Friday 31 January 2014

Serius LOL - Tweet Terbaik Hari Ini #10 : Pengarah Ahmad Idham Kena PWNED


OWNED


Ha ha ha........ genius reply!



Laporan asal Twitter

Serius Cute - 18 Cosplay Kanak-Kanak Yang Paling Comel Dalam Sistem Cakerawala


Kawaiiii

Nuff said.........Apa kegemaran kami? Kami rasa Lil Frodo dan Oompa Lompa paling comel.



Serius Kreatif - Lukisan Tahun Baru Cina Menggunakan Alat Solek Oleh Red Hong Yi (12 Gambar)


She's back

Kami pernah paparkan beberapa karya kreatif Red Hong Yi seperti seni dari makanan dan bendera dari makanan setiap negara. Red Hong Yi ialah seorang artis yang berasal dari Sabah sebelum ini. Hari ini mari lihat lukisan Tahun Baru Cina 2014 beliau yang dihasilkan menggunakan alat solek. Kreatif!



Serius Cool - Drama Tahun Baru Cina : Syariah Compliant


Brotherhood Arts

Ini drama pendek yang dihasilkan Brotherhood Arts. Membezakan agama Melayu dan agama Islam di Malaysia. Harus ditonton oleh semua. 

Thanks Mahendran




Serius Cool - 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition (11 Gambar)


Vroom!

Ini sebabnya kenapa Petronas sponsor Mercedes! Dapat exposure lebih besar dan  hasilkan kenderaan edisi terhad. 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition ialah A45 AMG edisi terhad kepada 30 buah kereta sahaja. Bad news is ianya hanya dijual untuk pasaran Maria Ozawaland. Bad luck Malaysians! Kereta ini diperkasakan enjin 2 Liter Turbocharger 4 silinder dengan 360 kuasa kuda. Hot hatch! Harga masih belum ditetapkan. Cantik jugak warna acccent hijau Petronas kereta ni, 



Serius Konsep - Rekaan Rumah Amal Ronald McDonalds (10 Gambar)


Nice!

Jika anda makan di McDonalds kami yakin anda pernah melihat logo Ronald McDonalds Children Charity yang menyedahkan peratusan jualan kepada beberapa badan amal. Di Hamburg, Jerman badan amal ini akan membina sebuah apartment khas yang boleh digunakan ahli keluarga pesakit yang mempunyai sanak saudara di dalam hospital berdekatan. Ronald Mcdonald House akan memberikan tempat tinggal yang selesa untuk ahli keluarga yang tidak mampu menyewa hotel sepanjang tempoh rawatan ahli keluarga mereka. Paling best konsep di bawah ialah rekaan Zaha Hadid superstar dalam bidang arkitek sekarang. Sangat cool. Di Malaysia kalau ada macam ini bagus juga. Tak adalah nampak sanak saudara tertidur dengan amat tidak selesa di tepi katil di dalam wad. Kesihatan ahli keluarga kita harus peduli juga. Tahniah McDonalds atas inistiatif ini. 

IN B4 "satu McNugget membeli sebutir peluru untuk membunuh anak Palestin"



Thursday 30 January 2014

Serius LOL - Bukti Sambutan Tahun Baru Cina Di Sabah Adalah Paling Unik


Power Power

Serious memang power gila Sabah!


Serius Seleb - 15 Nama Sebenar Selebriti Antarabangsa Dan Malaysia


Yep!

Semua harus ada nama glamer. Tak kiralah artis antarabangsa ataupun Malaysia!



Serius - Pasangan China Kitar Semula 9 Juta Botol Plastik Untuk Biayai Pelajaran Anak (11 Gambar)


Respect!

Pepatah Perkasa ada berkata, Sikit sikit lama lama menjadi bukit. Ini mungkin pepatah yang ada dalam bahasa tionghua kerana sepasang suami isteri di Hengyang, Provinsi Hunan mengitar semula 9 000 000 botol plastik selama 10 tahun bagi membiayai yuran pelajaran anak mereka di Jerman. Ini memang parents yang deserve respect. Bekerja keras untuk anak. Kalau anak dia lupakan pengorbanan ibu bapanya, harap kami ialah Ah Tanggang akan mati disumpah menjadi botol plastik gergasi. 

Serius Bodoh - GTR 35 VS Proton Wira Di Atas Lebuhraya : Mohon @PDRMsia Sila Tangkap 2 Bebals Ini


Bangang!

Secretly hoping mereka memPaul Walkerkan diri mereka. Bawak kereta macam kangkung...Seatbeltpun tak pakai. 


Serius Cute - Apabila Kanak-Kanak Menjadi Model Cermin Mata Hipster(10 Gambar)


Cute

Model kanak-kanak menggayakan cermin mata rekaan Karen Walker. So cute! Then they started having ironic tattoos, wear leather shoes with no socks, tiny tiny shorts and smoke vapes. Then you just wanna slap them. 



Serius Cool - Kubu Drum : Battleship Konkrit Penunggu Teluk Manila (24 Gambar)


Kapal Sadis

Sebelum ini ada kami paparakan cerita HMS Malaya, kapal Battleship yang pembinaannya dibiayai sultan-sultan Melayu untuk kegunaan tuan-tuan Mat Salleh di Britain. HMS Malaya kemudian digunakan British untuk membedil rakyat Palestin yang menentang penjajahan British. Kisah yang sangat sadis.

Hari ini mari baca tentang Fort Drum also known as Concrete Battleship yang terletak di Teluk Manila, Filipina. Fort Drum memulakan hidupnya sebagai Pulau El Fraille. Pada tahun 1909 tentera Amerika mengubahsuai pulau kecil ini menjadi kubu konkrit yang akan dijadikan pusat pertahanan menentang serangan musuh yang ingin menyerang Manila. Pembinaan Fort Drum selesai pada tahun 1919 dan ia mempunyai 4 laras meriam 14 inci di dalam 2 rudal yang boleh berputar dan 2 laras meriam 6 inci. Dinding "kapal konkrit" ini ialah diantara 25-36 inci dan menjadikannya mustahil untuk ditembusi bedilan musuh. Ketika masih aktif digunakan 200 orang askar bertugas di Fort Drum.

Pada tahun 1941 Manila diserang Jepun dan Fort Drum dibedil dengan teruk. Tentera yang berjuang di dalam Fort Drum hanya menyerah kalaha selepas Manila jatuh ke tangan Jepun. Mereka enggan menyerah walaupun teruk dibedil kapal perang dan dibom pesawat Tentera Imperial Jepun. Tentera Jepun kemudian mengambil alih Fort Drum dan menjadikannya kubu pertahanan mereka.

Pada April 1945 Amerika Syarikat kembali ke Filipina bagi menghalau Jepun. Fort Drum dibetil dengan teruk tetapi tentera Jepun enggan menyerah kalah. Tentera Amerika kemudian mencurah minyak ke dalam corong aliran udara Fort Drum sebelum membakar saki baki tentera yang masih hidup di dalamnya. Fort Drum terbakar selama beberapa hari dan apabila ianya terpadam mereka menemui 61 mayat askar Jepun yang rentung.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua Fort Drum dibiarkan terbengkalai kerana rosak teruk. Kini anda boleh melawat Fort Drum dan melihat rudal-rudal yang berkarat dan tinggalan paska perang. Cool place!



Serius Cool - Pentatonix : Sesame Street!


Nice!

Pentatonix for the win!


Serius Genius - Easybreath : Topeng Snorkel Yang Paling Mesra Pengguna (10 Gambar)


Finally!

Kami benar bersnokel ketika bercuti tetapi sistem snorkel yang ada sekarang tidak mudah digunakan. Anda harus bernafas melalui mulut yang sememangnya tidak natural bagi seorang manusia. Tambah annoying ialah saluran udara snorkel yang kerap dimasuki air. Easybreath rekaan Tribord, sebuah syarikat dari Perancis menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bernafas melalui mulut dan hidung secara bebas kerana snorkel ini ialah jenis full face. Sistem saluran udaranya juga dilengkapi alat menghalang air dari memasuki ruang bernafas.Akhirnya rekaan yang logikal!



Serius Cool - Tangga Raja Aragon : Tangga Yang Menggayatkan Di Perancis (13 Gambar)


Cerita bohong

L'Escalier du Roi d'Aragon ialah tangga zaman pertengahan yang menggayatkan. Ianya terletak di Corsia Perancis dan dibina sekitar 1420. Menurut legenda yang poyo aksar raja Aragon yang menyerang kota ini memahat tangga ini dalam masa satu malam. Tangga dipahat secara rahsia sebagai jalan pintas untuk menyerang kota dari arah laut. Realiti sebenarnya tangga ini dibina oleh Paderi Franciscan yang menggunakannya sebagai jalan mudah untuk turun ke paras laut bagi memunggah barang dari kapal. Tangga Raja Aragon mempunyai 187 anak tangga dengan kecuraman 45 darjah. Ianya tarikan pelancong yang wajib dilawati sekiranya anda ke Corsica. 



Wednesday 29 January 2014

Serius Sadis - Wajah Erwina Sulistyaningsih Pembantu Rumah Indonesia Yang Didera Dengan Sadis Di Hong Kong (11 Gambar)


Kesian!

 Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah yang bekerja di Hong Kong,. Beliau didera majikan beliau Lo Wan Tung . Erwina ditemui di lapangan terbang denga kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau. Menurut Erwina Lo Wan Tung mendera beliau dan kemudian menghantar beliau ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Lo Wan Tung mengugut Erwina supaya tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa. Erwina kini kembali di Indonesia untuk menrima rawatan. Majikan beliau pula berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke Thailand. 

Apa yang berlaku kepada beliau menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300 000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu. Kasihan Erwina. Ini mengingatkan kami kepada kes Nirmala Bonat yang berlau di negara kita. Sungguh sadis!



Serius - Changbai Shan, Sanya &Yueyang : 3 Kapal China Yang Menceroboh Perairan Negara Minggu Lalu (22 Gambar)


China Will Grow Larger!

Tiga hari lalu negara gembar apabila James Shoal yang terletak 80 kilometer di dalam perairan Sarawak diceroboh oleh 3 buah kapal dari tentera laut China. Hak milik kawasan perairan James Shoal ini juga dutuntut oleh China sungguh terletak ribuah kilometer dari tanah besar China. April lalu Malaysia membantah tindakan tentera China yang meletakkan plak besi di atas permukaan batu James Shoal sebagai tanda menuntut hak negara mereka. 

Sejak kebelakangan ini tentera China semakin agresif menuntun kepulauan kecil di dalam Laut China Selatan. Reason for their claim? Laut CHINA Selatan mendapat namanya kerana suatu ketika dahulu laut ini adalah kepunyaan empayar China dan majoriti ketulan batu dan pulau di dalam lautan ini ditemui oleh Laksamana Cheng Ho. Ini memberikan mereka hak tuntutan terhadap kesemua pulau yang ada walaupun Malaysia, Taiwan, Filipina dan Vietnam terletak lebih dekat dengan batuan/pulau ini dari China.

China menghantar kapal pengangkut kenderaan amfibia Changbai Shan (989) dan dua kapal frigate Sanya (574) dan Yueyang (575) untuk menjalankan latihan ketenteraan di sekitar Kepulauan Spratly (Kepulauan Nansha - nama yang diberikan China) dan Paracel (Kepulauan Xinsha) sejak 20 Januari yang lalu. Laporan media mengatakan China menghantar dua kapal Destroyer tetapi ini adalah tidak tepat kerana Sanya dan Yueyang adalah frigate. Pada 22 Januari yang lalu pula sebuah latihan pendaratan tentera marin dilakukan ke atas Kepulauan Paracel dilakukan oleh China menggunakan helikopter, hovercraft (Type 726 Yuyi) dan bot kecil. 

Kapal pengangkut amfibia Changbai Shan ialah kapal sepanjang 206 meter seberat 20 000 tan. Ia mampu membawa 500-800 tentera marin, 4 buah hovercraft, 20 kereta perisai dan 4 buah helikopter Z8 Super Frelon. Changbai Shan ialah kapal pengangkut amfibia kelas Yuzhou terbaru China dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2012. Ianya kapal ketiga dari 6 buah yang akan digunakan tentera laut China.

Kapal Sanya dan Yueyang pula ialah frigate kelas Jiangkai II. Sebanyak 20 frigate ini akan digunakan oleh China. Sanya dan Yueyang adalah 2 kapal terbaru kelas ini. Sanya mula beroperasi Mac 2012 manakala Yueyang pada Disember yang lalu. Kedua-dua kapal mempunyai sistem misil anti kapal dan pelancar roket anti kapal selam.

Ketiga-tiga kapal yang menceroboh perairan negara ini adalah yang terbaru milik China dan dihantar untuk meguji sistem senjata dan kemampuan anak kapalnya. 

Gambar di bawah ialag gambar rasmi yang diambil ketika latihan dijalankan oleh ketiga-tiga kapal di atas minggu lalu. 



Serius Cool - Pejabat Coca Cola Di Columbia (10 Gambar)


Cool Coke

Pada zaman dahulu Coca Cola mempunyai cocaine sebagai salah satu ramuan rahasianya. Kemudian coca dibuang tetapi kepopularannya masih kekal dan ramai yang ketagihan Coke macam ketagihan cocaine. I know coz I am a recovering addict. Ini ialah ibu pejabat Coca Cola di Colombia. Interestingly Colombia masih negara pengeluar kokaina no 1 dunia sungguhpun Juan Pablo Escobar sudah lama mati. Kartel kokaina Colombia mengeksport dadah ke serata dunia tetapi Amerika Syarikat masih kekal menjadi negara "pengimport" kokaina no 1 dunia. Interesting useless fact of the day. 



Serius Cool - Kepala Tali Pinggang Paling Teenage Mutant Ninja Turtle (5 Gambar)


Nice!

One of a kind kepala tali pinggang berbentuk Krang dari TMNT. Do want! Ianya dihasilkan oleh Christopher Genovese dijual pada harga USD 217 (RM 724). Cepat beli!



Serius LOL - Deleted Scene Thor 2 : Dark World Yang LOKILICIOUS


Tom Hiddleston!

Babak alternatif kepada cameo Captain America di dalam Thor 2 The Dark World. Kepada fangirls Hiddleston sila swoon. Hilarious

Serius - Ann "Athena" Osman : Dewi Perang MMA Pertama Malaysia (11 Gambar)


Siapa bilang gadis Malaysia tak melawan?

Nur Ain Osman a.k.a Ann "Athena" Osman (27) ialah dewi perang MMA pertama Malaysia. Beliau adalah wanita pertama negara di dalam sukan lasak ini. Gadis Dusun yang berasal dari Sabah ini can kick your ass. Tahun lalu beliau kalah kepada peserta Singapura Sherilyn Lim. March hadapan di Stadium Negara beliau akan cuba menebus kekalahan beliau dalam perlawanan grudge menentang Lim. Mari beri sokongan kepada wakil negara kita yang bad ass ini. Bulih bah kalau kau!



Serius Cool - Mercedes F1 W05 Untuk Mercedes AMG Petronas (14 Gambar)


Vroom

Beberapa hari yang lalu kami tunjukkan kereta musim 2014 McLaren F1. Hari ini mari lihat kereta F1 musim 2015 Mercedes AMG Petronas yang akan dipandu Nico Rosberg dan Lewis Hamilton. Siap ada hashtag #KeeFighthingMichael. Classy! At least hidung kereta tak nampak macam.......



Serius - Update Facebook Paling Best Tentang Kemelut Di Kajang Sekarang


Ini!

Ini...... ini.......... ini..... Kalau boleh like bagi 10000 likes, Kalau boleh double tap aku double tap 3000000 kali. Kalau boleh anonymous comment dah anon komen over 9000000. True habis!



Serius LOL - Khidmat Tangan Besi Menghentikan Kipas


Skillz

Pernah cuba buat masa di asrama. Luka. Brader ini ada masa depan cerah menjadi penghenti kipas berputar laju tanpa sebab munasabah selepas habis kolej. 


Serius Cool - Kecantikan Dalam Kekalutan Di Ukraine (17 Gambar)


Artistic Chaos

Rusuhan di Ukraine sudah berlarutan sejak November berpunca dari Presiden Viktor Yanukovych yang menolak bantuan dari Kesatuan Eropah dan memilih untuk mendapatkan bantuan Russia. Pada pendapat rakyat marhaen Viktor Yanukovych memilih untuk bersekongkol dengan Russia yang hanya mementingkan golongan elit. Mereka mahu Ukraine untuk memasuki EU bagi memudahkan pergerakan buruh dan barangan. Rusuhan berlaku apabila kerajaan Ukraine cuba menghalau perusuh yang berkhemah di Maidan Nezalezhnosti (Dataran Kemerdekaan). Rusuhan anti kerajaan kini merebak ke beberapa banda utama Ukraine. Mari lihat beberapa gambar yang sangat artistik yang diambil ketika perusuh dan polis bertempur. Inilah namanya artistic chaos!

Tuesday 28 January 2014

Serius Komik - Persamaan Diantara Kesemua Kumpulan - Kumpulan Rasis Seluruh Dunia


Rasis bin Racist

Semuanya sama. Putih, hitam, kuning atau coklat semua kumpulan yang mengaku sebagai panglima penyelamat maruah bangsa dan agama ini ada persamaan yang ketara.



Serius Sadis - Miserable Men : Instagram Kesengsaraan Balak/Suami Shopping Dengan Awek/Bini (18 Gambar)


Dat Feel!

Kami sayang waifu kami tetapi honest to god kalau pergi shopping kami kena bawa bukan dan telefon pinta untuk menghilangkan kebosanan. Mari lihat koleksi lelaki yang kebosanan dan sengsara ketika menanti yang tersayang mereka membeli belah. Kalau nak tengok lagi sila ikuti akaun Instagram Miserable Men



Serius LOL - Apabila Penyokong Chelsea Berlagak Pandai Tak Kena Tempat


HAHAHA


Kalau tak kenal cakap je la tak kenal. Kan dah kantol poser!


Serius - Sampah Di Dalam Keretapi Di China Ketika Tahun Baru Cina (9 Gambar)


Wow!

Di China perjalanan pulang ke kampung halaman mengambil masa puluhan jam. Kalau naik bas ada yang memakan masa 3 hari untuk tiba di kampung. Di atas ialah gambar di dalam gerabak keretapi selepas perjalanan selama 30 jam. Gila tinggi longgokan sampah! Nasib baik di Malaysia balik kampung tak lama sangat perjalanan. Terima kasih PM. Terima kasih Barisan Nasional. #s 



Serius Cool - Bangunan Aktiviti Pelajar Universiti Bangkok Yang Mengujakan (12 Gambar)


JELLY!

Why Thailand? Why?.... why do you make Malaysian univerities sucks not only academically tetapi secara astetik juga. DEMYUH! Sebelum ini kami paparkan common room Bangkok University . Ianya epik. Hari ini mari lihat bangunan untuk aktiviti korikular tambahan universti ini yang baru sahaja dibuka. Pada asalnya bangunan ini adalah asrama pelajar. Tetapi ianya rosak teruk selepas banjir besar Thailand pada tahun 2011, bangunan ini diubahsuai menjadi bangunan aktiviti pelajar. Nice gile



Serius LOL - Satu-Satunya Sebab Mengapa Manchester United Harus Menang Esok


Hahaha

Khas buat kepada cheap people who likes barangan percuma kerana Barang Naik... dapat barang percuma siapa nak tolak rezeki?


Serius Cool - Ayana Resort and Spa Bali : Spa Selesa, Seksi dan Stylo (18 Gambar)


Woah!

Bali... tempat melayu urban boleh berbikini dengan selesa tanpa rasa cuak orang melayu lain snap gambar letak kat Facebook dan caption "Ya tuhan inikah masa depa melayu Malaysia! Like untuk selamatkan ummah dan share untuk tentang kebatilan ya akhi!". Bali memang cantik dan lebih murah dari pergi melancong ke Langkawi. True story bro dan layanan yang diberikan serta kualiti jauh lebih baik dari resort di Malaysia. Next stop kami nak pergi ke Ayana Resort and Spa Bali yang terletak di Jimbaran. Just look at this place. Damn nice. Lepas tu boleh cakap pergi mampos kat Blogserius aku nak holiday dan mendapatakan hubungan kelamin monyet marah (#HIMYM) bersama istero. 



Serius LOL - Sebuah Lagi Cara Berurusan Dengan Orang Bangang Double Park Di Malaysia


Dangerous

Do not try this at home if you don't have a 4WD dan tidak peduli keselamatan pemandu lain. Tak se epik cara berurusan dengan si bangang double park minggu lepas

Serius Cool - F 35A Lightning II : Peswat Tempur Bakal Dimiliki Singapura (17 Gambar)


Singapura!!!

Tentera Udara Republik Singapura ialah yang paling bad ass di Asia Tenggara. Mereka mempunyai puluhan pesawat tempur F 15 SG dan F -16. Sungguhpun sudah cukup berkuasa untuk mentapau tentera udara milik jiran mereka and make them their anjing betina, Singapura akan menerima pesawat canggih F-35A Lightning II pada tahun 2015. 

How cool is the F-35A? Ianya tidak mudah dikesan dengan radar. Ianya pesawat tempur generasi ke-5. Tidak ada tentera udara negara Asia Tenggara mempunyai pesawat tempur generasi ke-5. Ianya sangat canggih dan dijual pada harga USD 150 Juta (RM 501 Juta) sebuah. Pesawat ini akan menggantikan armada F-16 yang sudah lama. 

Untunglah Singapura. Negara kaya. Boleh beli the best weapon money can buy.



Serius Hot - Corrine Bishop : Anak Perempuan Jamie Foxx (10 Gambar)


Nice!

Anak pelakon Jamie Foxx amat hot. Corrine Bishop ialah salah seorang dari 2 orang anak perempuan Jamie dan sehingga kini beliau enggan memberitahu siapa ibu mereka. Mungkin kerana ibu Corrine seorang wanita berkulit putih.



Monday 27 January 2014

Serius LOL - #OhMyMalay : Kereta Juga Perlu Bersolek?


Close Enough

To be fair......... akupun guna terma yang sama dengan kedai ni.



Serius Fakta - 15 Filem Melayu Dengan Kutipan Terburuk 2013


Oh dear! 

Beberapa hari yang lalu kami paparkan carta 15 filem dengan kutipan tertinggi. Hari ini mari lihat 15 filem dengan kutipan paling dayyum tak laku siak! Filem melayu paling tak laku kami tak tahupun muncul di pawagan. Sadis.Gagal paling gagal!

Thanks Amir Muhammad for the tips



Serius Komik - Deep Dark Fears : Komik - Komik Mini Yang Menyeramkan (10 Gambar)


Angker!

Jika anda membaca komik - komik mini Deep Dark Fears di bawah pada waktu malam kami meminta maaf jika anda tak boleh tidur dengan lampu tertutup. 



Serius Konsep - Stesen Metro Berkonsepkan Pelepah Kurma Di Jeddah (9 Gambar)


Unik

Sistem pengangkutan awam di Jeddah kini dalam proses dimodenkan. Selama ini Pak Arab lebih selesa memandu kereta dari menaiki public transport. Lately dengan kesedaran teknologi hijau dan kota Jeddah yang semakin sesak, kerajaan Arab Saudi menyedari sistem Metro diperlukan bagi mengurangkan macet. Sebuah sistem Metro sedang dibina dengan kos pembinaan sistem rel sepanjang 108 kilometer dengan 46 hentian ini mencecah  USD 9.3 billion (RM 31 Billion). Di bawah ialah konsep stesen Metro untuk Heart of Jeddah. Ia berkonsepkan daun pelepah kurman. Cool!

On a side note projek MyMRT Kuala Lumpur yang sedang dibina adalah sepanjang 51 kilometer dengan 31 hentian. Kos pembinaan pula ialah RM 23 Billion. Kos ini meningkat dari anggaran asal RM 5 Billion yang diumumkan pada tahun 2008. GAZZUMP!

Serius Cool - How I Met Your Mother Edisi How Your Mother Met Me


Nice!

Opening kredit edisi How Your Mother Met Me. Nice!

Serius Klasik - Acoustic Locator : Sistem "Radar" Awal Perang Dunia Pertama (15 Gambar)


Gunakan telinga!

Sistem radar (radio distand and ranging) sudah digunakan sejak Perang Dunia Kedua. Teori menggunakan gelombang radar untuk mengesan objek yang terletak pada jarak jauh dicipta oleh Heinrich Hertz (Hertz as in gigaHERTZ) pada tahun 1886. Alexander Popov dari Rusia kemudian menghasilkan protataip pengesan kapal di lautan pada tahun 1896. Sungguhpun begitu negara pertama yang menyedari potensi radar sebagai alatan perang yang serius ialah Great Britain. Teknologi radar digunakan bagi mengesan kedatangan pesawat pengebom Nazi yang menyerang Britain ketika Perang Dunia Kedua.

Tetapi sebelum teknologi radar digunakan secara meluas, teknologi Pengesan Akustik (Acoustic Locator) digunakan oleh kuasa besar dunia untuk mengesan pergerak tentera darat dan lokasi artileri musuh. YEP... corong telinga gergasi ini digunakan bukan untuk mengesan kapal terbang tetapi tentera darat. Setiap negara besar mempunyai pengesan akustik mereka sendiri dengan rupa yang dunik. Paling menarik ialah rekaan Jepun yang kelihatan seperti trombone ( gambar ke 3 dari atas)

Tak boleh bayangkan bekerja sebagai operator alat ini. Kalau ada kawan yang keji menjerit ke dalam corong ketika anda bekerja memang celaka!



Serius Kreatif - Lukisan Selebriti Wanita Menggunakan Arang Ileana Hunter (12 Gambar)


Art

Simplicity. Ini keyword kepada karya lakaran arang yang dihasillan oleh Ileana Hunter seorang artis yang berasal dari UK. Dengan hanya menumpukan bayang dan stork minimalis kecantikan 12 selebriti di bawah tidak ada kekurangannya dari yang sebenar.



Sunday 26 January 2014

Serius - Tweet Terbaik Hari Ini #9 : Apa Yang Lebih Perlu Dari Polis Syariah?


INI!

INI.. INI..... INI! ..............+9999



Serius Cool - Kereta Lumba McLaren F1 Tahun 2014 Dengan Hidung Pinocchio (14 Gambar)


What?

Musim F1 2013 ialah musim yang ingin dilupakan McLaren F1. Pertama kali sejak 1980 mereka gagal untuk menempatkan diri di podium dan pertama kali sejak 2006 gagal memenangi perlumbaan. Kenderaan MP4- 28 sangat tidak kompetetif dan McLaren mengakhiri musim 2013 di tempat ke 5. Tahun ni mereka berharap rekaan baru dan drastik MP4-29 akan membawa nasib yang lebih baik. Perkara pertama yang anda sedari tentang rekaan terkini kenderaan in ialah ia mempunyai hidung yang aneh. Ianya seakan-akan hidung Pinocchio! If you do a Google search right now you will definitely see a the RULE #34 of the nosecone now. Don't do it!



Serius LOL - Temuramah Pertama Juan Mata Sebagai Pemain Manchester United


Hahaha

Ye kami tahu ini parodi tetapi ianya masih lebih lucu dari Shiro, AC Mizal, Adam Sandler, Obefiend dan Amir Raja Lawak. Yes I just dissed myself. 

Serius Cool - Jam Tangan Richard Mille RM 36-01 G-Sensor Sebastien Loeb Edisi Terhad (9 Gambar)


Jam untuk Borjuis

Jam tangan Richard Mille ialah jam tangan golongan berada dan pemuda-pemuda UMNO yang memartabatkan bangsa, agama dan negara. Jam tangan buatan mereka juga digemari douchebags dan lubang kemut serata dunia. There is a direct link between these groups that I am sure you guys can uncover quite easily. Anyways jam tangan terbaru keluaran mereka ialah Richard Mille RM 36-01 G-Sensor Sebastien Loeb yang terhad kepada 30 buah di dunia. Ia dihasilkan untuk juara 9 kali World Rally Championship Sebastien Loeb (duh!). Jam tangan ini dilengkapi accelerometer mekanikal pada bahagian tengah yang mampu mengesan sehingga 6G. Ia juga dilengkapi sistem tourbillon dan 36 butir batu beharga. Harga? If you have to ask you are probably too poor or not corrupt enough! HA HA HA! 



Serius Kreatif - Karya Manipulasi Fotografi Erik Johansson Yang Surrealistik (14 Gambar)


Dunia alternatif

Manipulasi fotografi is an art. Erik Johansson seorang artis yang berasal dari Sweden dan kini bekerja di Berlin adalah salah seorang master in photo manipulation. Awesome art. 



Saturday 25 January 2014

Serius Cool - Six Senses Ninh Van Bay (21 Gambar)


Yeah

Sit back relax dan lihat Six Senses Ninh Van Bay di Vietnam. Oh my. Alangkah bestnya kalau dapat bercuti di sini. 



Serius VS : Beza Tempoh Waktu Tidur Manusia Dan Haiwan


Tidur

Haiwan mana yang perlukan tidur paling lama? 


Friday 24 January 2014

Serius Cool - Ibu Pejabat CISCO Yang Menimbulkan Rasa Iri Hati (19 Gambar)


Woah!

CISCO nama besar di dalam duni muzik hip hop dengan lagu Thong Song beliau kini mempunyai ibu pejabat baru di San Francisco. What? Oh sorry . Itu CISQO bukan CISCO . Let me restart. CISCO ialah syarikat  teknologi networking yang ternama, kaya dan punya nama. The rest I don't relly give a tinja kerana kami hanya peduli pejabat mereka yang cool. Pejabat ini nampak moden, mapan, moden, canggih, moden, selesa, moden dan kontemporari. I just ran out of vocabularies. You know what? Enjoy the photos. Like you guys read the desription anyways!



Serius Sadis - Kompilasi Kemalangan Mengejutkan Di Malaysia Yang Akan Membuatkan Anda Insaf


Wow!

Jangan bawak laju-lahu. Sentiasa assume orang lain mungkin akan muncul tiba-tiba. Jangan terburu-buru masuk ke laluan orang. Ini semua basic tetapi ramai yang alpa sehingga malang menimpa. Berhati-hari di jalan raya ya!


Serius - 14 Bukti Fotografik Memakai Niqab Tidak Menghalang Anda Untuk Menjadi Bad Ass


Bukan Alasan

Ramai berkata bila berniqab tak boleh aktif. Well not in Iran! Di Iran polis wanita mereka berniqab tetapi masih boleh menendang punggung anda dan menghasilkan lubang baru pada torso and menggunakan jaket plumbum penuh. Yes I just google translate that shit

This headline was also done as a dare. 



Serius Indo - 20 Poster Pilihanraya Indonesia Sangat Kreatif Tetapi Ianya Akan Membuatkan Anda Facepalm


HAHAHHA!

Poster pilihanraya Malaysia ada guidelines yang perlu dipatuhi. Akibatnya poster calon PRU Malaysia agak bosan dan tiada variasia. Di Indonesia calon legislatif (CALEG = ahli dewan undangan negeri) dibenarkan menggunakan kekreatifan mereka dan go crazy. Hasilnya ialah poster-poster yang dipenuhi watak anime, komik dan selebriti barat. Indo!

The headline was done as a dare!

Serius Fakta - 15 Filem Malaysia Terlaku Sepanjang 2013


Yang mana laku dan yang mana gagal

Senarai 15 filem yang menerima kutipan tertinggi sepanjang 2013. Tertinggi tak semestinya menguntungkan!



Serius LOL - Realiti Cara Mengeja Golongan Remaja Semakin Mughallazah!


#OhMyMalay

Damm. Takkan kronik sampai macam ini cara mengeja generasi muda sekarang?



Serius LOL - Skill Tidur Akibat Mabuk Paling BAWSE!


Elastic Man?

Bagaimana neraka? Unik gila posisi tidur brader mabuk ni!

Thursday 23 January 2014

Serius Konsep - Robotland : Taman Tema Robot Di Korea Selatan (19 Gambar)


Korea Selatan!

Di bawah ialah target render untuk Robotland yang akan dibina di Imcheon, Korea Selatan. Taman tema ini sudah dalam perancangan sejak 2007 tetapi upacara pecah tanah hanya berlangsung minggu lalu. Taman teman robot ini dijangka siap pada tahun 2018 dan menelan belanja USD 1.23 Billion (RM 4.12 Billion). Selain mempunyai rides dan bangunan bertemakan robot, Robotland akan menjadi pusat kajian dan inovasi teknologi robot Korea Selatan. Sama-samalah kini menanti taman tema ini siap. Kalau end product secantik lukisan konsep memang powerlah taman tema ini. 



Serius LOL - Iklan Ubat Sembelit Yang TROLOLO


Crap Job!

Kesian lelaki yang menjadi model dalam iklan ini. Apa dia letak dalam resume dia? Previous job : Crap. No winnin this. 



Serius Cool - Powerbank Berbentuk Lightsaber Sith Lord Darth Vader (7 Gambar)


Luke I am your powerbank!

JUST TAKE MY MONEY! Powerbank berbentuk lightsaber Darth Vader. Kapasiti 2800 mAh. Harga USD 50 (RM 167) . Seriously just take my money! Ini baru powerbank yang paling power! Force choke and respirators sold separately.


Serius Cute - Anak Perempuan Arnold Schwarzenegger (6 Gambar)


Muka mak

Ini ialah Katherine Schwarzenegger. Not bad. 



Serius LOL - Kenali Jenis - Jenis Fesyen Remaja Zaman Sekarang (15 Gambar)


Dayyum!

Banyak sangat spesis remaja yang berfesyen mengikut jenis muzik yang digemari. Mari lihat beberapa rupa default mereka mengikut Your Scene Sucks



Serius - Mengapa Suatu Ketika Ayatollah Khomeini Sangat Ditakuti Negara Barat?


Sejarah edukesyenel

Sejak dua menjak ini nama arwah Ayatollah Khomeini selalu muncuk di dada akhbar. Seorang pemimpin kanan parti pembangkang dikatakan sesat kerana menghormati Ayatollah Khomeini. Kepada yang buta sejarah ini dikatakan bukti kelas AAAAA+ replika baju Barcelona bahawa pemimpin kanan parti ini adalah penganut agama yang memastikan beliau masuk neraka.

Persoalannya kenapa ramai pemimpin muda suka sangat dengan Ayatollah? Apakah yang dilakukan oleh orang tua ini sehingga dia menjadi idola? Mari lihat part 1 of 3 dokumentari mengenai impak Ayatollah Khomeini terhadap dunia politik dunia dan negara-negara Islam. Mengapa Ayatollah dibenci oleh barat dan sekutunya? Kenapa kemunculan Ayatollah membuatkan parti berasaskan Islam mula mendapat nafas baru dari umat Islam sekitar 1980an.

Nak tahu kenapa pada dekad ini secara mendadak ramai orang Islam Malaysia pakai hijab? Kenapa Anwar Ibrahim boleh melonjak dari seorang ketua protes pelajar menjadi orang kanan Tun Mahathir? Kenapa Ibrahim Ali dan Mat Sabu bergambar dengan Ayatollah? Kenapa dendam kesumat Amerika Syarikat terhadap Iran sampai hari ini masih membara?

Watch this documentary and make your own conclusion. Sejarah bagus ditonton. Jangan habiskan masa di YouTube layan reruns Maharaja Lawak Mega sahaja. 

OK BYE!


Serius Cool - Garaj Kereta Untuk Lelaki Kaki Kereta Sebenar (14 Gambar)


HNGHHHHHH

Garaj kereta ialah sesuatu yang kami wish setiap rumah di Malaysia ada. Malangnya kita hanya ada porch untuk park kereta. Di Amerika Syarikat mereka yang berkemampuan akan mengubahsuai garaj menjadi Man Cave yang membolehkan lelaki have their own me time with the boys. Alangkah bestnya jika kami ada man cave. 



Serius - Mari Melihat Pusat "Serenti" Untuk Penagih Internet Di China (11 Gambar)


Dadah Maya

Di Malaysia ketagihan dadah memaksa kerajaan membuka pusat Serenti bagi memastikan penagih boleh menjadi manusia yang boleh pakai. Ada juga pusat pengasih yang menjadi last chance saloon kepada Jamal Abdillah yang terlalu hardcore sampai sekarang tak pulih-pulih. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari internet. Kebanyakkan "penagih" mempunyai masalah ketagihan permainan online sehingga kehabisan wang.

Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal. Asyik sangat bermain permainan online.

Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China. Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi memulihkan ketagihan. Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah yang besar bagi sebuah keluarga di China.

Di Malaysia kami rasa ketagihan internet juga kronik. Dah ada kes mak bapak lalai main Facebook sampai anak kena culik. Adalah kita perlukan kem sebegini bagi memulihkan ketagihan yang kami akui kami sendiri mengidapinya! HAHAHAH



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails