Tuesday 31 July 2012

Serius FOA - Abang Angkat, Akak Angkat ,Adik Angkat




Angkat pegi mana bro?

Kes kereta menjunam macam filem Michael Bay di Kota Bharu haritu buat aku perasan satu benda. Yang bawak kereta ialah adik angkat kepada si peminjam kereta. Yep, kereta tu kereta pinjam dari kawan. Kereta turbo siap sports rim dan spoiler tuh. Tapi tayar semuanya botak. Kah kah Kah. Bodoh punya meleis. Banyak sangat drifting kot? Dekat Kota Bharu jalan tak sebok sangat so boleh drift sampai tayar botak macam kepala Zaibo. HAHAHAHAHA.

Anyway budak yang “menjunamkan” kereta tu baru 17 tahun. Abang angkat si peminjam kereta pulak umurnya 27 tahun. Sekali bersama dengan dia masa tu ialah adik si penjunam berumur 14 tahun. Aku aneh. Apasal tua sangat abang angkat dia ni? Ye ke abang angkat? Ke paedophile nak simpan awek muda tapi bertopengkan abang angkat je lebih? Masa gua kat sekolah dulu biasa la budak form 5 amik adik angkat. Kononnya nak jadi contoh dan rakan kounseling. Kalau keluar bandar belikan A&W Mozza Burger untuk adik angkat. Bila adik angkat demam dia belikan Panadol. Sanggup passing passing Panadol dekat dewan makan tunjuk dia concern (Padahal nak satu dewan makan nampak dia kononnnya caring nak mampos). Akak angkat pun ada gak. Selalunya budak batch yang hensem dan anak orang kaya banyak akak angkats. Same goes to adik angkat perempuan lah. Kalau cantik ada aje abang angkat. Kadang kala bertumbuk abang-abang pasal nak jadi the ONLY abang akak si awek cantik. Macam Highlander la pulak. In the end there could be only one!

Persoalannya kenapa nak lie to yourself? Kenapa struggle nak ngaku engkau hanya sekadar ANGKAT kepada someone. Kalau dalam benak hati yang tidak kudus tu memang dah pasang niat nak jadikan awek/balak ngaku aje la.

“Aku memang suka dengan Nik Shahidah.. tapi dia junior. Aku amik jadi adik angkat lah. At least boleh mendekati”

Makan bontot la weih! Apa ke sengal main angkat-angkat. Ini euphemism seksual mana lak ni? Angkat masuk bilik? Angkat ketika posisi seksual berdiri? Angkat kain masuk jari? Angkat baju seluk dada? Itu ke maksud tersirat “angkat” dalam abang/akak angkat. Coincidentally "angkat" ialah bahasa pasar untuk "beli". Bila beli barang dari taukeh cina mesti kita cakap;

"Gua mau angkat ini komputer liao. Berapa lu bole bagi boss!"

Jadi bolehlah aku assume yang abang dan adik angkat tak lebih dari hubungan jual beli. Lu beli gua hadiah gua akan layan lu sampai lu graduate.So takdelah lu lonely sangat pasal tak ada awek betul. Korang setuju?

Yang di angkat seperti aku cakap tadi semuanya yang hot stuff. Yang mengangkat pulak semuanya muka macam Latif Borgiba dan Rosnah Mat Aris. Mesti punya. Jangan tipu la. Aku yakin korang pun perasan. Paling butoh sekali bila artis Meleis angkat mengangkat antara satu sama lain;


“Hubungan saya dan Eizraz Fazrinaz Qistina tak lebih daripada hubungan seorang abang dan adik”

Eat shit la sial. Mungkin betul kot dia cakap macam hubungan abang dan adik. Tapi hubungan abang dan adik dikalangan rednecks. Dengan kata lain hubungan incest! HAHAHAHA.

Aku pernah nak kena angkat masa muda belia dulu. Zaman takde perot gendot dan masih kachak (gaya Sayuti eja kacak). Sekarang sudah gendots dan muka seperti Mat Over memang takde nak angkat aku lagi. Cuba la angkat. Patah pinggang je!

Tapi aku salahkan yang diangkat jugak. Nak kata "sorry saya tak minat" kesian pulak tengok ada tenuk yang terkinja-kinja dengan kita ye tak? Bagi hadiah mahal masa birthday. Dapat makanan free bila dia outing. Bila dia habis SPM dia pass kat kita soalan SPM dia. Siap riben merah dan kad good luck untuk SPM tahun depan. Siapa nak tolak kan? Yang mengangkat pulak ambik this as a sign that dia still ada harapan nak ngorat yang diangkat.

“Oh minggu lepas Danial Ezran makan satu je kuih apam yang aku beli untuk dia. Minggu ni dia kata dia makan 5 bijik apam. Adakah dia semakin meminatiku?.. oh Danial Ezran ku!”

Padahal Danial Ezran mintak lebih pasal budak dorm mate dia dah menganjing every week asik makan sorang. So dia pun mintak apam lebih untuk dishare bersama rakan satu dorm. Makan free bersama-sama. Yang akak angkat pulak clueless dan masih mendamba cinta yang tak akan kunjung tiba. Kesian kena guna dengan yang diangkat. Agaknya yang menjadi pengangkat memang suka kena guna atau jenis yang easily manipulated. Dek kerana nak sangat bercinta dari orang kacak dan cantik sanggup perabis duit. Bila dah habis study apa pun tak dapat. Lebih-lebih pun posing lepas majlis graduasi sambil memegang bunga. Lepas tu cuci gambar layan jiwan sorang-sorang. Bodoh! HAHAHHAAH!

p/s : Some motherfuckers are always trying to ice-skate uphill.

Serius - Mari Melawat Sekolah Di Afghanistan (18 Gambar)


Homai!

Di Malaysia anak-anak berumuar dari 7-17 tahun wajib menghadiri sekolah. Ini bagi memastikan mereka mempunyai asas yang cukup untuk at least get a job. Kadar kecelikan membaca di Malaysia ialah melebihi 98% bagi remaja diantara 15-24 tahun. Sistem persekolahan Malaysia walaupun tidak perfect kerana terlalu fokus kepada regurgitasi fakta masih boleh dikira berjaya dari segi ini. Sungguhpun begitu masih ada anak muda yang ponteng sekolah setiap hari. Ada sahaja alasan diberikan seperti bosan ataupun memang malas tahap keldai mendak.

Tidakkah mereka sedari betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja dari dunia ketiga?

Mari kita ke Kabul dan melawat sebuah sekolah yang dibuka selepas kejatuhan rejim bathil Taliban. Ketika Taliban memerintah sekolah hanya dibuka untuk orang lelaki. Kaum hawa diharamkan ke sekolah kerana katanya haram perempuan keluar rumah tanpa muhrim. Akibatnya anak gadis disekolahkan secara rahasia oleh ibu bapa yang tidak jumud macam Taliban al Bathil! Kepada yang tidak bernasib baik. mereka akan dikahwinkan kerana itu sahaja fungsi wanita di mata mereka. Kahwin dan buat anak. Tidak mengejutkan kadar perkahwinan dikalangan gadis bawah 15 tahun amat tinggi di Afghanistan. Lebih tinggi dari peratusan perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang. Ha ha ha!

Anyway sekolah di bawah dibina oleh kerajaan Afghanistan dengan bantuan wang Amerika Syarikat. Sekolah kecil ini mempunyai 1900 orang pelajar yang menghadiri 2 sesi persekolahan. Terdapat 1200 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan. Walaupun on paper ianya sekolah campur, pelajar lelaki dan wanita tidak memasuki kelas yang sama kerana mereka masih percaya kepada sistem pengasingan jantina. Kerana sekolah ini kecil, ada kelas yang terpaksa diletakkan di kaki lima diantara bilik darjah yang lain. Sekolah ini walaupun baru dibina masih nampak tidak setaraf dengan sekolah yang ada di Malaysia.

Kenapa kami katakan begini? Cuba tengok elok-elok. Perasan tak sesuatu yang tak kena? Sekolah ini tiada bekalan elektrik maupun air. Ianya hanya bangunan batu dengan tingkap dan pintu. Kalau panas pastinya pelajar dan guru kepanasan. Pada musim sejuk pula beku macam The Fist of First Men!

Yang menakjubkan ialah walaupun boleh dianggap dhaif mengikut standard kita, sekolah ini tidak mengalami masalah ponteng dikalangan pelajarnya. Malahan mereka terpaksa menghadkan jumlah murid. Anak-anak muda Afghanistan menyedari bahawa jalan terbaik untuk memperbaiki nasib mereka dan keluarga ialah dengan mendapatkan persekolahan yang baik. Bukan masuk akademi nyanyian Astro seperti di Malaysia. Persekolahan juga memastikan Afghanistan boleh membina semula negara mereka yang musnah akibat peperangan yang sudah masuk abad yang kedua!

Sekolah di Afghanistan juga unik kerana penggunaan empat bahasa iaitu Pashtu, Arab, Dari dan Inggeris . Oh dan tahukah anda kerjaya sebagai guru ialah antara yang paling dihormati dan lumayan di sini? Gaji seorang cikgu mencecah USD200 (RM 625) sebulan dan ini setanding dengan gaji seorang doktor di Kabul!

See there? Di negara yang hancur musnah akibat peperangan, guru dihormati dan dibayar setimpal. Kami berharap Afghanistan akan bangkit seperti Phoenix. Sudah tiba masanya negara ini maju dan tidak dibelenggu peperangan dan extremism.

Serius LOL - Teknik Untuk Membalas Dendam Pemandu Kereta Yang Keji


Do This!

RAAAAAAAAAAAAAAGEEEEEEEEEEE JUSTICEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!



Serius Fakta - Bapa Telefon Berkamera : Philippe Kahn


Peranti mobil dan Philippe Kahn

Dewasa ini kita kita hidup di dalam dunia sering di atas talian. Semasa tidur pun peranti pintar mlik kita senantiasa bersambung kepada internet. Antara perkara yang sering dilakukan oleh manusia moden ialah memghantar gambar kepada teman dan keluarga tersayang. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini kami tidak lagi menerima kad raya dalam bentuk fizikal. Ianya digantikan dengan kad raya MMS yang teranimasi. Kos penghantaran kad raya versi MMS ini jauh lebih murah dari kad raya fizikal. Selain daripada itu tahun ini ada fenomena baru pula yang dipanggil "iftargram" . Iftargram ialah ialah gambar makanan yang dimuat naik ke laman Instagram untuk tontonan teman seluruh dunia. Kemampuan menghantar gambar ini semua tidak akan mampu dilakukan sekiranya teknologi telefon berkamera tidak wujud.

Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah individu yang mencipta telefon berkamera ini? Pernahkah juga anda tertanya-tanya gambar apakah yang pertama kali dihantar menerusi rangkaian selular? Awal bulan yang lalu kami ada paparkan gambar pertama dimuat naik ke dalam internet. Hari ini anda semua bernasib baik kerana dapat melihat gambar MMS pertama.



Wikipedia Commons

Gambar diatas ialah gambar pertama yang dihantar dari sebuah telefon bimbit menggunakan sistem selular. Ianya dihantar pada 11 Jun 1997. Yep! Teknologi penghantaran gambar ini sudah berusia 15 tahun! Gambar diatas dihantar oleh Philippe Kahn, bapa telefon berkamera. Ianya merupakan gambar anak beliau, Sophie yang baru sahaja dilahirkan. Beliau menggunakan perisian yang ditulisnya sendiri, sebuah telefon selular dan kamera digital yang disambungkan secara terus kepada telefon terbabit. Gambar-gambar ini dihantar oleh Philippe Khan kepada ahli keluarga beliau yang berada di seluruh dunia. You see, Philippe Kahn dilahirkan di Perancis dan isteri beliau pula dilahirkan di Korea Selatan. Beliau perlu menghantar gambar kelaharian Sophie di Santz Cruz California ke dua benua berlainan pada masa yang sama.

Philippe merasakan adalah sangat leceh untuk menghantar gambar kepada ahli keluarga melalui cara konvensional iaitu ambil gambar menggunakan kamera digital. muat turun ke komputer riba sebelum dimuat naik untuk dihantar menggunakan emel. Kerana kelecehan inilah telefon berkamera pertama dihasilkan secara tak sengaja. Another classic case of necessity is the mother of all invention. Perisian bagi menghatar gambar menggunakan selular dihasilkan beliau ketika menanti isteri beliau melahirkan Sophie. Kamera digital pula disambungkan kepada telefon beliau dengan menggunakan wayar yang disadur secara custom made.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kamera dan telefon yang digunakan oleh Philippe Kahn untuk prototaip telefon berkamera pertama ini?

Casio QV-10 - Kamera digital dengan CCD bersaiz 250 KILOPIXEL!



Wikipedia Commons


Motorola Startac - suatu ketika dahulu telefon terkencil dunia.



Wikipedia Commons


Pada waktu itu Starfish salah sebuah syarikat yang dipunyai Philippe dalam proses dibeli oleh Motorola pada harga USD325 juta. Phiippe menunjukkan prototaip telefon berkamera kepada bos baru beliau di Motorola tetapi mereka tidak menunjukkan minat untuk menghasilkan telefon berkamera pertama dunia. Motorola merasakan masih belum ada keperluan untuk diwujudkan telefon berkamera pada waktu itu!

Phillipe dan isteri beliau lantas menubuhkan Lightsurf Technologies bagi membangunkan sistem Picture-Mail, sistem pertama yang membenarkan pengkongsian gambar secara mudah melalui sistem selular. Pada tahun 1999 sistem Picture-Mail ini dilesenkan kepada J-Phone dan Sharp bagi membangunkan Sharp J-SH04, telefon berkamera komersil pertama dunia dengan kamera sebesar 110 Kilopixel. Penggunaan telefon berkemaera meledak di Jepun dan tidak lama selepas itu sistem Picture-Mail yang dihasilkan Philippe Kahn melalui Lightsurf Technologies digunakan di seluruh dunia



Wikipedia Commons

The rest is what you would say is history. Kini hampir kesemua telefon bimbit di dunia mempunyai kamera. Pada satu masa NOKIA menjadi pengeluar "kamera" terbesar dunia, kini sudah di ambil alih oleh Samsung.

Semuanya bermula dari Philippe Kahn, seorang Yahudi dari Perancis yang mahu mencari jalan paling mudah berkongsi gambar kelahiran puteri beliau dengan keluarga di seluruh dunia dengan cara paling kurang songel!

We salute you Philippe Kahn!



Motionx.com


In b4 "telefon berkamera dicipta oleh Yahudi rupanya! Mari boikot!"

Laporan asal Wikipedia , USA Today dan Click!

Serius LOL - Majlis Iftar Paling Tidak Syaria Compliant


Bellypalmed?

LMAO..... rosak......rosak. Inilah agenda Illuminati sebenar. #LULZ


Serius Cool - Bahtera Nabi Noh Dibuka Di Belanda (18 Gambar)


Menanti bah kedua?


Manusia menunjukkan keimanan mereka melalui pelbagai cara. Ada yang sanggup menjual semua harta duniawi mereka dan menyerahkan segalanya kepada agama. Ada juga yang sanggup menggangkat kavadi pada hari Thaipusam sebagai tanda keimanan kepada Dewa Muruga.

Johan Huibers (61)
yang berasal dari Belanda membina bukan sebuah, tetapi dua buah replika Bahtera Nabi Noh sebagai tanda keimanan beliau kepada agama Kristian. Menuruh Johan beliau bermimpi Belanda dilanda bah besar pada tahun 1992. Beliau mentafsirkan mimpi ini sebagai petanda banjir besar akan berlaku sekali lagi. Setelah mengumpulkan wang sendiri dan mengutip derma, sebuah replika kecil berjaya dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2009 Johan Huibers mula membina replika Bahtera Nabi Nuh pada skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan oleh kitab Injil. Replika terkini ini mempunyai panjang 135 meter, lebar 30 meter lebar dan 25 meter tinggi. Johan Huiber membelanjakan sebanyak USD 1.6 Juta (Rm 5 juta) dan tanggal 9 Julai yang lalu replika kedua ini akhirnya dibuka kepada orang ramai. Ia mampu memuatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Jika anda melawat replika bahtera ini anda boleh melihat video berkenaan banjir besar dan juga melihat replika binatang yang dibuat dari gentian kaca.

Arc Van Noach dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 9 pagi sehingga 6 petang. Bayaran masuk ialah Euro 12.50 (RM 47) untuk orang dewasa dan Euro 7.50 (Rm28) untuk kanak-kanak.

Serius Raya - Ucapan UNDERSEA 2012 : #3 (5 Gambar)


Serius......

Selamat berpuasa kepada semua pembaca Blogserius yang beragama Islam. Semoga membaca Blogserius tidak menyebabkan pahala puasa anda berkurangan. Hari ini mari kita tengok 5 ucapan Undersea dari pembaca Blogerius. Masih ada ruang dan masa untuk anda hantarkan ucapan anda ke Blogserius. Seperti biasa ingatlah format yang kami tetapkan. Gambar kalau boleh beformat JPG dengan lebar tidak melebihi 600 pixel. Kemudian nyatakan nama anda, ucapan ditujukan kepada siapa dan text ucapan anda itu sendiri. Hantarkan ke alamat emel dibawah




DARI : Kami mantan persatuan gangster SMTT

UCAPAN : Selamat Berpuasa pasal raya lambat lagi kepada semua yg pernah kami buli zaman muda2 dulu. Tak lupa juga kepada 2 individu yg paling anti dgn persatuan kami iaitu Cikgu Madi "forehead" dan Cikgu Azhar janggut.Kepada Cikgu "forehead" tlg jangan buat lg benda2 pelik raya tahun ni. Tak pernah dibuat org makan lemang cecah sos cili.Kepada Cikgu janggut pulak, kepala plug motor cikgu masih ada dlm simpanan kami. Buat kenangan, hehe.

Oh ya, kami sekarang dah makin gangster. Semua anggota kami dah jadi Taiko persatuan marhaban kolej masing2. Jgn berani nak main2 dgn kami. Songkok tukang masak adalah trend terkini kami. Saja nak bagitau. Kbai.

p/s - Abg Long Apex sorang je yang katanya dah insaf dalam kalangan anggota kami. Dengar kata asyik keluar-masuk Danok je kebelakangan ni. Keluar berdakwah mungkin.




DARI : Sara @ Kuching

UCAPAN
:
Kehadapan family di Penang, mohon maaf kerana tidak dapat pulang beraya di tanah air sebab suami African saya, N!xau bin Abdullah cakap tahun ni turn raya rumah dia.selamat hari raya, Maaf zahir batin..

Serius LOl - Teknik-Teknik Mengurangkan Berat Badan


Edisi ganas!



Serius Konsep - Blackberry Empathy (11 Gambar)


Blackberry Dua Alam

Blackberry Emphathy ialah sebuah telefon konsep Blackberry yang dihasilkan oleh Kiki Tang dan Daniel Yoon, dua orang pelajar dari Art Center College of Design, California. Blackberry sendiri menaja pertandingan dikalangan pelajar kolej ini untuk mereka telefon Blackberry masa hadapan. Blackberry Emphathy ialah peranti Blackberry yang mempunyai papan kekunci fizikal dibahagian hadapan dan skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang. Ini membolehkan pengguna Emphathy menggunakan papan kekunci sesentuh klasik dan skrin LCD moden pada waktu yang sama. Selain daripada itu Emphathy juga didatangi dengan cincin istimewa yang boleh mengambil bacaan biometrik pengguna. Bacaan ini kemudian digunakan bagi meneka mood pengguna pada satu-satu masa. Warna paparan lampu Emphathy akan berubah mengikut mood. Jadi jika anda happy warna Emphathy akan lebih ceria dari ketika anda sedih. Ini sebuah konsep yang cool tetapi kita semua tahu Blackberry is going down!

Serius Cool - Pejabat Youtube Di Beverly Hills (8 Gambar)


Pejabat best


Sebelum ini ada kami paparkan pejabat milik Facebook dan Google London. Hari ini mari kita melihat pejabat Google dan Youtube yang terletak di Beverly Hills. Sesungguhnya lebih impresif dari pejabat kami. Bagaiman pula dengan pejabat anda? Adakah lebih bagus dari pejabat dibawah? Jika ya sila buat pembaca Blogserius jelly dengan menghantarkan gambar kantor anda kepada kami!

Monday 30 July 2012

Serius Bodoh - Pembedahan Plastik Paling Bangang (9 Gambar)


WHY?


Kenapa....... oh my god. Sebelum bedah dah cantik kot. Ini rakan-rakan ialah Svetlana Davydova seorang model dari Russia. Beliau melakukan pembedahan plastik yang menyebabkan beliau yang dahulunya cantik kini nampak seperti............... seperti........ bangang!

Serius Cool - Rumah Murah Untuk Fakir Rekaan WorldHaus (16 Gambar)


Katakan tidak kepada kemiskinan

WorldHaus ialah sebuah badan NGO yang cuba membanteras masalah penduduk yang tidak mempunyai rumah yang serius di India. Kebanyakkan mereka yang super fakir ini mempunyai "rumah" yang dibuat dari serpihan kayu dan karung beras yang diguna semula. WorldHaus berjaya membina sebuah rumah kos serendah USD 1500 (RM 4800) sebuah dan mampu dibina dalam masa hanya 10 hari. Rumah ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup insan fakir di India. Kesian melihat rumah meraka ini. Kecil sahaja. Tetapi bagi goloangan fakir rumah batu kecil ini pastinya terasa bagai istana kota. Oleh itu marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. In fact kami yakin bilik tidur merangkap ofis Blogserius ini jauh lebih besar dari rumah binaan WorldHaus. Syukurlah dengan nikmat yang diberikan tuhan.

Jangan lupa bayar zakat fitrah supaya di Malaysia golongan fakir tidak terabai.

Serius LOL - Parodi Gotye Paling Best


No more parodies please!


Parodi yang mengakhiri segala parodi Gotye!



Serius Cool - KURATAS : Gundam Sebenar! (16 Gambar)


Awesome

Rakan-rakan sekalian bergembiralah. Hari yang dinantikan semua peminat Gundam. Macross, Evangelion dan PatLabor kini menjadi realiti. Sebuah robot yang boleh dipandu manusia sudah dihasilkan. Impian kita menjadi jurupandu robot semasa berumur 8 tahun dahulu kini boleh menjadi realiti asalkan anda mampu membayar USD 900 000 untuk sebuah Kuratas. Kuratas ialah nama robot empat tayar yang dihasilkan oleh Suidobashi Heavy Industry yang berpengkalan di Tokyo. Ianya direka oleh Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata dan robot ini boleh dipandu secara manual dari kokpit atau menggunakan sebuah iPhone secara tambatan 3G. Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata sudah membina Kuratas sejak tahun 2010 lagi dan dipertontonkan kepada orang ramai ketika Wondercon semalam.Robot ini mempunyai ketinggian 4 meter , lebar 3 meter dan berat 4500 kilogram! Sangat awesome. Now all we need is Aliens to test Kuratas weapon system!

Serius Komik - Setiap Kali Terbaca Berita Pasal Iran


Sparta!

Serius Kreatif - Bila Avengers Memasuki Sukan Olimpik (8 Gambar)


Genius!

Sebelum ini kami paparkan Avengers versi Binatang dan Avengers versi Chelsea.Hari ini mari paparkan Avengers edisi Olimpik pula.

Serius Cool - Kos Untuk Menjadi Seorang Iron Man


Lepas Batman.. Iron Man pulak

Tempohari kami paparkan kos untuk seorang individu menjadi adiwira Batman. Nyata sekali hanya seorang Billionwan yang mampu menjadi Batman. Rakyat marhaen seperti kita semua hanya mampu jadi Adiwira Papan Kekunci sahaja. Hari ini mari lihat apakah kos untuk menjadi seorang Iron Man? Adakah lagi mahal atau lagi murah dari menjadi Kesatria Hitam?

Serius LOL - Janji Ditepati : Edisi Rakyat


Sudah ada parodi!

Lagu Janji Ditepati untuk Merdeka 55 muncul di Youtube hujung minggu lalu. Setakat ini video Youtube tersebut merima ribuan dislike dan komen yang ditinggalkan rakyat hampir 80% negatif. Dibawah ialah sebuah video parodi Janji Ditepati yang kami temui sabtu lalu. Mesej yang disampaikan lebih real dan ganas, Video ini menerima paling banyak reaksi positif dan likes. And setuju dengan pendapat Youtubers Malaysia yang lain?



Serius Hot - Pramugari Air Asia Untuk Anda (10 Gambar NSFR)


Now everybody can tongue wagging.

Minggu kedua Ramadan bermula. Minggu lepas tidak banyak cabaran diberikan kepada mereka yang berpuasa di Blogserius. Sebagai agen Freemason, Illuminati , Mossad , Takaful, Hai-0 dan Church of Satan, kami bertanggung jawab menguji keimana anda dengan entri dibawah. Ha ha ha

Serius - Gambar Paling Menginsafkan Ramadan Ini


Allah! Manlytears

Semoga.................. diberi balasan syurga. Anak yang sangat......soleh

Thanks @Maskawaih for the find


Sunday 29 July 2012

Serius - Pommel Horse : Most Useless Olympic Event?


The Most Useless Olympic Event ever?

The Pommel Horse would probably be one of my least favourite Olympic events. I seriously have no idea what is the allure of this “sport”. This is an actual conversation I had with a friend while watching a pommel horse clip on Youtube

“Dude what is the point of this sport”
“If I may take a guess... its pretending that your are paralysed from the waist down and showing off how strong your arms are”
“Makes sense to me”
“It’s either that or they pretend that the pommel horse is coated with broken glasses and they try hard not to get their balls and legs sliced open”
“That would probably make watching this sport more exiting”
“Honestly I dunno what’s the point. I’m just making things up”
“Well dude, I think they are pretending to be helicopters or doing Chun Li’s Spinning Bird Kick!”
“Ha Ha Ha!”
wtf is this shiz?
Balls must not touch!

But honestly. What is the point of pommel horse? Javelin is a sport derived from spear throwing skill of the ancient warriors. Same goes to archery, discus, hammer throw and wrestling. You can actually see real world application of the skills mastered through these events.The same can't be said about pommel horse. Even if you are the champion of pommel horsing, what would this skill be good for other than people telling you “pommel horsing is bloody gay!”

Despite my hatred I always find myself watching this event when it’s on the telly. It never fail to make me me laugh due to its sheer stupidity. But what I don’t get it how come the sport barely evolves after all these years. There are virtually no new moves or variations from one competitor to another. I saw some new moves on the High Bar event earlier today. A Ukrainian dude did a “double no hander back flip 360” before dismounting ( if this was the X-Games, they would probably call this move “The West Side Suicide 360” or some other ridiculous name – Gotta love the X-Games!) . That looked awesome. He could probably use that skill to be a ninja once he retired from the sport. But I haven’t seen any new skill in pummel horse since I first saw it over two decades ago. I saw more innovation per year in Motor-X for the X-Games than in pommel horse.

Maybe they should redesign the apparatus. Since the whole event is boring with limited amount of transitions, why not put more than one pommel horse at once? I name this new apparatus the crucible. This way the gymnasts are encourage to make nifty transitions from one hand grip to another

crucible of doom

They could also put tow pommel horses together and pretty much get the same thing. Maybe make the other one lower than the other just like in the Uneven Bar event. Why the hell not since as I said earlier pommel horse is boring as hell

crucible of doom

If all else fail please take into consideration this one final recommendation

Allow women to have a pommel horse event. I don’t have to explain why but I guess all the men with raging hormones would instantly find pommel horse an “exciting” event all of a sudden! HA HA HA.

Which brings us to the final question. Why is there no pommel horse event for women in the first place? The same thing goes to why is there no male event for balance beam? Weird. I thought the Olympics is all about gender equality? I guess I'm wrong. Happy Olympics to all!

win
balance beam - 100 time more exciting than pommel horse

p/s: Russian components, American components, all parts made in Taiwan
- THANKS AMPHAWAN


Serius Cool - 9 Bangunan Ikonik Dalam Sejarah Sukan Olimpik


Olimpik!

Sukan Olimpik sudah bermula. Mari lihat 9 bangunan ikonik dalam sejarah temasya sukan paling gah dunia ini.

In b4 "kesemuanya mempunyai ciri illuminati yang tegar dan nyata"

Friday 27 July 2012

Serius Cute - Video Perkahwinan Melayu Dan Russia


Comel!

Video perkahwinan diantara Shahabudeen Jalil dan Olga Vasilevskaya. Cute je Melayu kahwin Russian. Leh tahan bahasa melayu awek ini.

Thanks
Sobri BP for the email tip bro!



Serius Konsep - Yellow River Hotel : Hotel Unik Di Mongolia (11 Gambar)


Cool!

Mongolia ialah negara yang sering kita kaitkan dengan C4 di Malaysia. Tapi tahukah anda Mongolia mempunyai dataran steppe yang besar dan pernah menjadi pusat kerajaan Mongol Gengkhis Khan. Yellow River Hotel ialah sebuah hotel yang akan dibina di Jungar Banner, Mongolia. Hotel ini direka untuk kelihatan seperti batuan kristal yang terkeluar dari bumi Monglia. Apabila siap kelak ia akan menjadi antara hotel yang paling unik rekaannya didunia.

Serius - GIF Hari Ini : Ditujukan Khas Kepada Haters


LOL!

Gif ini ditujukan khas kepada mereka yang mempunyai haters. Gunakanlah tanpa was was!



Serius - INS Vikramaditya : Kapal Pengangkut Pesawat Terkini India (18 Gambar)


Power
Selain China, India juga sedang meningkatkan kemampuna ketenteraan mereka. Seperti China juga, India membeli pesawat pengangkut bekas Soviet untuk digunakan oleh tentera laut mereka. INS Vikramaditya ialah pesawat pengangkut pesawat terkini milik India dan ianya merupakan pesawat pengangkut pesawat kedua milik mereka. INS Vikramaditya memulakan hayatnya sebagai Admiral Gorshkov, sebuah kapal pengangkut helikopter milik Kesatuan Soviet. Ia beroperasi dari 1987 hingga 1996 sebelum dinyahatifkan kerana masalah kewangan Kesatuan Russia yang kronik.Setelah terbiar untuk sekian lama, Admiral Gorshkov diberi kepada India secara percuma dengan beberapa syarat.

Syaratnya ialah India akan membayar USD800 juta untuk proses naik taraf dan modifikasi Admiral Gorshkov untuk keperluan tentera laut India. India juga harus membeli pesawat dan sistem eletronik milik Russia bernilai USD 1 Billion. Sebanyak 12 biji MIG-29K dan 6 helikopter Kamov Ka-31 Helix akan menjadikan INS Vikramaditya sebagai pengkalan terapung mereka.

Setelah menjalani proses modifakasi dan pemodenan, INS Vikramaditya dijangka akan mula beroperasi Disember depan setelah empat tahun tertangguh akibat masalah kewangan dan politik. Apabila ianya beroperasi kelak, INSVikramaditya bakal menjadi kapal yang menjadi kebanggan bukan sahaja tentera laut India, tetapi rakyat India.


Serius WTF - Hijibi Melampau Luar Tabii


DEFUQ?

Apa kejadah punya hijabi ini? Sungguh luar tabii....Mind blown!Link

Thanks @NazihahAnuar for the find

Serius Cool - Video The Making Iklan Paling Best Di Malaysia


LOL

Iklan ini bila muncul di TV aku ketawa pasal awesome sangat. Now watch the makingnya.



Serius Kreatif - Mural Dari Puluhan Ribu Jarum Peniti Dan Manik (9 Gambar)


Win

Seni manik pada pakaian bukanlah perkara baru. Kami pernah nampak sebuha baju yang mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan kerana mempunyai rekaan manik yang kompleks di China. Seriously crazy stuff. Ran Hwang, seorang artis dari Korea menghasilkan mural menggunakan teknik yang sama pada skala yang besar. Ratusan ribu jarum peniti dan manik digunakan bagi menghasilkan murah beliau. Seriously memakan masa dan seriously sabar nak mampus!

Serius LOL - Jika Produk Harian Dicipta Oleh Apple


i whatever

Apakah akan terjadi jika semua benda kegunaan harian kita direka oleh Apple? Adakah anda sanggup menggunakan i-everything dalam hidup anda? Me? Aku hanpir semua device aku dah Samsung, so kalau semua benda rekaan Apple is not such a bad thing no?

Serius Cool - St John's : Gereja Unik Di Minnesota (9 Gambar)


Gereja time.

Di Blogserius kami menghargai good archictechture terutamanya binaan keagamaan seperti Masjid dan Gereja. Kenapa? Kerana bangunan yang digunakan untuk tujuan keagamaan jarang berubah dari rekaan tradisional mereka. Sebelum ini kami paparkan Masjid Al Irsyad di Indonesia yang unik. Hari ini mari lihat Gereja Katolik St John di Minnesota. Ianya merupakan gereja moden yang bertanggungjawab membawa perubahan kepada rekabentuk gereja dunia. Ianya dibina pada tahun 1961 dan direka oleh arkitek terkenal Marcel Breur. Ia dibina sepenuhnya menggunakan casted concrete dan langsung tidak kelihatan seperti sebuah gereja katolik yang biasa kita lihat. Cool stuff.

Thursday 26 July 2012

Serius - Bila Pakcik Marah Jiran Yang Kurang Ajar


You go pakcik!

Best ending ever!! Power power!............Pakcik marah betul ni!



Serius Cool - Festival Kembar Di Hungary (10 Gambar)


Kembar!

Di Szigethalom, Hungary 21 Julai yang lalu telah diadakan festival kembar yang ke 13. Acara tahunan ini mengumpulkan kembar dari serata negara Hungary. Antara event yang diadakan ialah pertunjukan ratu kembar. Why? Coz twin beauties are better than one right? Definitely better than ratu rumah orang tua. hew hew! Enjoice!

Serius Cool - Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 Carbonado (9 Gambar)


Masonry kembali

So anda mampu membeli Lamborghini Aventador LP700-4 tetapi bosan kerana rakan kerabat lain juga mempunyai kereta yang sama? Anda kemudian membeli Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 tetapi anda tak berpuas hati kerana ianay masih belum cukup gentain fiber. Apa kata anda beli sajaa Mansory Carbonado. Ianya Masonsy Lambo biasa yang diberikan kemasan gentian karbon sehingga overdose. Selain daripada itu enjin Mansory Aventador ini juga diubah suai bagi memeberikan 754 kuasa kuda dan kelanjuan maksimum 355 kmh! Vroom!


Serius Cool - Galeria : Tingkap Berubah Menjadi Balkoni (8 Gambar)


Nice!

Sebelum ini ada kami paparkan Bloomframe , sistem tingkap dimana tingkap boleh berubah menjadi sebuah balkoni hanya dengan menekan butang. Hari ini mari kita lihat Galeria, tingkap yang juga boleh berubah menjadi balkoni. Tidak seperti Bloomframe, Galeria dicipta untuk tingkap yang menyendeng khas untuk pemilik apartment tingkat atas atau penthouse. Cool stuff! Ianya rekaan firma FAKRO dari Poland.

Serius Cool - Pertandingan Ratu Cantik Rumah Orang Tua (10 Gambar)


Oldies beauties yo!

Di Blogserius kami memaparkan banyak pertandingan ratu cantik. Sebelum ini kami paparkan pertandingan ratu cantik wanita gempal dan ratu cantik Trangender Thailand. Hari ini mari kita lihat pertandingan ratu cantik rumah orang-orang tua. Pertandingan ratu cantik rumah orang-orang tua Alabama yang ke 29 baru sahaja dilangsungkan isnin lalu di Wynfrey Hotel Alabama. Untuk edisi 2012, Viola Thomas (92) memenangi takhta Ratu Rumah Orang Tua Alabama. Beliau sekaligus menjadi jurucakap kepada rangkaian rumah orang tua Alabama yang mahu memastikan golongan tua negara di USA ini terjaga. Mahkota beliau diserahkan oleh Anna Laura Bryan (22) pemegang takhta Miss Alabama 2012. Baguslah dah tua pun dihargai kecantikan mereka. Jangan dah tua sepah dibuang. Hargai orang tua kita. Sayangi mereka. #AnakSolehDitepati

Serius LOL - Hitler Marah Logo Merdeka Huduh


This.......never gets old..

Might as well letak video ini pasal ianya the topic of the week kan? Tengah hot. Video dibuat oleh CEO Amanz.my saudara @Tekong



Serius Fakta - Fakts Kecederaan Seks Menarik HariIni (NSFR)


Obvious Not Safe For Ramadan


Seks......... Seks sangat best. Terutama jika istermu sendat dan ketat. Hari -hari melekat. Tapi kalau terlalu ketat boleh menyebabkan kecederaan seks. Mari kita lihat beberapa kecederaan seks yang normal. Ingat ya ketika Ramadan jangan bersenggama pada siang hari. Kifarah dua bulan bro!

Serius Kreatif - Logo Merdeka Alternatif Rekaan Rakyat Malaysia (18 Gambar)


Design Ditepati

Nampaknya ramai yang tidak puas hati dengan logo hari Merdeka Malaysia yang ke 55 tahun ini. Ramai, terutamanya yang mempunyai latar belakang rekaan grafik merasakan rekaan logo 1Malaysia Janji Ditepati terlalu hodoh dan kelihatan seperti direka oleh budak semester pertama tahun pertama pengajian. Oleh kerana itu sebuah lama Facebook bertajuk "1000 better logos for Malaysia's 55th Merdeka Day" dibuka dan di bawah ialah antara rekaan alternatif yang berjaya kami kutip

Laporan asal Amanzmy ,CyrusDVirus , Facebook 1000 Better Logos , FalihinJasmy , WargaMarhaen dan SozCyili

Wednesday 25 July 2012

Serius Raya - Ucapan UNDERSEA 2012 : #2 (5 Gambar)


Second round!

Round two? Sila hantarkan lagi ucapan anda. Tidak lulz pun tak apa. Gunakan ruangan Serius Raya untuk memberi ucapan kepada teman-teman dan musuh-mush yang ada. Raya is coming............

Seperti biasa ingatlah format yang kami tetapkan. Gambar kalau boleh beformat JPG dengan lebar tidak melebihi 600 pixel. Kemudian nyatakan nama anda, ucapan ditujukan kepada siapa dan text ucapan anda itu sendiri. Hantarkan ke alamat emel dibawah






Pengirim
: Berdiri dari kiri; Jamal Abdillah, Rahim Maarof, Awie, Najwa Latif, Mamat Ekamatra, YB Setiu Duduk; Jay Jay

Lokasi : Garaj Kereta, Belakang Universiti Cambridge, UK

Ucapan : Kami geng anak-anak Penyanyi Veteran mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabat handai yang berada di tanah air Malaysia. Kami tahu anda jeles sebab tak dapat belajar menyanyi di luar negara macam kami. Ada kami kisah?




Pengirim : Nasirjie

Lokasi : Kampung tanpa logika

Ucapan :Assalamualaikum kepada semua ahli-ahli ziarah n pembaca BlogSerius. saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada sanak-saudara, kerabat, rakan-rakan syurga dan neraka sekalian. sampai sekarang aku takda kemajuan taip ucapan raya nie.. so itu je ucapan aku. pening dengan dunia ini.. kbai


Serius VS - Sebelum vs Selepas Pembedahan Ubah Jantina #2 (13 Gambar)


Lelaki Kepada Perempuan

Sebelum ini kami ada paparkan seorang atlit wanita Jerman yang melakukan pembedahan perubahan jantina menjadi lelaki. Hari ini mari kita melihat perubahan seroang lelaki menjadi wanita melalui rawatan hormon. Pengguna youtube bernama Jesslyngirl87 melakukan rawatan hormon selama 2 tahun dan perubahan badan beliau dari seorang lelaki sasa menjadi awek amat menakjubkan. Kini beliau kelihatan mirip Gillian Anderson. Sila lihat perubahan mendadak beliau dibawah. Unbelievable!




Serius LOL - Om Nom Nom Nom : Terkini Dari Matluthfi


Not Safe For Orang Lapar


Nom nom nom......................... sedapnya



Serius Cool - Isitiadat Berkhatan Kaum Kurdish (20 Gambar)


Edukesyenel!

Berkhatan ialah rights of passage bagi seorang lelaki muslim. Berkhatan menandakan seorang budak lelaki sudah bersedia untuk memasuki alam dewasa. Kita semua sedia maklum di Malaysia ada beberapa perkara unik yang dilakukan oleh orang melayu apabila upacara khatan dilakukan. Antaranya ialah upacara rendam didalam air dan duduk diatas batang pisang ketika tok mudim melakukan kerja. Sejak kebelakangan ini perkara yang kami sebutkan tadi tidak lagi dilakukan kerana ternyata useless. Tok Mudim sudah moden dan tidak memerlukan budak lelaki berendam atau berbaring diatas batang pisang ketika dikhatan

Mari kita melihat bagaimana upacara khatan dilakukan dan diraikan oleh kaum Kurdish di Kazakhstan. Tidak seperti adat istiadat melayu, upacara khatam kaum Kurdish siap dengan upacara tarian dan nyanyian sehari sebelum budak lelaki dikhatankan. Beberapa kambing turut dikorbankan pada hari keraian. Pada hari khatan itu sendiri si bapa akan bersolat dahulu bagi meminta upacara khatan anaknya akan selamat. Selepas itu semangkuk air gula diletakkan pada tingkap bilik upacara khatan akan dilakukan bagi memastikan tiada makhluk halus akan menjenguk tingkap. Akhir sekali kaum wanita didalam rumah harus membasuh kaki mereka didalam sebuah baldi bagi menyucikan diri. Jika kaki kaum wanita rumah itu bersih adalah dipercayai acara khatan akan menjadi lebih lancar.

Begitulah perbezaan acara khatan kaum Kurdish berbanding Melayu. Walaupun ada kealaian at the end of the day si budak lelaki akan hilang kulup dan mendapat wang sedekah dari sanak saudara. Tiada perbezaan disitu! Yang kami tak pasti ialah adakah budak lelaku Kurdish mandi tekup penis dengan baldi atau tidak. I know I did..... haaw haw haw!

Serius LOL - Iklan Ubat Kekuatan Batin Paling WTF Hari Ini #2


What? Ubat kuat semakin LULZ

Dari Twet asal @Bobo_Sr . Facepalm...........................but LULZ was had.


Serius LOL - Presiden Korea Selatan Ialah Binatang?


LOOOOOOOOOL!

Ah man........ camne Presiden Korea menjadi seekor binatang laut? Sebab itulah Kpop semakin menular ke seluruh dunia. Presiden Korea mempunyai tentacle yang menjalar ke seluruh Asia!

Thanks @antumotor for the Twitip! #LMAO


Serius Cool - Maria TV : Stesen TV Paling Syaria Compliant (5 Gambar)


Mesir!

Di Malaysia kita ada dua stesen TV yang muslamic raygun. Dua stesen TV ini ialah TV Al Hijrah dan Astro Oasis. Kedua-dua stesen ini mengudarakan rancangan berunsur keagamaan sepanjang masa. Mungkin inilah caranya orang Malaysia mahu melawan anasir kapir yang keji macam dalam video viral #SaveMaryam yang lolzy itu. Sungguhpun Al Hijrah dan Oasis adalah dua TV yang islamik, sebenarnya ianya masih dianggap tidak cukup Islamik jika dibandingkan dengan Maria TV. Maria TV ialah stesen TV muslimah Mesir yang dikendalikan oleh muslimah yang berniqab sepanjang masa. Semua pekerja Maria TV dari pengacara sehinggalah ke krew produksi memakai niqab.

Abeer Shahin, pengacara Maria TV berkata stesen TV ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada muslimah bersuara. Semasa regim Mubarak berkuasa, wanita yang berhijab dan berniqab tidak pernah muncul di kaca TV kerana tidak secular compliant. Abeer berharap Maria TV akan memberi ruang kepada wanita seperti beliau bekerja dan pada masa yang sama memenuhi tuntukan menutup aurat yang mereka ikuti.

Maria TV mula beroperasi jumaat yang lalu sempena mengambil berkat hari pertama Ramadan al Mubarak tanpa Hosni Mubarak di Mesir. Buat masa ini stesen ini keudara 6 jam sehari dan masa operasi akan ditambah apabila permintaan meningkat.

Baguslah ada ruang untuk wanita berniqab menjadi hos TV. At least we can ALL AGREE that kita nonton TV kerana isi kandungannya bukan mahu lihat muka hos cantik tapi show fail nak mampos macam MYEG Extra Time.

Serius Cool - Gol Power Azmi Muslim Menentang Arsenal


What a GOOOOOOOOOOOOOOOOOOALLLLLLLLLL!

Gol wonderstrike oleh Azmi Muslim,pemain Harimau Malaya ketika menentang Arsenal malam tadi. Sangat cool dan wunderbar!



Serius Cool - Pameran Potret 3D Di Hangzhou (10 Gambar)


Nice!

Sejak dua menjak ini lukisan ilusi optik 3D semakin mendapat perhatian. Oleh sebab itu sebuah pameran yang memaparkan lukisan Ilusi optik 3D diadakan di Hongzhou, Provinsi Zheijiang China. Pameran ini memaparkan lukisan yang dihasilkan secara ekslusif oleh 15 artis Korea Selatan dan dipamerkan di Hangzhou Peace International Exhibition and Conference Centre. Sangat nice!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails