. Kelengkapan skrin LCD dan internet jalur lebar juga disediakan. Harga tiket Maharajas Express ialah diantar USD800-2500 sehari. Termasuk dalam pakej mewah ini ialah perkhidmatan pemandu pelancong disetiap bandar keretapi ini berhenti. Maharajas Express ialah inisiatif kementerian pelancongan India bagi menarik pelancong kaya yang mahu mengembara keserata India dalam keadaan mewah dan selesa. Amaciem? Ada duit lebih?


Serius Sadis - Gambar Terakhir Michael Jackson


Hngh!

Ini ialah gambar terakhir arwah Michael Jackson yang diambil selepas beliau meninggal dunia di hospital tanggal 25 Jun 2009. Gambar ini ditunjukkan oleh pihak pendakwaraya kepada umum buat pertama kali hari ini bagi mendakwa Dr Conrad Murray atas kesalahan memberi Michael dadah sehingga beliau mati. Sad....... RIP Michael



Laporan asal ABC

Serius LOL - Jika Artis-Artis Didunia Adalah Sayur-Sayuran (5 Gambar)


HEHEHEE


Tuesday 27 September 2011

Serius Cool - Evolusi Rambut Wanita Sejak Zaman Berzaman


Very very cool!



Serius LOL - Entry Membahan Mac User


HAHAHAHAHAHA!







Serius Cool - Mari Melawat Pejabat Baru Adidas (10 Gambar)


Impossible is Nothing

Dibawah ialah pejabat baru Adidas yang terletak di Herzogenaurach, Jerman. Disinilah produk baru Adidas akan direka. Amacam? Ofis korang macam ini kah?



Serius Indo - Cerita Keagamaan Indo Yang Sangat LOLWUT


BEST ENDING EVER!

I love indo religious shows coz they are ridiculous and full of LULZ



Serius Cool - Darth Knight : Dath Vader + Batman (8 Gambar)


Cool!

Bila Dath Vader dan Batman dimashup kan maka terhasillah Darth Knight. Ini ialah kostum custom rekaan Malmey Studios. Sangat cool!


Serius LOL - Bila Joker Bersenggama Dengan Carmen Sandiego Dapat?


Hew Hew Hew



Monday 26 September 2011

Serius Cool - Mirror Clearer : Wiper Cermin Tandas Yang Awesome


Do want!

Aku cukup rage bila lepas shower dipagi hari cermin tandas berkabus. Lap dengan kain tuala tak efektif. Jadi bila aku jumpa Mirror Clearer ini aku terus berkata "why didn't i think of this shit?". Mirror Clearer dijual dengan harga EUR 15 setiap satu dan boleh dibeli disini



Serius Hot - Mari Belajar Bermain Ragbi (NSFW)


hmmmm.. lets ruck together!




Serius Konsep - SWYP : Mesin Pencetak Mesra Pengguna (12 Gambar)


I hate printers

Korang benci printer tak? Aku benci gila babi. Terutama masa zaman student. Ada printer tapi bila print artwork untuk submit kepada lecturer ada sahaja error. Kertas stuck. Paper stock salah. Print senget.... dan paling emo bila nak print borderlesss dia ada border and bila nak print ada border dia jadi borderless. Pendek kata walaupun komputer kita 16 cores sekalipun bila tiba bab mencetak dokumen dan gambar ianya masih tidak banyak berubah dari zaman Windows Me.

Disinilah konsep mesin pencetak SWYP: See What You Print, mampu mengurangkan rage bila menggunakannya. SWYP iala konsep mesin pencetak rekaan firma Artefact. Ianya didatangi skrin LCD sesentuh yang memudahkan anda membuat "cropping" area yang mahu dicetak. Jumlah dakwat yang tinggal juga boleh dilihat dengan mudah. SWYP juga boleh disambungkan kepada internet dan anda boleh mencetak terus gambar dari akaun Flickr, Facebook ataupun Picasa tanpa perlu pening kepala. Nice idea!


Serius LOL - Peta Stereotaip-Stereotaip Dunia (10 Gambar)


Sila baca jgn butthurt

Peta-peta stereotaip dunia oleh AlphaDesign


Serius LOL - Iklan Yang WIN

WIN!



Laporan asal DesignYouTrust

Serius VS - Anjing vs Manusia (2 Bahagian)


Woof Woof!


Serius Cool - Mengenali dan Memahami Fungsi Terbaru Yang Diperkenalkan Facebook


Tak pening kepala lagi

Anda tak berpuas hati dengan fungsi yang diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg? Video dibawah ialah tutorial mudah yang dihasilkan pihak AMANZ.MY untuk mereka yang confuse. Tahukah anda AMANZ.MY akan cuba mengasilkan lebih banyak video ulasan produk dan aplikasi seperti dibawah dalam Bahasa Kebangsaan? Jika anda suka apa yang mereka hasilkan silalah ke AMANZ.MY setiap hari. Good website!

Ehsan Amanz.my



Serius Kreatif - Arca Kinetik Diatas Jam Tangan Dominic Wilcox (12 Gambar)


Sweet!

Arca kinetik bukanlah sesuatu yang baru. Sudah wujud arca kinetik sejak zaman rom lagi dimana sebuah patung boleh begerak dan menuangkan wine kepada mereka yang hadir pada pesta BACCHUS yang dianjurkan Maharaja Nero. Tetapi arca kenetik pada skala kecil yang dibuat diatas muka jam dibawah ini bagi aku adalah sangat kreatif. Ianya dihasilkan oleh Dominic Wilcox seorang artis yang menetap di London.What do you guys think? Nice eh?


Serius Shit - Mangsa-Mangsa Perang Antara Kartel Dadah Di Mexico (10 Gambar)


Dayum

Sebelum ini aku ada paparkan apa terjadi kepada pegawai polis yang cuba double cross kartel dadah dan Datok Bandar yang berani menentang mereka. Hari ini kita tengok apa terjadi bila kartel dadah berperang sesama sendiri. Yang menjadi mangsa ialah ahli kartel dadah, polis dan paling sadis orang awam yang tak bersalah. Luckily di Malaysia kita tak ada kes sadis macam ini lagi berkat kepimpinan Dato Seri Rosmah Mansur.


Serius - Kenapa Anda Harus LIKE Facebook Page Blogserius


Promosi Cheap Skate

Banyak terima tweets dan komen dua hari kebelakangan ini bertanya pada aku

"Obe bila nak update blog siak?"

Maaflah tapi hujung minggu yang lepas ini aku menghadiri kursus kahwin. Maka memang tak ada masa nak mengemas kini blog macam weekend yang biasa. Kena pulak bilik kursus tu sejuk semacam sampai demam aku dibuatnya. Ya lah aku ni kan ahli neraka, kalau duduk dalam ketuhar masak Pizza aku takde hal tapi duduk dalam bilik aircond ini melampaui tabii normal aku. TROLOLOL

Maka kalau tak bak pening kepala bertanya "Bila nak update?" Sila like fanpage Blogserius. Mudah. Semua latest news tentang-blog ada disitu. Aku nak minta maaflah hujung minggu yang lepas ini takde update. Kombinasi kursus yang panjang dan kesihatan yang kurang. Aku cuba makan lebih Kortal untuk kanak-kanak bagi memastikan aku tak demam lagi.




Friday 23 September 2011

Serius Cool - Gambar - Gambar Rare Dari Dalam Dan Atas Kaaba (13 Gambar)


Serius Syaria Compliant.



Kaaba ialah kiblat manusia-manusia yang memanggil dirinya seorang Muslim. Kalau kamu Muslim yang baik kamu paling kurang mengadap kaaba sebanyak 5 kali sehari. Kalau infidelic sekali setahun pun tak pasti. HAH! Dibawah ialah beberapa gambar rare dari dalam Kaaba. Tahukah anda bahagian Kaaba ini dibersihkan dua kali setahun. Upacara pembersihan dilakukan 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari sebelum bermulanya musim haji.

Upacara pembersihan dimulakan dengan gabenor Mekah membuka pintu bersepuh emas Kaaba yang seberat 300 KG! Pintu emas ini dibina oleh Ahmad bin Ibrahim Badr pada tahun 1979 bagi menggantikan pintu perak yang dibina oleh bapanya pada tahun 1942. Kunci pintu ini pula dijaga oleh Banī Shayba' yang sudah dipertanggungjawabkan memegangnya sejak turun temurun. Bahagian dalaman Kaaba dibersihkan dengan air zam zam, wangian dari air bunga ros dan penyapu.




Serius Konsep - Konsep Bangunan Pencakar Langit Berlohong di China (10 Gambar)


Cool beans

Di provinsi Hunan China bakal terbina 10 menara yang dipanggil projek Haikou. Sebuah pertandingan rekabentuk dianjurkan dan akhirnya rekaan konsep dibawah terpilih.menara pencakar langit yang mempunyai ketinggian antara 150 hingga 450 meter ini mempunyai lohong ditengah-tengah. Lohong ini memberikan pencahayaan dan sistem penyejukan semula jadi. Ini bagi aku adalah cool beans!


Serius Cool - Gullwing America Ferrari F340 Competizione (11 Gambar)


Woah!

Gullwing America ialah syarikat pembuat kereta custom yang terkenal di Amerika. Mereka kerap membuat kereta custom yang diilhamkan kereta-kereta klasik dunia. Dibawah ialah Gullwing America Ferrari F340 Competizione yang diilhamkan oleh Ferrari 340 Mexico Berlinetta 1952. Di dunia hanya ada 3 buah 1952 Ferrari 340 Mexico Berlinetta. Bagaimana pula dengan Gullwing America Ferrari F340 Competizione? Didunia hanya ada satu! Harga masih belum ditetapkan tapi sure mahal gila!


Serius LOL - Kenapa Video #UNDILAH Digam Stesen TV?


HAHAHA

masihkah anda ingat VIDEO DORALIN bik mama?



Serius Sadis - "Ikatan Perkahwinan" : Kisah Sepasang Suami Isteri di India (10 Gambar)


Cinta atau Seksa?

Apakah itu perkahwinan? Apakah makna dedikasi dan komitmen? Aku bertanya soalan ini kerana tahun hadapan tanggal 28 Januari aku akan melangkah ke alam perkahwinan. Tiap malam aku tak boleh tidur kerana terfikir sama ada aku boleh menjadi suami yang baik atau tidak. Rasa berat bahu dan berat lagi perut boroi yang aku pikul. Mahu jadi suami berbeza dengan kebolehan menjadi suami yang baik. I admit that I am less than perfect but I will try my best as to not dissapoint my Miss Mean.

I saw this picture set from Reuters. Ianya gambar Kalyani Das (60) dan suami beliau Pachugopal (65). Setiap hari Kalyani terpaksa membawa suaminya Pachugopal kemana-mana secara berantai. Pachugobal mengalami masalah mental sejak tujuh tahun yang lalu. Kalyani harus mengikat beliau ketika naik keretapi, berjalan dan juga ketika menjaga gerai kaki lima. Mereka sudahpun berkahwin lebih 50 tahun. They were married since they were 10 YEARS OLD. Disini boleh lihat ikatan perkahwinan yang aku rasa amat mengharukan. Si isteri sanggup buat macam ini to make sure suami yang kurang siuman tak larikan diri dan mencederakan orang lain.Korang rasa kalau dalam situasi yang sama adakah anda akan sanggup buat macam Kalyani? Or would you leave your significant other? What would you do if I suddenly lose my mind Miss Mean?


Serius LOL - Maz Jobrani : WAAHAHHA


Atas saranan pembaca Blogserius



Serius Cool - Tenjin Hidetaka :Pelukis Macross Kegilaan Generasi 80's (15 Gambar)


Rick Hunter!

Kamu bukan seorang 80's kid kalau kamu tak minat siri Macross. Tak complete juga kalau kamu tak ada toy Valkyrie dari anime ini. Tenjin Hidetaka ialah artis yang bertanggungjawab melukis box art untuk mainan Valkyrie yang kamu beli dengan harga ratusan ringgit itu. To be honest back in 1988 I bought a die cast 1:48 scale Valkyrie for RM76. Ntah kenapa skang the same toy will cost me close to RM500. Anyway sila enjoice lukisan Valkyrie Tenjin Hidetaka.


Serius Fail - England Best In De Werld In Dis Artikels!


Defuq

Dari The Sun....... aku tak paham apa yang ditulis disini

Thanks @FaliqFahmie for the Fail link




Thursday 22 September 2011

Serius Cute - Brigette Jordan : Wanita Terpendek Dunia (5 Gambar)


Ketinggian Bukan Penghalang

Michelle Jordan (22) dari Illinois USA , ialah wanita terpendek dunia mengikut buku rekod Guiness. Pada ketinggian 2 kaki 3 inci beliau merampas takhta wanita terpendek didunia dari Elif Kocaman berasal dari Turki. Beliau dan abangnya Brian sudahpun memegang rekod sebagai pasangan adik beradik terpendek dunia dengan ketinggian bersama 5 kaki 5 inci. Kependekkan mereka adalah disebabkan oleh Majewski Osteodysplastic Primordial Dwarfism type II. Sunnguhpun begitu wanita tabah ini tidak menggunakan kependekkan beliau sebagai alasan untuk tidak enjoy life. Beliau seorang pelajar kolej yang aktif dan believe it or not seorang ahli cheerleader Kolej Kaskaskia yang dihadirinya. Respect! Takhta beliau sebagai wanita terpendek dunia hanya akan kekal jiak REMAJA terpendek dunia Jyoti Amge (17) dari India tidak membesar. Tinggi Jyoti Amge kini ialah tepat 2 kaki!


Serius LOL - P Ramlee Seorang Pemuzik Melangkaui Zamanya


BAHAHAHA

Thanks @Shamhardy for the tip




Serius Cool - Patung Aksi Iron Monger (8 Gambar)


Damn

Hot Toys memang pandai buat patung aksi yang tendang bontot. Kali ini mereka muncul pula dengan patung aksi Iron Monger dari filem Iron Man. Holy shit check out muka Jeff Bridges yang sebijik siak!

Thanks @Kennleandre for the tip


Serius Cool - Muzium Mee Segera Di Yokohama (11 Gambar)


lapar lak tengok cup noodle!


Mee Segera ialah makanan ruji student diseluruh dunia. Masa di London dulu kalau tak ada Meggi sekarton aku beli aku rasa aku dah lama mampos. Seriously Mee Segera ialah penyelamat manusia jika apokalips Zombie menjadi realiti. Di Yokohama, syarikat Nissin Noodle membuka muzium mee segera yang menempatkan semua jenis mee segera yang ada didunia. Lihat gambar no 3 dibawah. Ada Meggi Perisa Ayam bro! LMAO. Nissin ialah syarikat yang bertanggungjawab mencipta mee segera. Momofuku Ando , pengasas Nissin mendapat idea mereka mee segera selepas melihat orang ramai beratur panjang untuk makan selepas perang. Beliau sedih melihat orang Jepun terpaksa menunggu untuk makan. Beliu percaya jika orang tidak kelaparan, mereka akan lebih gembira. Maka terciptalah Mee Sup Ayam segera yang dijual oleh Nissin pada tahun 1958

Dari idea untuk memudahkan orang Jepun paska perang makan, idea Momofuku Ando kini sudah menjadi fenomena dunia. Lebih dari 95 BILLION dijual didunia pada tahun 2010! Gila! Di muzium Mee Segera ini anda boleh lihat patung Momofuku Ando , koleksi semua jenis mee segera yang ada didunia dan juga boleh buat mee segera sendiri jika mahu! Awesome!



Serius Cool - iTattoo : Casing iPhone Yang Cool (7 Gambar)


This is nice!

Pengguna iPhone gemar menunjuk logo epal dibelakang telefon selular mereka. Most of the time casing yang mereka beli hanya ada lubang untuk menunjukkan logo. Casing iTattoo dibawah berlainan kerana rekaannya membuatkan aku melihat logo Apple dari sudut yang berbeza. Sangat creative! Terdapat enam rekaan semuanya dan setiap casing dijual dengan harga EURO 35 sebuah


Serius LOL - Ahmed Ahmed : Stand Up Comedian Muslim Yang Funneh


Live di KL Jumaat ini

Jumaat ini beliau ada show di Manhattan Ballroom di Berjaya Times Square Hotel. I never heard of the guy tapi he is hilarious. In B4 Serbanistas butthurt.......



Serius Cool - Papercraft Mustang 1969 Skala 1:1 Bahagian II (12 Gambar)

Gila Rajin

Ini ialah bahagian kedua tentang projek papercract Jonathan Brand. Mingu lepas aku hanya tunjuk papercraft bahagian enjin maka hari ini aku nak paparkan bahagian lain Mustang 1969 yang dibuat beliau


Serius LOL - Evolusi Logo Popular Dulu Dan Masa Depan (10 Logo)


HAHAHA!


Wednesday 21 September 2011

Serius Cool - Pulau Maison Louis Vuitton Marina Bay Singapura : Maison Pertama Di Asia Tenggara (15 Gambar)


Maison = House

Selamat datang ke Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Sinagpura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah. Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga. Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.

Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza. Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.. ha ha!


Serius Genius - Iklan Kesedaran Kanser Yang Genius Tetapi NSFW!

Ahhhhh



Serius Shit - Tata Nano Termahal Didunia Bernilai USD 4.3 Juta (8 Gambar)


Yang Murah kini Mewah?

Tata Nano ialah kereta termurah didunia keluaran syarikat Tata dari India. Ianya dijual pada harga USD3000 sebuah. Bagi meraikan ulang tahun syarikat pembuat barang kemas GOLDPLUS milik mereka, Tata menghasilkan Tata Goldplus dibawah yang bernilai USD 4.3 Juta. Sebanyak 80 kilogram emas dan 15 kilogram perak digunakan bagi menghasilkan Tata Goldplus. I dunno about you guys but I think this car is ugly as hell!


Serius Bodoh - Warga Nigeria Enggan Angkat Telefon Kerana................


BODOH PIANG!

Nigeria.... negara yang terkenal dengan Adigun Olibunmi serta skim menipu orang menggunakan email layang. Tapi tahukah anda Nigeria juga merupakan negara yang mempunyai kepadatan pengguna telefon selular paling tinggi di Afrika? Telefon bimbit Nokia yang ke SEBILLION terjual di negara ini juga.

Baru-baru ini Nigeria gempar dengan SMS layang yang mengatakan jika menerima panggilan dari pemanggil ID 09141, anda akan mati selepas beberapa hari. SMS ini tersebar dengan pantas ke seluruh Nigeria dan mengakibatkan panik. Soon after terlepas lagi cerita yang setakat ini 10 orang telah mati akibat mengangkat juga telefon walaupun menerima panggilan dari "nombor maut" ini. I dunno about you but this story reminds me of a Japanese film called One Last Call. Sebijik abis!

Suruhanjaya Komunikasi Nigeria
terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menyanggah isi kandungan SMS yang tersebar ini. Sampai begitu sekali kepanikkan yang terhasil hanya kerana SMS sengal yang dipass around. Ini bukan kali pertama SMS layang membawa panik kepada penduduk Nigeria. Beberapa tahun yang lalu ada SMS yang tersebar mengatakan ada warga Nigeria mati dan melecur teruk selepas terkena hujan asid. HAHAHA. No seriously this is no joke. They really ingat hujan asid yang turun adalah asik hidroklorik 2000 MOL/ per desimeter padu.

Tapi aku nak ketawakan warga Nigeria berlebih-lebihanpun aku rasa malu. Sebabnya Malaysian juga ada yang satu bangsa BOODOH piang macam sebahagian warga Nigeria. Dulu ada SMS layang yang mengatakan ada rusuhan kaum di KL. Aku pelik tengok orang cina berebut-rebut pergi kedai di sekitar KEPONG sampai aku nak beli COKE pun susah. A few years ago ada ura-ura naik minyak 30 sen tanpa source yang sah.Oh tak lupa juga khabar anak derhaka menjadi IKAN YU lengkap dengan video Youtube sengal! Di Amerika pula ada 45% orang mempercayai khabar angin yang Barack Obama ialah seorang Islam dan bersolat didalam White House.

I guess stupidity is universal. Ada yang bodoh kerana tak paham sains. Ada yang bodoh kerana terlalu taksub dengan bayangan racisme. At the end of the day jangan korang juga tergolong dalam kategori BODOH ini ok?



Laporan asal BBC

Serius Cool - Poster Etika Yang Perlu Ada Dalam Keretapi di Malaysia (6 Gambar)


Kalaulah ada....

Ini ialah set poster yang dihasilkan Jay Shells, seorang artis dari New York. Beliau bengang dengan pe'el sesetengah pengguna Subway dan terus mendapat ilham menghasilkan set poster etika dibawah. Aku rasa mesej yang disampaikan Jay Shells boleh diguna pakai di Malaysia.




Serius LOL - Stand Up Comedy Yang Win


Long But Funny!

Thanks @Chapree for the tip



Serius Cute - Lap of Luxury : Bantal Istimewa Untuk Kucing dan Anjing Anda (9 Gambar)


Meowww

Comel la plak kan ada bantal special untuk haiwan peliharaan yang berbentuk kaki manusia bersila. Ini ialah bantal Lap of Luxury that is literally made to look like a human LAP. Harga sebuah Lap or Luxury ialah USD 175.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails