Thursday 31 October 2013

Serius Shit - Industri Minyak Longkang Di China


Sedap

Fuuuuuuuuuuu. Minyak masak kitar semula dari longkang di China. Power power. Dikatakan 1/10 makanan yang dijual di China dikatakan dimasak menggunakan minyak longkang. Sedap!


Serius Cool - Camper Kart : Rumah Gelandangan Di Dalam Troli (11 Gambar)


Gelandangan

Streotaip golongan gelandangan di dalam filem Amerika ialah mereka mencuri troli supermarket untuk kegunaan persendirian. Troli yang dicuri ini menjadi tempat mereka meletakkan harta duniawi mereka yang sedikit. Menyedari hakikat ini Kevin Cyr seorang artis mencipta Camper Kart. Ianya sebuah rumah mobil yang boleh dipasang di dalam sebuah troli supermarket. Rumah mobil ini boleh dilipat pada waktu siang hari apabila tidak digunakan. Ini dapat menyelesaikan masalah golongan gelandangan yang basah kerana hujan dan banjir. Good idea dan looks really cool!



Serius Cool - BMW Z4 Edisi Naga (8 Gambar)


Dragon!

Di dalam siri Game of Thrones, Daenerys Stormborm memiliki 3 ekor naga yang boleh ditunggang. Malangnya kita hidup di dunia sebenar an naga tidak wujud. Tetapi jika akan mahu menjadi Danerys dan mahu "menunggang" seekor naga anda mungkin boleh membelinya di China. Sebuah BMW Z4 diubahsuai untuk kelihatan seperti seekor naga. Kulit naga kereta ini diperbuat dripada tulang Yak yang boleh ditemui di utara China. Mofikasi ini dihasilkan untuk sebuah expo perdagangan di Jepun. Kalau di Malaysia mungkin kena hasilkan BMW edisi Harimau.. diperbuat dari tulang orang hutan. Yeah right.




Serius Seleb - Jika Seleb Terkenal Mempunyai Pekerjaan Biasa Seperti Kita (13 Gambar)


Haaha!

Samuel J Jcakson kerja McD? ...... Mesti ada line "Would you like some motherfucking fries with your burger motherfucker?"



Serius LOL - #OhMyEngland : Menu Paling Best England Evah!


What the What

Kat sekolah mesti gagal Bahasa Inggeris.


Serius Neko - Kompilasi Video Neko


Meowww

Coz seriously siapa tak suka kucing mereka bukan kawan kami

Serius Cool - Loop : Tadika Yang Cantik Di China (13 Gambar)


Ceria

Persekitaran sekolah yang ceria adalah penting bagi memastikan pelajar merasa seronok pergi ke sekolah. Di China mereka benar-benar serius untuk menghasilkan suasana super serius untuk pelajar tadika. Loop Kindergarten di Tianjin mempunyai rekaan yang  diilhamkan oleh donut. Ianya juga dicat dengan warna-warna ceria sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah tadika. Bangunan tadika seluas 4300 meter persegi ini dibuka tahun dan dilengkapi dewan besar, kelas dan dua buah taman permainan. Satu pada bahagian atrium dan satu lagi pada bahagian bumbung lengkap dengan padang sintetik. Sesungguhnya tadika ceria Loop ini lebih bagus dari majoriti tadika di Malaysia yang diubahsuai dari rumah kediaman. Tak ceria langsung!



Serius Konsep - 1865 Velocipeds : Basikal Elektrik Moden Dengan Rekaan Retro (11 Gambar)


Retro Sebenar

Pada awal sejarahnya, basikal tidak mempunyai roda yang sama besar. Basikal awal Penny Farthing mempunyai roda hadapan yang besar berbanding roda belakang. Basikal klasik ini bukan sahaja tidak selesa dipandu kerana ketiadaan suspensi tetapi berbahaya kerana ketiadaan sistem brek. Tetapi ini tidak menghalang syarikat BASF untuk menhasilkan sebuah basikal eletrik moden dengan rekaan seperti basikal retro ini. Basikal yang diberi nama 1865 Velocipedes ini dilengkapi motor elektrik pada bahagian roda belakang. Tempat duduknya pula juga berfungsi sebagai bateri basikal. Keseluruhan basikal diperbuat daripada plastik bagi mengurangkan berat. Adakah anda mahu basikal dengan rekabentuk retro. Jika anda menjawab ya sila panggil diri anda hipster. Now go grow an ironic moustache!



Wednesday 30 October 2013

Serius LOL - Pokemon : Malaysian Edition


Defuq

Pokemon edisi Malaysia yang trololol.... 


Serius Kreatif - Cara Terbaik Menggunakan Kucing Anda : Lazy Parents Edition


#LMAO

Gunakan kucing anda sebagai pengayun buaian percuma. Just feed them food once in a while. 


Serius - Ram Singh Chauhan : Bapak Segala Hipster Dunia (7 Gambar)


Epic Misai

Ram Singh Chauhan (58) ialah pemegang rekod misai terpanjang dunia. Misai beliau yang sepanjang 14 kaki ini sudah dibeli beliau sejak 32 tahun yang lalu. Menurut Ram beliau bangga memegang rekod misai terpanjang dunia kerana adalah tradisi lelaki di Jaipur untuk membela misai panjang. The onlu downside ialah setiap hari beliau terpaksa menghabiskan 2 jam untuk memastikan misai beliau kelihatan kemas di waktu pagi. Sesungguhnya Ram ialah bapa hipster sebenar kerana memiliki misai paling epik. Wak Doyok please follow his footsteps.



Serius Seleb - Matematik Edisi Seleb (10 gambar)


#Seemslegit

Yep

Tuesday 29 October 2013

Serius LOL - #OhMyEnglish Dan #OhMyMalay Double Fail


Facepalm

Double fail detected..........


Serius Cool - Seawise Giant : Kapal Terpanjang Dunia (20 Gambar)


Gergasi

Seawise Giant ialah kapal terpanjang pernah dibina oleh manusia. Panjang kapal pengangkut minyak mentah ini ialah 458.45 meter dan ini bermakna ianya lebih panjang dari Menara Berkembar Petronas! Ia diperkasakan enjin diesel 50 000 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 30 kilometer sejam.   Kapal ini mempunyai sejarah yang menarik dan tragis. Ianya dibina pada tahun 1974 dan siap 5 tahun selepas itu di limbungan Sumitomo Heavy Industries, Jepun.Pada awalnya ia diberi nama 1016. Selepas siap dibina 1016 menjalani ujian pengendalian laut dan didapati mengalami masalah gegaran yang kronik. Pemilik 1016 enggan menerima kapal yang siap dibina dari Sumitomo dan ianya tersadai di limbungan sebelum dijual dan diberi nama Seawise Giant.

Pada tahun 1988 ketika membawa minyak mentah dari Iran, Seawise ditembak dengan peluru berpandu oleh pesawat pejuang Iraq. Ianya karam kemudian ditimbulkan semula. Proses pembaikian dilakukan di Keppel Yard Singapura. Seawsie Giant kembali bertugas sebagai kapal pengangkut minyak pada tahun 1991 dan diberi nama baru Happy Giant.Ia kemudiannya berpindah tangan sebanyak 2 kali lagi dan diberikan nama Jahre Viking dan Knock Nevis. Tugas terakhir Knock Nevis ialah sebagai pelantar menyimpan minyak statik di Teluk Parsi.

Pada tahun 2009 khidmat Knock Nevis dihentikan dan ianya dijual sebagai sekerap. Sekali lagi namanya ditukar kepada Mont dan pelayaran terakhirnya ialah ke Alang India untuk dimusnahkan. Satu-satunya artifak peninggalan objek bergerak terbesar yang pernah dibina oleh manusia ini ialah sauh seberat 36 tan yang kini terletak di Muzium Maritim Hong Kong. Sad really.



Serius Cool - Cover Crazy Kids Ke$ha oleh Narmi & Dream Rocketeers


Damn Good

Lagu Ke$ha ini sebenarnya annoying tetapi setelah di cover jadi best pulak. Good job guys!


Serius Cool - Optimus Prime Ultimetal : Figura Optimus Sebenar (12 Gambar)


Ultimate!

Majoriti permainan Transformers di pasaran diperbuat daripada plastik. Plastik dipilih kerana ianya tahan lasak dan dapat mengurangkan harga. Tetapi jika anda seorang fanatik Transformers mainan plastik sedia ada semestinya tidak memuaskan hati anda. Jangan risau kerana akhirnya figura aksi Optimus Prime edisi sepenuhnya daripada besi akhirnya muncul di pasaran. Optimus Prime Ultimetal ialah figura setinggi 17 inci dan anda boleh melihat bahagian dalaman Optimus secara terperinci. The downside is figura ini tidak boleh berubah mejadi sebuah lori dan ianya dijual pada harga Yen 78 000 (RM 2515) sebuah. Optimus Prime Ultimetal akan muncul di pasaran tahun hadapan dalam jumlah yang terhad. Start saving!



Serius Cool - Kolchugas : Kedai Senjata Paling Swag Di Moscow (9 Gambar)


Ammunation Swag Edition

Kolchugas Weapon Depot ialah kedai menjual senjata swasta pertama di Russia. Ianya terletak di tengah-tengah kota Moscow dan ianya menjual senjata dan alatan memburu. Anda boleh lihat rekaan dalaman kedai senjata ini sangat mewah berbanding kedai senjata yang kita lihat di kaca TV. Ini adalah kerana hanya golongan elitis di Russia dibenarkan memiliki senjata dan membeli barangan import mahal disini. Jadi anda kenala bekerja keras, they have money, they have beatiful weapons. To the haters please work hard so you can enjoy life like these Russians #meme. 



Serius Kreatif - Iklan Kondom Di India (9 Gambar)


Genius!

Kondom Kamasutra ialah jenama kondom yang dijual di India. Bagi melakukan penjenamaan semula bagi menarik minat penguna lebih muda, Kamasutra bergabung denga MTV dan menghasilkan iklan di bawah. Serius kreatif. Good wall posters too to be honest!



Serius LOL - Bungkusan Gula Paling Bagus Untuk Malaysia Sekarang


This!

Ini..... ini..... ini adalah sepatutnya rupa packaging gula di seluruh Malaysia. Harus adil sial!


Serius LOL - Benda Paling Annoying Pasal Nokia 3310


Admit it

Nokia 3310 ialah telefon yang sudah mencapat tahap legenda. Telefon ini 100 kali ganda lebih tahan lasak dari telefon pintar yang ada dipasaran sekarang. Tetapi kami yakin lagu di bawah ialah benda yang paling annoying pasal Nokia 3310. Admit it....... ear cancer.........


Serius Konsep - World Views : Belon Udara Membawa Anda Ke Pinggiran Angkasa (11 Gambar)


Gravity


Tahun lalu Felix Baumgartner mencipta rekod dunia dengan melompat dari ketinggian 39 kilometer. Pernahkan anda terfikir bagaimanakah pemandangan dari ketinggian ini dan menyimpan kemahuan mahu melihatnya sendiri dengan mata kepala anda? Impian anda mungkin boleh menjadi kenyataan kerana projek Belon Udara World Views sedang dibangunkan dan ia mampu membawa penumpang naik ke ketinggian 30 kilometer. Projek ini dijangka menjadi realiti seawal 2016 dan anda hanya perlu membayar sekitar USD 76 000 (RM 238 000) seorang untuk melihat pemandangan dari pinggiran angkasa. Awesome



Serius Cool - Ducati 1199 Panigale S Senna (10 Gambar)


Senna - Lagenda!

Sempena memperingati 20 tahun kematian Ayrton Senna di Litar Imola, Ducati akan menghasilkan motosikal edisi terhad Ducati 1199 Panigale S Senna. Hanya 161 motosikal ini akan dihasilkan.Angka 161 melambangkan jumlah perlumbaan F1 yang disertai beliau. Motosikal ini diperlihatkan kepada umum 2 minggu yang lalu di Brazil. Ducati 1199 Panigale S Senna akan dijual kepada umum Jun 2014 dengan harga USD 23 000 (RM 72 300). Ayrton Senna..... legend!



Monday 28 October 2013

Serius LOL - Kamasutra Untuk Pasangan Berkahwin (10 Gambar)


LOL

Siapa kata Kamasutra hanya sebuah karya erotik. Kini sudah ada The Married Kamasutra karya Simon Rich dan Farley Katz. Trololol!



Serius Cool - Jackpen : Telefon Pintar Anda Kini Sebuah Pen! (8 Gambar)


There is no app for that

Telefon pintar boleh melakukan pelbagai perkara dengan bantuan ratusan ribu aplikasi. Apa yang tidak boleh dilakukan telefon pintar ialah menulis secara fizikal. Oleh itu Penjack ialah aksesori yang harus anda miliki kerana ia merubah telefon pintar anda menjadi sebuah pen! Ianya dimasukkan ke jack headphone dan dijula pada harag GBP 3.99 (RM 20.29) satu set. Do want. 



Serius LOL - Allah Apa Lagi?


The Effing Show

Epic episode is epic...... hahaha




Serius LOL - Logo Korporat Dengan Slogan Yang Ikhlas (13 Gambar)


#SeemsLegit

Sekiranya logo korporat mempunyai slogan yang lebih mencerminkan situasi sebenar. 



Serius Cool - Pasar Borong Berbentuk UFO Di Bursa Turki (12 Gambar)


UFO Turki!

Pasar borong biasanya bangunan yang functional tetapi tidak mempunyai rekaan yang menarik. Tetapi di Bursa, Turki pasar borong yang menjual sayur-sayuran dan barang basah berbentuk seperti sebuah UFO. Rekaan bulat seluas 34 000 meter persegi ini sebenarnya diilhamkan oleh rekaan bazar Turki tradisional dan stadium. Bentuk bulat dirasakan dapat memudahkan pemindahan barangan oleh penjual dan pembeli. Cool design. Lebih cool dari rekaan kampus Apple!



Serius LOL - Apabila Lansi Berebut Lorong Tol Di Malaysia


Kah kah!

Ini mesti kes dua-dua berebut lane atau ada satu lubang bontot nak potong que. Dua-dua rugi. 


 

Serius Kreatif - #RealLifeInstagram : Instagram Edisi Dunia Sebenar (11 Gambar)


Awesome Idea!

Instagram ialah gambar dengan kesan khas Polaroid versi digital. Kerana Instagram sudah telalu mainstream ianya tidak lagi cool bagi seorang hipster. Oleh itu jika and penggemar Instagram tetapi mahu mengekalkan gaya hidup hipster anda harus buat #RealLifeInstagram seperti yang dilakukan Nitchows. Filter instagram versi analog diletakkan di tempat awam dan anda boleh mengambil gambar instagram secara analog. Coolness!



Serius LOL - Jika Jedi Adalah Polis Dunia Sebenar


Heheheh

Yang pasti Lightsaber tidak akan jatuh dalam laut. 


Serius Cool - Seven Stars Kyushu : Keretapi Super Mewah Jepun (18 Gambar)


Swag-chan

Seven Stars Kyushu ialah perkhidmatan keretapi mewah pertama di Jepun. Keretapi yang menelan belanja Yen 3 Billion (RM 97 Juta) ini dilengkapi 14 bilik mewah, 2 suite deluxe dan 3 gerabak Presidential. Tujuan Star Star Kyushu diwujudkan ialah bagi memberikan pengalaman baru bagi pengguna keretapi Jepun yang biasanya bersesak-sesak dan tergesa-gesa. Kelajuan maksimum keretapi ini hanyalah 100 kilometer sejam bagi membolehkan penumpang menikmati pemandangan sekitar Kepulauan Kyushu. Tiket 2 hari bermula dari USD 1571 (RM 4939) seorang dan perkhidamatan ini akan bermula pada Januari 2014. Nice


Serius Fakta - 50 Fakta Menakjubkan Mengenai Bahasa Dunia


Bahasa

Ada berapa banyak bahasa dunia? Berapa banyak yang kini diancam kepupusan? Mari baca infografik yang penuh fakta ini. 



Thursday 24 October 2013

Serius LOL - #OhMyMalay : Terima Kasih Google Translate


Oh my!

Bahasa Malaysia tahap arwah......Literally 

Thanks Letfee Ahmad


Serius Cool - Iklan Playstation Yang Pastinya Membuatkan Anda Nostalgik


Praystation

#Manlytears was shed bro.....Teringat zaman muda main Time Crisis di common room college. Good times. 

Thanks @Ashyusof


Serius Fakta - Sejarah Penglibatan Wanita Di Dalam Industri Penerbangan


Yeah

Wanita dikatakan tak reti memandu. Tetapi they sure as hell can fly



Serius LOL - Jika Lelaki Menjadi Model Seksi Iklan Motosikal (10 Gambar)


HAHAHA!

Iklan motosikal selalunya didatangi dengan seorang awek seksi yang akan berposing bersama-sama motor. Apakah terjadi jika motosikal berkuasa tinggi diiklankan dengan mengggunakan lelaki normal? Pastinya LOL



Serius FAIL - UMNO Perak Gagal Geografi


LMAO

Macamana ni yob? Aiseh! Dari laman rasmi UMNO Perak


Serius Cool - Lobi Wayang TGV One Utama Yang Angker (10 Gambar)


Dayyum!

Sempena Halloween lobi wayang TGV One Utama menjadi lobi paling angker. Diorama filem The Ring 2, Insidious 2, Carrie dan Paku Pontianak yang mereka bina adalah sangat creepy. Siap ada hantu Sadako, The Bride dan Carrie menyorok di dalam suasana suram. Kalau anda nak tengok sendiri silalah ke TGV One Utama dan ambik gambar dengan momok!



Serius Genius - Iklan Sumo Ford Focus


WIN!

Yeah... Proton perlu ada fungsi serupa for the win




Serius Cool - Mumia Api Kabayan Di Filipina (14 Gambar)


Mummy returns

Mumia Api Kabayan ialah mumia kaum Ibaloi yang menetap di Kabayan, utara Filipina. Mumia ini dianggap sebagai warisan dunia dan Filipina kerana keunikannya. Kaum asli Ibaloi mengawet ahli keluarga yang mati dengan menyalami mayat mereka di atas api. Setelah mayat kering ianya akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang kemudiannya disembunyikan di dalam gua sekitar Kabayan. Mumia yang ditemui dianggarkan berusia diantara 500-800 tahun. Amalam memumiakan si mati dihentikan sekitar tahun 1500 selepas Filipina dijajah oleh Sepanyol.  Jika anda ke Kabayan anda boleh melawat beberapa gua yang dibuka. Terdapat banyak lagi gua sekitar Kabayan tetapi lokasinya dirahsiakan kerana kerjaan Filipina tidak mahu makan-makan ini dijarah. Cool stuff. Siapa sangka di Asia Tenggara juga ada amalam memumiakan si mati.



Serius Konsep - Luksian Konsep Filem Ender's Game (11 Gambar)


Cool

Adaptasi filem dari novel semakin menggila dan kami sudah paparkan perbezaan muka hadapan novel vs poster filem adaptasi minggu lalu. Hari ini mari lihat lukisan konsep untuk filem Ender's Game Orson Scott Card. Looks good. Macam Mass Effect.



Wednesday 23 October 2013

Serius - Katie Piper : Duta Mangsa Serangan Asid UK (12 Gambar)


Sadis

Katie Pipie (30) bekerja sebagai seorang gadis gelanggang sukan MMA sebelum beliau menjadi mangsa serangan asid. Pada tahun 2008 beliau berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daniel Lych. Dua minggu selepas berkenalan Katie dirogol dan ditikam pada bahagian lengah oleh Daniel. Walaupun diserang Katie enggan melaporkan kejadian ini kepada polis kerana takut dengan Daniel. Dua hari selepas itu Daniel menyuruh rakan beliau Stefen Sylvestre untuk menyimbah asik sulfurik ke muka Katie. Serangan ini berjaya ditangkap 3 kamera CCTV dan Daniel serta Stefan segera ditangkap polis. Katie terpaksa menjalani pembedahan dimana doktor terpaksa membuang kulit muka beliau. Selepas itu beliau koma selama 12 hari. Beliau kemudian terpaksa memakai topeng khas selama 23 jam sehari bagi memastikan kulit baru akan tumbuh dengan elok paska pembedahan. Secara keseluruhan Katie menjalani 40 pembedahan bagi memperbaiki muka, dada dan tangan beliau yang rosak akibat simbahan asid. Daniel dan Stefan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang Katie. Katie kemudian menjadi duta mangsa serangan asid di UK. Mari lihat perubahan rupa beliau sebelum serangan, selepas serangan dan akhir sekali selepas menjalani pembedahan. 


Serius LOL - #OhMyMalay : RIP Bahasa Malaysia


Defuq

Rosak-rosak.......RIP Bahasa Malaysia. 


Serius Cool - Iklan Ilusi Optik Honda


Win!

Awesome

Serius Indo - Kuotasi - Kuotasi Penuh Inspirasi Presiden Sukarno (10 Gambar)


Sage!

Semasa di sekolah dahulu kami ada seorang cikgu Inggeris yang berkata Presiden Sukarno adalah pemimpin yang paling bijak menaikkan semangat patriotik. Back then we don't know why. Lepas membaca buku tentang beliau kami kini paham kenapa cikgu kami menghormati Bung Karno. 



Serius Konsep - Primeval Symbiosis: Rumah Pokok Sebenar (16 Gambar)


Pokok Illuminati


Konrad Wojcik mempunyai impian dimana rumah di masa hadapan akan lebih mudah bersimbiosis dengan alam sekitar. Untuk menjadikan impian beliau sebuah realiti pereka yang berasal dari Denmark ini menghasilkan Primeveal Symbiosis, rumah poko berkonsepkan pokok. Rumah empat tingkat ini mempunyai bentuk seperti pokok konifer dan hanya mempunyai sebuah tiang. Ianya dibina menggunakan kayu bagi memastikan apabila ianya tidak lagi diduki ianya akan mudah lupus secara semula jadi. Bagi memastikan ianya mesra alam keperluan elektrik dijana sepenuhnya menggunakan panel solar. Rekaan dindingnya pula membenarkan pencahyaan semula jadi bagi mengurangkan penggunaan lampu dan secara langsung elektrik. Kami sukakan konsep rumah ini. Literally sebuah rumah pokok sebenar. 

IN B4 Dakyah illuminati



Serius Kreatif - Jika Puteri - Puteri Disney Bercosplay (9 Gambar)


Halloween


Isaiah Stephen ialah seorang illustrator yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau menghasilkan siri Disney Princess Dressing Up For Halloween di bawah. Kreatif. Bolehkan anda mengenali kesemua puteri-puteri Disney di bawah?



Serius Cool - Mari Melihat Pusat Membeli Belah Zam Zam Di Mekah


Mewah

Menara Zam Zam ialah menara yang terletak bersebelahan menara jam gergasi Abraj Al Bait. Di dalam menara ini terdapat pusat membeli belah moden yang setanding pusat membeli belah terbaik dunia. Anda boleh membeli kopi Starbucks atau makan aiskrim Baskin Robins. Boleh tahan mewah pusat membeli belah yang terletak bersebelahan Masjidil Haram ini. 

Serius Cool : Figura Iron Man Mark XXXVIII Igor (10 Gambar)


House party protocol

Iron Man 3 memperlihatkan beberapa variasi baju zirah yang dipakai oleh Tony Stark. Igor ialah baju zirah yang  dipaparkan secara prominent di dalam filem ini. Kini figura aksi Mark XXXVIII Igor mula dijual oleh Hot Toys. Ia setinggi 42 sentimeter dan mempunyai lampu LED. Harga figura aksi ini bermula dair USD 510 (RM 1617) sebuah. Start saving up guys!



Serius Cool - Kamera Biskut Fuuvi : Nak Bisjut? (8 Gambar)


Kamera untuk anon komentar

Fuuvi Biscuit Camera ialah kamera digital 2 Megapixel berbentuk biskut. Ia mampu mengambil gambar dan video. Muatan dalaman kamera pula adalah sehingga 16 GB menggunakan kad MikroSD. Setiap kamera digital ini dijual pada harga USD 49.90 (RM158). Nak kamera bisjut? 



Tuesday 22 October 2013

Serius - Senjata Digunakan Semula Untuk Kegunaan Kanak-Kanak Syria (10 Gambar)



Syria!

Masihkan kita ingat dengan saudara-saudara di Syria? Kerana perang saudara yang sudah berlarutan selama hampir  3 tahun ini kanak-kanaklah yang paling merana. Sekolah ditutup dan kawasan permainan sudah menjadi padang jarak padang tekukur. Jadi tidak terkejut apabila kami melihat senjata perang yang dikitar semula menjadi bahan mainan kanak-kanak di Syria. Sadis! 


Serius - Video Angker Misteri Kematian Elisa Lam


Angker Dark Water

Dark Water ialah filem seram Jepun yang mengisahkan kematain seorang kanak-kanak wanita di dalam tangki air. Kisah kematian fiksyen ini menjadi misteri sebenar di Cecil Hotel, Los Angeles. Elisa Lam seorang wanita yang berasal dari Vancouver Kanada ditemui mati di dalam sebuah tangki air di sebuah hotel. Kematian beliau hanya disedari selepas beliau dipercayai lemas 2 minggu sebelumnya. Mayat beliau ditemui setelah penghuni hotel merungut tekanan air ke bilik mereka amat rendah sejak beberapa minggu. 

Apa yang membuatkan kes ini aneh dari biasa ialah rakaman video CCTV lif pada malam beliau dilaporkan hilang. Elisa dilihat cuba melarikan diri dari sesuatu. Ketika cuba melarikan diri di dalam lif, lif gagal beroperasi. Lif hanya berfungsi selepas Elisa keluar. Ketika mayat beliau ditemui, Elisa terapung dalam keadaan bogel. Pakaian beliau tidak pernah ditemui semula oleh pihak polis. Tangki air hotel hanya boleh diakses dengan menggunakan 2 kunci khas. Kunci khas ini mustahil ada pada Elisa kerana beliau bukan pekerja hotel. Tiada rakaman beliau naik ke bumbung hotel juga. Kes ini masih lagi dianggap tidak dalam diselesaikan dan menjadi misteri. 

Terdapat teori yang mengatakan Elisa dikejar hantu. Mengapa ada teori paranormal ini? Kerana Cecil Hotel pernah menjadi tempat tinggal Richard Ramirez, pembunuh berisiri yang membunuh 13 orang wanita. Ramirez mati akibat kenser ketika menunggu giliran dihukum bunuh Julai lalu. Ada yang percaya roh Ramirez kembali ke Cecil Hotel dan mencari mangsa baru. Ramirez gemar membunuh wanita berbangsa Asia ketika masih hidup. 

Adakah ini kes hantu pembunuh?

Thanks @TechSupremo




Serius Cool - Lanyang Muzium : Muzium Berbentuk Bangunan Runtuh (14 Gambar)


Muzium Taiwan

Muzium Lanyang ialah sebuah muzium yang terletak di Yilan Taiwan. Muzium ini mempamerkan sejarah kawasan setempat. Muzium ini berbentuk unik kerana kelihatan seperti sebuah bangunan yang tumbang. Rekaan ini disengajakan kerana mahu mahu meniru rupa formasi batu-batuan yang terletak di Yilan. Muzium ini mempunyai empat tingat dan tema iaitu udara, gunung, tanah dan lautan. Ianya siap dibina pada tahun 2010 dan mungkin antara muzium dengan rekaan senibina paling unik yang pernah kami lihat.



Serius Cool - Pokemon Edisi Realistik (11 Gambar)


I choose you!

Kalaulah Pokemon adalah haiwan sebenar



Serius LOL - Idea Kostum Halloween Untuk Pasangan Bercinta (13 Gambar)


Halloween!!

Halloween disambut setiap 31 Oktober. Jika anda mempunyai pasangan mungkin kostum di bawah boleh memberikan anda inspirasi untuk berpakaian sedondon. Tahun ini kami bercadang untuk memakai kostum Yakjuj dan Makjuj.



Serius LOL - Iklan Paling Lawak Hari Ini


Hahaha

Barang yang dijual beli banyak di parlimen sekarang. 


Serius Sadis - Rasisma Di Israel Terhadap Warga Afrika : Sama Macam Malaysia


Yay Rasisma!

Malaysian dan Israeli ada perangai yang serupa iaitu kebencian terhadap "Awang Gelap". Siapa kata kita tak ada persamaan. RACISM is universal. Ha ha ha!


Serius Kreatif - Wish : Lukisan Gergasi 11 Ekar Di Belfast (11 Gambar)


Woah!

Wish ialah karya gergasi sebesar 11 ekar yang dihasilkan oleh Jorge Rodriguez-Gerada. Untuk menghasilkan karya terkini beliau di Belfast ini, Jorge bekerja selama 4 minggu dan dimulakan dengan menanam 30 000 pancang kayu menggunakan sistem GPS. Selepas itu 4000 tan tanah dibawa masuk ke kawasan lapang. Lukisan dihasilkan menggunakan jengkaut. Karya Jorge akan dikekalkan di tanah lapang ini sehingga Disember ini.



Serius - Rihanna Kini Seorang Hijabista (10 Gambar)


Riri Hijabis

Rihanna melangsungkan konsert di Abu Dhabi dan sempat mengunjungi Sheikh Zayed Grand Mosque. Beliau diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat dan secara automatis menjadi hijabistas. Malangnya lawatan beliau terpaksa dipendekkan selepas beliau dihalau dari perkarangan masjid kerana berposing dan dianggap tidak bersesuaian dengan fungsi masjid. TROLOLO

IN B4 "awak lagi manis berhijab cik Riri"



Monday 21 October 2013

Serius LOL - Malay Song In Real Life


Hahaha!

Legit @AbgKyo!


Serius FAIL - Koleksi Gambar Perkahwinan Yang Gagal (14 Gambar)


No!

Kini kerap kita dengar orang membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar perkahwinan. Apakah terjadi jika gambar yang diambil gagal ataupun tema perkahwinan anda sucks? Inilah hasilnya. 



Serius Seleb - Nama Sebenar Artis Terkenal Hollywood (15 Gambar)


Heh!

Nama sebenar artis terkenal Hollywood. Kelakar.....



Serius LOL - Minuman Yang Berdosa Di Dunia


Kah kah Kah

Minum masuk nurakka. 


Serius - Bangsal Pelacuran Pandu Masuk Di Zurich Switzerland (15 Gambar)


Untuk keselesaan Bersenggama

Di Switzerland pelacuran adalah halal dari segi undang-undang. Bagi memastikan keselamatan pelacur, keselesaan pelanggan dan menjaga sensitiviti penduduk setempat, kerajaan Switzerland membelanjakan RM 7.14 Juta membina 9 bangsal pelacuran pandu masuk di sekitar Zurich. Bangsal pelacuran ini menjadi tempat kerja 40 orang pelacur sepenuh masuk. Pihak berkuasa tempatan Zurich berharap bangsal-bangsal ini dapat "membersihkan" industri pelacuran Switzerland. Pelanggan boleh memandu masuk kenderaan mereka dan memilih pelacur yang menarik minat mereka sebelum bersenggama di dalam bangsal khas yang disediakan. Kondom dan bahan biologikal lain kemudian boleh dibuang secara selamat kedalam tong sampah yang terbina. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails