Tuesday 17 September 2013

Serius Cool - Lapangan Terbang Hefei Xinqiao : Terminal Berbentuk Pesawat Pengebom B2 (11 Gambar)


Cool!

Di China mereka sedang giat membina lapangan terbang baru. Pembinaan lapangan terbang baru adalah untuk membantu sektor pelancongan dan yang paling penting sektor perindustrian mereka. Salah sebuah lapangan terbang baru yang dibina ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao. Ianya mula dibina pada tahun 2008 dan dibuka Mei lalu. Lapangan terbang ini kami rasakan menarik kerana mempunyai bentuk seperti sebuah pesawat pengebom stealth Northrop B2 Spirit milik Amerika Syarikat. Menurut juribina, terminal lapangan terbang ini diilhamkan dari bentuk ikan tropika. Ye ke? Tak percaya! Ia mempunyai keluasan lantai 108,500 meter persegi dan menampung 11 juta penumpang setahun. Ia akan dibesarkan lagi menjelang  2040 bagi menampung 42 juta penumpang setahun.




Laporan asal Wiki

8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails