Wednesday 31 July 2013

Serius KReatif - Jika Selebriti Moden Menjadi Model Lukisan Renaissance (15 Gambar)


Shoop!

Jika selebriti moden adalah model untuk lukisan klasik zaman renaissance. Ini ialah pertandingan dari laman web Worth1000



Serius Indo - 10 000 Botol Arak Dimusnahkan Sempena Ramadan (12 Gambar)


Khamar

Isnin lalu pihak polis Jakarta Selatan memusnahkan 10 891 botol arak yang dirampas sejak permulaan ramadan. Arak yang dirampas majoritinya adalah samsu yang dijual tanpa lesen.  Banyak juga arak yang dirampas ye!



Serius VS - Perbezaan Hubungan Seks Sebenar Dengan Seks Pornografi


Edukesyenel

Ini adalah video yang educational. 


Serius LOL - #OhMyEnglish : Google Translate For The Win


LMAO

Yep....... close enough




Serius Cool - Airbender : Casing Ipad Dan Ipad Mini Dengan Papan Kekunci Terbina (14 Gambar)


Nachts

Banyak casing untuk tablet Apple di pasaran tetapi kami rasakan casing Airbender di bawah unik dari biasa. Untuk versi iPad, Airbender mampu merubah tablet anda untuk menjadi seakan sebuah desktop mini. Versi iPad mini pula ianya dibina dengan bahan tahan lasak dari memastikan tablet anda tidak mudah rosak. Papan kekunci Bluetooth boleh ditanggalkan dengan mudah dan anda boleh menaip dari posisi lanskap serta potret. Very cool. Harga Airbender ialah USD 39 (RM 126) untuk iPad dan USD 40 (RM 129) untuk iPad mini dan boleh dibeli disini.



Serius Kreatif - Poster Minimalis Cerita Dongeng Rakyat (12 Gambar)


Cool Beans

Berikut ialah rekaan muka depan buku cerita-cerita dongeng rakyat rekaan Christian Jackson. Very nice!

Thanks @Tenoq

Serius Konsep - Skytran : Pengangkutan Awam Pod Apungan Magnetik (13 Gambar)


Future!

Skytran ialah sistem pengangkutan awam massa yang menggunakan teknologi apungan magnetik (MagLev). Umum kita ketahui sistem keretapi apungan magnetik adalah sangat mahal dan setakat ini hanya Jepun, Korea dan China mempunyai sistem pengangkutan awam ini. Skytran cuba merubah ini semua dengan sistem mereka yang lebih murah dan pada skala yang lebih kecil. Setiap pod mampu membawa 4 orang penumpang dan akan terus membawa mereka ke destinasi pilihan tanpa henti. Sistem ini berfungsi seakan teksi dan dengan penggunaan aplikasi telefon pintar anda boleh menempah pod serta membayar tambang secara automatik. 

Buat masa ini terdapat pesanan sistem Skytran untuk penggunaannya di Tel Aviv Israel. Pihak Skytran juga berkata sistem ini juga menarik minat beberapa negara lain seperti Indonesia, India dan juga negara kita Malaysia

Sistem Skytran memang nampak menarik. Persoalannya jika Malaysia mahu mengguna pakai sistem ini adakah anda sudi menggunakannya. We in Blogserius are more than happy with the current system we have in place.

Adakah ianya lebih praktikal dari sistem pod persendirian yang akan dibina di Amritsar India? Kami ada paparkan sistem pod persendirian ini tahun lalu.


Serius - Faith In Humanity Restored


Respect

Satu lagi episod dari rancangan hidden camera What Would You Do. Apa yang berlaku jika seorang muslim diganggu oleh seorang lelaki rasis? Faith in humanity restored. Happy Ramadan and god bless these people. 


Serius Sadis - Bayi Mati Lemas Selepas Dibiarkan Semalaman Di Dalam Kereta


RIP Kiddo

Ini sebuah lagi kisah sadis yang melibatkan kematian seorang bayi akibat kelalaian ibu bapa. Dalam kejadian yang belaku di San Diego California ini, seorang bayi berumur 4 bulan mati lemas selepas dibiarkan semalaman di dalam kereta. Menurut laporan NBC, Israel Soto (30) dan Jessica Quezada (23) ibu bapa bayi ini pergi membeli belah pada hari jumaat yang lalu. Jasad bayi mereka ditemui oleh seorang ahli keluarga di dalam kereta mereka pada tengahari keesokan harinya. Apabila menyedari apa yang belaku Israel cuba menyelamatkan bayi beliau dengan memberi pernafasan mulut kemulut tetapi kesemuanya sudah terlambat. Menurut laporan NBC lagi suhu pada hari kejadian mencecah 36 darjah selsius. Israel dan Jessica ditahan oleh pihak berkuasa pada hari isnin atas kesalahan kelalaian dalam menjaga anak sehingga membawa kepada kematian. Pasangan ini mempunyai 3 lagi orang anak berumur 3, 2 dan setahun dan mereka semua kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sementar ibu bapa mereka ditahan. Ini merupakan kejadian kematian di dalam kereta ke 24 tahun ini di Amerika Syarikat. 

Kami tak tahu macamana parents dengan 4 anak boleh terlupa anak 4 bulan boleh tertinggal di dalam kereta sehingga semalaman. Tragis! Berbeza dengan di Malaysia, di Amerika Syarikat mereka berani menghukum parents yang lalai dengan hukuman penjara. Di Malaysia jarang sekali parents dihukum. We believe losing a child is not punishment enough. If you kill your kid due to your negligence you deserve to be jailed. #JustSaying


Laporan asal NBC

Serius LOL - VRS Mega Man-Pram : Kereta Sorong Bayi Paling Bad Ass


Bapaku Bapa Ayamed

VRS Mega Man-Pram ialah  kereta sorong bayi yang dihasilkan syarikat kereta Skoda bagi mempromosikan kereta baru mereka Octavia VRS. Mereka melakukan survey keatas 1000 orang bapa dan meminta mereka menyatakan apakah benda paling cool yang boleh diletakkan pada sebuah kereta sorong. Jadi terhasillah vRS Mega Man-Pram. Kereta sorong dengan tayar 20 inci, sistem suspensi hidrolik dan spoiler. Pimped abis! 



Tuesday 30 July 2013

Serius Raya - Ucapan UNDERSEA 2013 : #1 (6 Gambar)


LEULZ


Selamat berpuasa kepada semua pembaca Blogserius yang beragama Islam. Semoga membaca Blogserius tidak menyebabkan pahala puasa anda berkurangan. Hari ini mari kita tengok 6 ucapan Undersea dari pembaca Blogerius. Masih ada ruang dan masa untuk anda hantarkan ucapan anda ke Blogserius. Seperti biasa ingatlah format yang kami tetapkan. Gambar kalau boleh beformat JPG dengan lebar tidak melebihi 600 pixel. Kemudian nyatakan nama anda, ucapan ditujukan kepada siapa dan text ucapan anda itu sendiri. Hantarkan ke alamat emel dibawah





Dari : Geng Makcik HijauKelabu, Unibersiti Forever Available, Auckland,NZ.

Kepada : mak ayah di kampung,sedara mara,musuh ketat,bantal dan tilam,ayam,itik,kambing dan seangkatan dgnnya dan tidak dilupakan kepada bekas-bekas boypren lama yg berada dimerata dunia.



Ucapan : Selamat Berhari Raya dan jangan lupa kirim dodol serta kuih semprit banyak2.Kenang kami dalam mimpimu.





Dari : Perjuang Kebenaran


Ucapan :  Kami FAIZ, ALIL , AMIR , NAIM , HAZWAN, FIRDAUS , ISMAIL, SHAMSUL...Mengucapkan kepada mak abah di Malaysia Selamat Hari Raya....Kami di sini ok2 je....Kekadang cuma elak bazuka yang sentiasa bertubi-tubi ke arah kami....Tapi seorang rakan kami terkena bazuka..uhuk..uhuk...Tapi takpe jangan risau boleh repair...



5 ST Terbaik !!!!!


Serius Klasik - Evolusi Muka Hadapan Majalah URTV (12 Gambar)


FACT!

Sering kita dengar "retis skunk seksi je lebih bakat tak ada tak macam retis delew delew". Are you sure? Di bawah ialah muka hadapan majalah hiburan terkemuka Malaysia URTV dari keluaran pertama (1970) yang memaparkan Seniwati Sarimah sehinggalah rekaan muka hadapan pertengahan 90an. Fact of the matter is..... artis dulu pun seksi jugak. Use this against your parents. Ha ha ha! 

IN B4 "the content of my pants is improving as well"



Serius LOL - Grand Theft Karaoke : Video Karok Paling LULZ


Hahaha!

Apabila in game engine Grand Theft Auto IV digunakan untuk menghasilkan video karaoke. Ini sangat lulz tetapi impresif juga! Haha. Patut letak Nico Bellic bukannya Luiz Lopez barulah winning.

Thanks @AziziKamarudin 




Serius LOL - Amaran Kotak Rokok Paling Oxymoron


FAIL!

Kah kah.......... yeah right! Like that makes a difference!



Serius Indo - Muzium Gunung Merapi Di Yogyakarta (14 Gambar)


Muzium kemusnahan

Muzium Gunung Merapi ialah sebua muzium gunung berapi yang terletak di Sleman, Yogyakarta. Muzium ini dihbuka pada tahun 2009 dan ia mempamerkan artifak letusan Gunung Merapi yang sudah aktif sejak 1872. Di dalam muzium ini juga terdapat maklumat tentang bagaimana gunung berapi berfungsi dan fakta saintifik yang boleh menambah pengetahuan para pengunjung. Terdapat juga sebuah miniatur Gunung Berapi yang berfungsi seperti gunung berapi sebenar. Rekaan bentuknya pula seperti sebuah gunung berapi dan juga mengambil rekaan candi Hindu yang banyak terdapat sekitar Yogya. Semasa artikel ini ditulis Gunung Merapi kembali aktif dan boleh dilihat memuntahkan asap tebal. Kali terakhir ia meletup pada tahun 2010, 352 orang awam terkorban.

Ini bukan satu-satunya muzium gunung berapi di Yogya. Terdapat juga Muzium Sisa Hartaku yang dikendalikan oleh mangsa yang terselamat selepas ledakan 2010. Kami pernah paparkannya sebelum ini dan we have to say we prefer Muzium Sisa Hartaku than this one.



Serius Konsep - Dodge Deora : Trak Dengan Pintu Yang Aneh (12 Gambar)


Impractical but Cool

Dodge Deora ialah konsep trak masa hadapan yang dihasilkan pada tahun 1967. Ianya direka oleh pasangan pereka adik beradik Harry Bentley Bradley. Tidak seperti trak konvensional, pintu Deora terletak pada bahagian hadapan. Bahagian depan trak akan berputar dan cermin trak dibuka keatas apabila pemandu mahu masuk atau keluar. Deora tidak pernah dihasilkan secara komersil dan pada tahun 2009 kenderaan konsep yang unik ini dilelong pada harga  USD 324 000 ( RM 1.04 Juta). Not bad bagi sebuah trak yang diubah suai dari sebuah van Dodge A100 yang huduh



Serius Klasik - Kugelhaus : Rumah Sfera Tidak Hitler Compliant (12 Gambar)


Rumah Bebola Goku Sebenar

Kalau anda membaca komik Dragonballz, anda pasti perasan majoriti rumah di dalam dunia DBZ berbentuk hemisfera. Kapal angkasa yang dinaiki Goku untuk ke Planet Nameck pula berbentuk Sfera. Jadi apabila kami menemui gambar Kugelhaus di bawah kami terus tertarik. Kugelhaus ialah sebuah bangunan berbentuk Sfera yang digunakan sebagai dewan pameran industri di Dresden Jerman. Bangunan ini berdiameter 24 meter dan mempunyai 6 tingkat. Ianya siap dibina pada tahun 1928. Pada tahun 1938 ianya dirobohkan atas arahan Adolf Hitler kerana rekaan futuristic Kugelhaus dianggap tidak mencerminkan budaya Jerman yang sebenar. Jadi bolehlah dikatakan Kugelhauz tidak Hitler compliant!



Serius - McDonalds Jepun : Fast Food Sebenar


Laju!

Laju gila kerja. Aku ingatkan pekerja McD Malaysia dah laju habis dah compared to KFC dan Burger King, rupa-rupanya McD Jepang lebih superior. Kalau laju macam ini di Malaysia mungkin masalah orang bangang beratur nak beli minion tidak akan berlaku. Yeah right!





Serius Cool - MB&F MH5 On The Road Again : Jam Tangan Diilhamkan Oleh Rekaan Kereta (11 Gambar)


Vrooom

Maximilian Busser & Friends ialah antara pengeluar jam tangan yang kami gemari. Rekaan mereka tidak tipikal seperti majoriti jam yang ada di pasaran. Sebelum ini kami paparkan jam tangan Maximilian Busser & Friends MH4 yang diilhamkan oleh enjin kapal terbang. Hari ini mari lihat MH5 On The Road Again yang diilhamkan oleh rekaan scoop udara kereta berprestasi tinggi lengkap dengan sirip aliran udara pada bahagian atasnya. Kasis jam diperbuat daripada titanium, mekasnisma dalaman pula daripada emas 22 karat makala nilam digunakan sebagai "kaca" paparan. Harga seutas jam tangan ini ialah USD 63 000   (RM 203 000)



Serius Kreatif - Lagi Idea Kad Jemputan Kahwin Yang Kreatif


WIN

Kreatif habis kad jemputan kahwin ini. Malaysian memang banyak idea bernas.


Monday 29 July 2013

Serius - Cara Licik Ipad Dicuri Di Ampang Point : Sila Berhati - Hati


Skill

Fuh...... skill tag team yang berjaya mengakibatkan sebuah iPad dicuri tanpa disedari tuan punya. Be careful guys




Serius Indo - Masjid Cheng Hoo Di Surabaya (13 Gambar)


Masjid China di bumi Indonesia

Awal Ramadan lalu kami paparkan Masjid Besar Xi'an yang mempunyai rekabentuk tradisional cina. Hari ini mari lihat Masjid Cheng Hoo yang terletak di Surabaya dan ianya juga mempunyai seni rekaan masyarakat cina. Masjid ini dibuka pada tahun 2002 dan rekaannya diinspirasi dari rekebentuk Masjid Niu Jie Beijing. Kos pembinaan masjid yang mampu memuatkan 100 orang makmum ini ialah Rupiah 3 300 000 000 (RM 10 Juta). Masjid ini mempunyai panjang 11 meter dan lebar 9 meter. Panjang 11 meter melanbangkan said Kaabah manakala lebar 9 meter simbolik terhadap Wali Sembilan yang dikatakan menyebarkan Islam di Indonesia. Selain daripada itu rekaan pagoda pada bumbung masjid ini mempunyai 8 penjuru mewakili angka 8 yang dianggap bernasib baik dikalangan bangsa cina. Jika anda ke Surabaya jangan lupa melihat masjid rekaan cina di Indonesia. Kalau di Malaysia pula boleh pergi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang juga mempunyai rekaan etnik cina. 



Serius Cool - Muzium Helikopter Di Dalam Helikopter Di Russia (14 Gambar)


Helikopterception

Mil Mi V-12 ialah helikopter terbesar pernah dibina. Dua buah prototaip V-12 dihasilkan pada tahun 1967 untuk tujuan mengangkut misil antara benua milik Soviet. Malangnya program helikopter terbesar dunia ini dihentikan pada tahun 1974 kerana pelbagai masalah pengendalian yang gagal diselesaikan.

Prototaip pertama boleh dilihat di Muzium Monino berhampiran Moskow sementara prototaip kedua kini menjadi muzium helikopter Mil Mi yang terletak di kilang Mil Mi di  Panki-Tomilino, Moskow. Muzium ini baru sahaja dibuka dan sebelum ini prototaip V-12 terbiar usang di luar kilang. Good thing this piece of history is repurposed instead of dibiarkan hancur ditelan zaman.



Serius Cool - Sunborn Yacht Hotel : Hotel Terapung Terbesar Dunia Dibina Di Lumut (18 Gambar)


World

Sunborn Yacht Hotel ialah hotel lima bintang terapung terbesar di dunia. Hotel ini kini berlabuh di Gibraltar dan akan dibuka hujung tahun ini. Hotel terapung ii dibina kerana ruangan tanah yang terhad di Gibraltar. Satu-satunya cara untuk membina hotle baru ialah dengan membinya di atas permukaan laut! Apabila siap kelak hotel dalam kapal sepanjang 142 meter ini  akan mempunyai 189 bilik. Kos pembinaan hotel di dalam kapal ini ialah GBP 130 Juta (RM 643 Juta) dan pembinaanya dilakukan di limbungan kapal Boustead yang terletak di Lumut Perak. Tahun lepas kami ada melewati limbungan kapal ini dan tak sangka "cruise ship" yang kami lihat dibina bakal menjadi hotel terapung terbesar di dunia. Harga penginapan semalam ialah diantara GBP 200 - 2000 (RM 990 - 9900). 



Serius LOL - Telefon Pintar Beriman Zakir Naik


I am sceptical

Orang Malaysia sekarang masih lagi gila jual air Al Quran magik. Ustaz antarabangsa Zakir Naik jual telefon pintar Islamik pula. Tak lama lagi adalah Telefon Pintar UAI agaknya


Serius - Balik Beraya Di Bangladesh


Fullamak!

Dah nak raya dah ni. Anda semua beraya di mana? Kami beraya di KL kerana kami urban. Di bawah ialah visual orang balik kampung di Bangladesh. Sangat sesak!


Serius Cool - Mercedes Benz T80 : Kereta 3000 Kuasa Kuda (14 Gambar)


Epic Car

Mercedes Benz T80 ialah kereta berdoa enam dengan enjin berkuasa 3000 kuasa kuda yang dihasilkan oleh Mercedes pada tahun 1937.Tujuan asal kereta berenjin pesawat kapal terbang Messerschmitt Bf 109 ini direka ialah bagi memecahkan rekod kenderaan darat paling pantas di dunia. Ianya adalah projek khas Adolf Hitler bagi memberikan prestij kepada negara Jerman pada masa itu. T80 direka oleh Ferdinand Porsche dan pada tahun 1939 ianya siap dibina. Enam buah tayar digunakan bagi memastikan kuasa yang dihasilkan dapat dipindahkan ke permukaan jalan raya. Mercedes Benz percaya kereta buatan mereka mampu memecut melebihi 600 kilometer sejam. Sepatutnya percubaan memecahkan rekod diadakan pada tahun 1940 di atas Autobahn tetapi ianya dibatalkan kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Kenderaan berprestasi tinggi ini kemudiannya disorokkan di Austria. Kini anda boleh melihat T80 di Muzium Mercedes Benz di Stuttgart. Awesome 



Serius Cool - Figura Aksi Penjejak Awan Pedang Setiawan (8 Gambar)


Do want

Hands up siapa yang tak pernah baca komik Pedang Setiawan. Yep..... I bet most of you pernah baca komik lagenda karya Mah Weng Seng ini. Today is your lucky day kerana Hot Toys sudah menghasilkan figura aksi Penjejak Awan yang cool beans. Harga figura ini ialah HK 1280 (RM529) sebuah. Ohhh yeaah!



Saturday 27 July 2013

Serius Kreatif - Cara Kereta Diangkut Di Afghanistan (8 Gambar)


Genius

Di Malaysia kereta baru yang perlu dihantar dari kilang ke bilik pameran diangkut menggunakan lori treler. Tetapi di Afghanistan tidak terdapat banyak lori treler dan hanya satu atau dua kereta yang perlu diangkut. Jadi adalah normal di Afghanistan untuk menggunakan bas sebagai makeshift cargo carriers. Inilah dinamakan menggunakan setiap ruang secara optimum. Tetapi nampak tak selamat langsung!



Serius Fakta - Fakta-Fakta Menarik Mengenai Filem Titanic


Edukesyenel

Titanic ialah filem kegemaran kami. Mari lihat beberapa fakta menarik mengenai filem ini.




Serius - Racism Dan Australia


Nice

Video ini sangat releven dengan situasi di Malaysia sekarang terutamanya dengan apa yang kami lihat di media sosial dan ruangan komen Blogserius sendiri. Just have a look. Intolerence..... we have it so let's fix it. Quit pretending that all is well like that Bollywood movie. 


Serius Seleb - Rupa Pelakon Alamak Toyol Sekarang


Derp

Afiq Izzudin ialah pelakon muda yang melakonkan watak toyol di dalam filem Alamak Toyol. Inilah rupa beliau sekarang. 



Serius Cool - Gereja Diubah Suai Menjadi Sebuah Rumah (14 Gambar)


KEWL

Di kebanyakkan negara barat bilangan penduduk yang pergi ke rumah beribadat setiap minggu semakin berkurangan. Akibatnya banyak rumah ibadat terpaksa ditutup. Di Australia sebuah gereja kurun ke-19 ditutup dan kini diubah suai menjadi sebuah rumah moden 5 bilik. This is cool. Mana lebih cool? Rumah ini atau sebuah lagi gereja yang diubah menjadi rumah di Utrech Belanda?



Friday 26 July 2013

Serius - Katalog Barang-Barang Yang Ditemui Di Dalam Kubur Mangsa Penghapusan Etnik Bosnia (15 Gambar)


Ziyah Gafic!

Perang penghapusan etnik di Bosnia berlangung dari 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995. Perang saudara ini mengakibatkan kematian lebih dari 100 000 tentera dan orang awam. Majoriti yang mati adalah penduduk Bosnia dan dianggarkan 33 071  orang awam dibunuh sepanjang konflik berdarah ini. Ramai yang mati akibat dibunuh skuad pembunuh tentera Serb dan mayat mereka ditanam di dalam kubur massa seluruh Bosnia. Selepas berakhirnya konflik ribuan jenazah mangsa pembunuhan beramai-ramai ini ditemui dan proses mengenal pasti mangsa dijalankan. 

Ziyah Gafic ialah seorang jurugambar yang berasal dari Sarajevo. Sejak 1999 beliau terlibat di dalam projek mengenal pasti identiti mangsa. Beliau mengambil ribuan gambar objek yang ditemui pada mayat yang digali dari kubur-kubur mangsa perang. Pihak berkuasa berharap ada ahli keluarga mangsa yang mungkin mengenali objek yang dikenali dan ini diharap dapat digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa. Gambar yang diambil beliau kini dibukukan di dalam buku bertajuk Quest For Identity. Anda boleh belinya disini. Very sobering pictures. Alfatihah



Serius Seleb - Rupa Julia Perez Sebelum Popular (5 Gambar SFW)


LOL

Inilah rupa Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati. Ha ha



Serius Cool - Trailer Filem 47 Ronin : Holy Epic!


Damn Keanu

Keanu Reeves kembali lagi di dalam filem yang nampak sangat epik! Go AZNS! Zombie Boy pun ada!


Serius LOL - #OhMyEnglish : India Edition (12 Gambar)


Kah Kah Kah

Nampaknya kualiti Bahasa Inggeris India juga menuju tahap sampah! The last one is the best.



Serius Konsep - Rekaan Moden Flinders Street Station Melbourne (15 Gambar)


Choo Choo

Stesen Keretapi Flinders Street ialah stesen kereta tertua di Australia. Ianya terletak di Melbourne dan dibuka pada tahun 1909. Stesen ini masih lagi berfungsi dan dianggarkan 89 000 penumpang menggunakan stesen ini setiap hari. Pada tahun 2011, kerajaan tempatan bercadang memodenkan stesen keretapi bersejarah ini dan 6 buah rekaan kini bersaing untuk dipilih sebagai rekaan akhir. Di bawah ialah salah sebuah rekaan akhir yang terpilih dan ianya direka oleh Firma Herzog & De Meuron. Rekaan mereka menggabungkan bangunan asal stesen yang ikonik dengan rekaan kontemporeri moden. Sangat cool melihat bangunan bersejarah diberikan sentuhan moden. Agaknya kalau stesen keretapi Kuala Lumpur juga diubahsuai. Kinda sad to see trains in Malaysia. Macam tidak dipedulikan. Shame



Serius LOL - Bukti Minions Adalah Despicable!


Hahaha!

I iz watching u mastebet!


Serius Cute - Knifeheadkun : Cara Comel Mempromosikan Pacific Rim Di Jepun (9 Gambar)


LOLWUT?

Pacific Rim ialah filem yang cool. Penuh dengan aksi dan Kaiju yang kejam. Tetapi di Jepun cara mereka mempromosikan file ini adalah aneh. Watak Kaiju Knifehead yang muncul pada awal filem dijadikan watak comel yang diberi nama Knifeheadkun. I mean seriously why Japan? Then I realised this is Japan, they do weird things here. Sila follow Knifeheadkun di Twitter untuk lagi gambar comel Kaiju ini



Serius LOL - Ejaan Bahasa Rempit : UK Edition


What?

Ejaan style rempit mula menghasilkan kanser di lama sosial lebih kurang 3 tahun yang lalu. Di UK ini sudah berlaku sejak penghujung 90an. Ini scene dari filem Ali G In Da House. Jika and belum tengok filem ini you missed watching one of the funniest nonsensical movie ever made. Scene ejaan shortform film ini masih lagi klasik!




Serius Cool - 1954 Mercedes W196 Silver Arrow : Kereta Termahal Dunia (14 Gambar)


Nacht!

Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda sukan F1. Beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali sepanjang kareer beliau. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2 dalam senarai pemandu terhebat F1 dibelakang Michael Schumacher. Fangio memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau pada tahun 1954 dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM 96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu  USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011. Soalan kami ialah berapakah nilai kereta nasional pertama Proton Saga sekarang? Pastinya kereta bersejarah ini juga sangat beharga.



Serius Fakta - 17 Fakta Mengenai Kaki


Feet

Kaki................. Selamat hari Jumaat



Thursday 25 July 2013

Serius Cool - La Sardina Belle Starr : Kamera Lomo Versi Besi (13 Gambar)


Nice

Kamera Lomography majoritinya diperbuat daripada plastik. Well not La Sardina Belle Star! Lomo menghasilklan kamera La Saridinia yang sebelum ini diperbuat plastik dalam edisi besi. Very cool. Siap dengan ukiran pada panel besinya. At least sekarang nampak bad ass. Harga sebuah La Sardina Belle Star ialah USD  199 (RM 636).



Serius LOL - Air Mineral Paling Syaria Compliant?


Amin

Minum air ini mungkin akan membersihkan hati. Best part is air sarang anai-anai


Serius - Upacara Penyembuhan Penyakit Di Air Terjun Saut D'eau Haiti (14 Gambar)


Air Suci

Lebih kurang 60 kilometer dari bandar Port Au Prince Haiti terdapat sebuah air terjun suci. Air terjun Saut D'eau menjadi tempat lawatan tahunan ribuan penganut Kristian Voodoo Haiti bagi merawat penyakit mereka dan menerima berkat dari Virgin Mary. Menurut lagenda tempatan, lebih dari 100 tahun yang lalu,Virgin Mary muncul diatas sebuah pohon palma bersebelahan air terjun Saut D'eau. Kemunculan ibu Jesus ini mengakibatkan penganut agama Kristian Voodoo datang berbondong-bondong untuk melihat sendiri pokok palma yang kini dianggap suci. Kerana taksub dengan pokok ini mereka tidak lagi pergi ke gereja. Seorang paderi Perancis Katolik marah dengan perbuatan bida'ah ini memotong pokok palma tersebut tetapi penganut agama Kristian Voodoo masih datang melawat dan mula meyembah akar pokok yang tertinggal. Sekali lagi paderi Katolik ini pergi ke Saut D'eau dan membuang akar pokok palma yang tinggal. Tidak lama selepas itu beliau demam dan meninggal dunia. Penganut agama Kristian Voodoo percaya ini balasan tuhan terhadap apa yang dilakukan oleh paderi Katolik ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Julai ribuan penganut Kristian Voodoo Haiti akan datang kesini dan mandi secara pukal. Air Saut D'eau dianggap paling suci dan memberkati pada hari ulang tahun kemunculan Virgin Mary ini.

Anda pasti tertanya-tanya apa beza Kristian biasa dan Kristian Voodoo. Pada penghujung kurun ke 18, Revolusi Haiti berlaku dan amalan perhambaan dihapuskan. Haiti juga menjadi sebuah republik pada waktu yang sama. Penduduk berkulit putih melarikan diri dan ada yang dibunuh. Akibatnya Vatican enggan menghantar paderi Katolik mereka ke Haiti kerana ada paderi yang dibunuh. Kerana ketiadaan petunjuk dari paderi Katolik, agama Kristian dan kepercayaan pagan Voodoo bercampur menjadi sebuah agama baru iaitu Kristian Voodoo. Dewa-dewa Vodoo disembah bersama dengan tuhan Jesus. Adalah tidak aneh melihat penganut Kristian Voodoo melakukan penyembelihan pagan untuk Voodoo tetapi kemudian bersembahyang di gereja seperti penganut agama Kristian konvensional. So there you go. The difference between regular Christianity and Voodoo Christian in Haiti. 



Serius Seleb - Seleb Wanita Malaysia Semasa Kecil VS Sekarang (11 Gambar)


Comel

Alahai comelnya masa kecik!



Serius LOL - Cara Menangkap Ayam Paling Sempoi


Sorcery!

Untunglah senang tangkap ayam

Thanks Abby Zainal

Serius LOL - Janji Ditepati : Bro Code Edition


#SeemsLegit

Boleh pakai ke motto di atas motor ini?


Serius LOL - Handsome Boys In Malaysia


LOL

Time for the guys..........

IN B4 " apa senggama ini Obe?"


Serius Kreatif - Lukisan Unggas Menggunakan Kelopak Bunga (10 Gambar)


Moar Redhongyi!

Redhongyi kembali lagi! Artis berbakat dari Sabah ini pernah manghasilkan bendera dari makanan dan seni di dalam piggan. Hari ini mari lihat beliau menghasilkan lukisan unggas menggunakan kelopajk bunga. Sila follow RedHongyi di Instagram sekarang!



Serius Cool - HotRod City Tour : Cara Paling Best Menerokai Berlin (12 Gambar)


NICE!

Berlin ialah antara bandaraya yang kami mahu lawati kerana ianya penuh dengan sejarah. Kami mahu melawat tempat buku dibakar oleh Nazi serta kesan-kesan peninggalan Perang Dunia Kedua. Terdapat banyak cara Berlin boleh diterokai tapi kami dapat tahu terdapat HotRod City Tour yang membolehkan anda menerokai Berlin dengan menaiki HotRod mini. Setiap HotRod boleh disewa pada harga EURO 39 (RM 164) dan anda akan dibawa mengelingi Berlin selama 2 jam. Kenderran mini ini mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam. Zippy. Do want!



Wednesday 24 July 2013

Serius Cool - Tandas Diubahsuai Menjadi Apartmen Bawah Tanah (16 Gambar)


Cool

Di London tandas awam biasanya diletakkan di tepi jalan dan terletak di bawah tanah. Tandas awam ini sudah dibina sejak zaman Victorian dan selepas berpuluh tahun beroperasi ianya ditutup kerana tidak lagi sesuai digunakan. Sebelum ini kami ada paparkan Kafe The Attendant yang diubahsuai dari tandas lama yang tidak lagi digunakan. Hari ini mari lihat sebuah lagi tandas awam lama di London yang kini sudah diubahsuai menjadi sebuah apartmen bawah tanah. Tandas ini terletak di Crystal Palace dan dibina pada tahun 1929 sebelum ditutup pada tahun 1980an. Ianya kini menjadi apartmen mini sebesar 600 kaki persegi milik Laura Clark yang bekerja sebagai seorang arkitek. Beliau menemui tandas terbiar ini pada tahun 2008 dan terus terlintas untuk mengubahnya menjadi sebuah apartmen. Selepas membelanjakan GBP 65 000 (RM 317 000) untuk mengubahsuainya, Laura kini memiliki antar apartmen paling unik di kota London. Nice



Serius Kreatif - Kad Jemputan Kahwin Yang FAM Compliant


Yeah!

Kreatif sebenarnya kad kahwin macam ini.......FAM approves!


Serius Cool - Hazreen Shaik Daud : Trangender Pertama Di Dalam Politik Malaysia


Good

Golongan Trangender sering dipandang serong oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Kerana pandangan serong ini mereka tidak diambil bekerja. Apabila tidak dapat bekerja mereka terpaksa menjadi sex workers. Jadi nasib menyebelahi Hazreen Shaik Daud yang dilantik menjadi setiausaha politik kepada ahli dewan negeri Tanjung Bungah Teh Yee Cheau. Perlantikan beliau dianggap sebuah pencapaian bersejarah di dalam sejarah politik negara kerana umum kita ketahui isu trangender ini sensitif dikalangan majoriti rakyat Malaysia. Bagi kami jantina seseorang itu tidak penting. Yang penting kemampuan dan kelayakkan. All the best Hazreen Shaik Daud. Hapuskan stereotaip yang ada!

IN B4 "bigoted comments"




Serius Cool - Rumah Burung Cetakan 3D (11 Gambar)


3D!

Mari paparkan lagi barangan yang dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D. Sebelum ini kami paparkan baju cetakan 3D pertama dan kasut tinggi cetakan 3D pertama dunia. Makerbot, syarikat yang menghasilkan mesin cetakan 3D mereka sendiri mengadakan pertandingan menghasilkan rekaan rumah burung. Mereka menerima 160 penyertaan dari seluruh dunia untuk pertandingan mereka ini. Pemenang ialah rekaan rumah burung berbentuk rumah mini di bawah. Very cool. Tetapi terdapat juga rekaan aneh seperti rumah burung berupa lubang zip seluar manusia dan kamera CCTV. Kesemuanya kreatif. Now all we need is rumah burung berbentuk The Dudley Death Drop.



Serius Klasik - Poster Menggalakkan Membaca


READ!

Dunia akan lebih bagus jika masyarakat lebih banyak membaca. When was the last time you picked a book and read it? When was the last time you went to a library?


Serius LOL - #OhMyEnglish Masjid Edition


Hmm

Oh my............


Serius - Lukisan - Lukisan Oleh Adolf Hitler (13 Gambar)


Artdolf


Di awal hayatnya, Adolf Hitler mahu menjadi seorang artis. Pada tahun 1907 beliau menghantar beberapa karya beliau ke Academy Of Fine Arts Vienna dengan harapan beliau akan diberi tempat oleh belajar di sana. Permohonan beliau ditolak. Pada tahun 1908 beliau mencuba sekali lagi tetapi kali ini juga beliau gagal. Professor di Academy of Fine Arts Vienna menyarankan Hilter untuk mencuba jurusan senibina beliau tidak layak kerana keputusan akademik yang tidak mencukupi. Selepas kegagalan ini Hitler hidup di Vienna sebagai seorang gelandangan. Para pengkaji sejarah percaya sekiranya Hitler diterima masuk, pemusnahan etnik di Eropah mungkin tidak akan berlaku. Oleh sebab ini juga selepas Hitler menjadi Fuhrer, beliau memusnahkan lukisan "modern art" yang ada kerana beliau masih butthurt lukisan realistik beliau di bawah dikatakan "tidak cukup bagus". Sepanjang hayat beliau Hitler menghasilkan 723 karya seni berupa catan air dan lakaran. Ada yang dirampas tentera Amerika paska Perang Dunia Kedua dan sehingga kini tidak pernah ditayangkan kepada umum. Karya yang tidak dirampas dilelong pada harga ratusan ribu dillar. Kesemua hasil kerja beliau yang dianggap tidak cukup bagus oleh Academy of Fine Arts kini menjadi buruan pengumpul memoribilia Reich Ketiga. Apa pendapat anda? Adakah Hitler berbakat? 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails