Saturday 31 January 2015

Serius - Penggunaan Kenderaan Paling Efektif Dari Seluruh Dunia (11 Gambar)


Jimat

Di negara dunia ketiga kenderaan adalah kemewahan dan penggunaan kenderaan yang paling efektif serta ekonomikal dapat dilihat disini. 



Serius Kreatif - Seni Jalanan Anti Media Sosial (11 Gambar)


POWER

Seni jalanan oleh iHeart memang sinikal dan kritikal terhadap pengaruh media sosial terhadap kehidupan harian. Zinger!



Serius Cool - Bilik Hotel Di Dalam Kereta Kabel (9 Gambar)


Sky High

Hotel tertinggi di dunia ialah JW Marriot Marquis di Dubai setinggi 77 tingkat. Tetapi bilik hotel yang ditawarkan oleh AirBNB di dalam kereta kabel Saulire di Pergunungan Alps Perancis mungkin lebih menarik. Ia tergantung setinggi 9000 kaki dan memberikan anda pemandangan yang not safe for gayats. Bilik hotel ini hanya akan dibuka untuk sehari dan boleh menempatkan 3 orang pelanggan. Sebuah kereta kabel diubahsuai khas untuk tujuan ini. Menarik but at the same time menakutkan.



Serius LOL - Pemegang Peranti Untuk Digunakan Di Dalam Tab Mandi (7 Gambar)


Pemalas

Adakah anda pemalas seperti stereotaip Melayu yang dipercayai oleh Tun Dr Mahathir? Adakah anda ada telefon pintar tetapi tidak boleh berenggang walau ketika berendam. Well kids we have just the thing for your lazy natives stereotypes. Ini ialah bantal dengan pemegang peranti yang boleh digunakan di dalam kolam ketika berendam. Ia boleh dilaras mengikut kehendak anda dan juga boleh digunakan ketika berbaring ketika hujung minggu. Nice. 



Serius LOL - Surat "Cinta" Untuk Richard Dawkins


Hhahaha

Richard Dawkins ialah atheist paling terkenal di dunia. Berikut ialah video beliau membaca email "cinta" yang diterima oleh beliau dari haters. Hilarious.




Serius Konsep - Cubitat : Rumah Lengkap Di Dalam Kiub 1000 Kaki Padu (10 Gambar)


Borg!

Cubitat ialah konsep sebuah rumah lengkap yang dipakej ke dalam sebuah kiub sebesar 1000 kaki padu. Kesemua keperluan asas di dalam sebuah rumah berjaya dimasukkan ke dalam kiub ini termasuklah sebuah tandas dan dapur. Ianya dihasilkan oleh Urban Capital bagi menyelesaikan masalah ruang lantai rumah yang semakin kecil di kawasan tengah bandar. Ruang lantai rumah secara purata semakin mengecil kerana harga hartanah yang melonjak. Sebuah konsep yang menarik dan mungkin menjadi realiti kelak. 



Serius Cool - Trend Rambut Terkini Jepun : Mewarna Rambut Dengan Rekaan Pixel (9 Gambar)


Pixelated

Rambut Wak Doyok old skool kini sudah outdated. Trend terkini di Jepang ialah mewarna rambut dengan rekaan pixel. GROOVY! Now go colour the same motives on your pubes! 



Thursday 29 January 2015

Serius Fakta - 15 Filem Malaysia Dengan Kutipan Terburuk 2014


FAIL

Hari ini mari lihat 15 filem dengan kutipan paling dayyum tak laku siak! Filem Malaysia paling tak laku ini kami tak tahupun muncul di pawagan. Sadis.Gagal paling gagal!




Serius Klasik - Jaket Zirah Kalis Peluru Perang Dunia Pertama (10 Gambar)


Armor!

Jaket kalis peluru kini pakaian standard yang dipakai askar. Plat porselin dan dragonskin adalah dua baju zirah yang digunakan askar elit seperti SAS. Jaket kalis peluru moden mampu memberikan pertahahan dari tembakan raifal tetapi pada waktu yang sama tidak menghalang pergerakan pemakai. Sejarah penggunaan baju zirah oleh askar sudah bermula sejak 1400 sebelum masehi. Baju zirah diperbuat daripada kepingan gangsa. Terdapat juga baju zirah kulit yang mempertahankan tubuh pemakai dari ditetak. Penggunaan baju zirah meningkat ketika zaman pertengahan di Eropah. Kesatria berkuda memakai baju zirah logam yang mampu menahan pukulan pedang dan tembakan anak panah.

Menjelang kurun ke 18 penggunaan baju zirah berkurangan kerana kos yang tinggi, ia menyukarkan pergerakan kerana berat dan tidak praktikal. Tetapi ketika perang dunia pertama ada askar yang memaki baju zirah kalis peluru. Ianya tidak digunakan secara menyeluruh kerana ia menghalang pergerakan tentera. Pada ketika ini mobiliti dan pergerakan pantas adalah lebih penting dari memakai baju zirah. Hanya segelintar unit tentera memakai baju zirah sebegini. Memang nampak rudimentari dan aneh. Kelihatan seperti fantasi Steampunk.



Serius Kreatif - Gitar Elektrik Dengan Ukiran Tradisional Jepun (9 Gambar)


Metal

Muzik metal masih lagi bernyawa di Jepun kerana unlike Malaysia they don't like One Direction and Justin Bieber. In fact Jepun mempunyai genre muzik metal mereka sendiri yang kemudian ditiru oleh band gampang macam The Rasmus dan Tokio Hotel. What the shit? Seperkara lagi yang best tentang Jepun ialah ia turut mempunyai industri gitar elektrik yang menggabungkan seni metal dan seni ukiran tradisional Jepun. Ada gitar berbentuk naga dan topeng Oni. Awesome! Sila suruh guitarist Dragonforce untuk beli gitar di bawah supaya mereka akan menjadi Dragonforce sebenar! 



Serius - Guru Sekolah Di Pakistan Diajar Menggunakan Senjata Bagi Menentang Serangan Taliban (9 Gambar)


Cikgu Bad Ass

Tahun lalu Taliban menyerang sebuah sekolah di Pakistan mengakibatkan kematian 150 orang yang terdiri daripada guru dan murid-murid. Ini menimbulkan ketakutan kepada ribuan pelajar dan guru di sekolah sekitar Penshawar Pakistan. Bagi meningkatkan keselamatan mereka, guru-guru di sekitar Penshawar kini diberikan latihan menggunakan senjata. Mereka menjalani kursus selama 2 hari yang diberikan oleh pihak polis bagi mengendalikan pistol dan raifal AK 47. Latihan sebegini diharap dapat memberikan tenaga pengajar dan guru kemampuan melawan semula Taliban sekiranya mereka menyerang salah satu dari 35000 sekolah dan institusi pengajian di Penshawar. Kami yakin pelajar juga akan lebih berdisiplin kerana cikgu ada AK 47!



Serius WTF - Apabila Pocong Jiwang


WTF

Indonesia what is this shit?


Serius Cool - Museé Miniature et Cinéma : Muzium Miniatur Dari Filem Ternama (13 Gambar)


Awesome

Penggunaan set miniatur sudah digunakan sejak awal industri pefileman. Miniatur digunakan di dalam filem King Kong untuk menghidupkan watak fiksyen gorilla gergasi. Ia juga digunakan di dalam filem Star Wars. Tetapi sejak kebelkangan ini miniatur semakin dilupakan kerana penggunaan teknologi CGI. Museé Miniature et Cinéma ialah muzium khas yang mengumpul miniatur yang digunakan di dalam filem terkemuka. Ia mempamerkan set miniatur dilem seperti Gladiator, Aliens dan Independence Day. Selain miniatur prop dari filem terkemuka juga turut dipamerkan. Sekiranya anda peminat filem dan miniatur muzium yang terletak di Lyon, Perancis ini perlu anda lawati. 



Serius Konsep - Alpine Vision Gran Turismo (11 Gambar)


Nice

Sebuah lagi kereta konsep digital diperlihatkan di dalam Vision Gran Turismo. Kali ini giliran pengeluar kereta Alpine pula dengan konsep kereta futuristik menarik. Konsep ini dihasilkan sempena ulang tahun ke 60 syarikat yang berpengkalan di Perancis ini. Konsep Alpine ini diperkasakan enjin V8 4.5 liter dengan kelajuan maksimum 320 kilometer sejam. Ia turut dilengkapi sistem brek udara pada bahagian belakang. Sekali pandang kelihatan seperti kereta Mach 5 dari kartun Speed Racer.



Serius Cool - Sci Fi Diner : Restoran Berkonsepkan Wayang Drive In Retro (12 Gambar)


Cool

Restoran berkonsepkan diner sudah lama bertapak di Malaysia. Kini ada Carl's Jr dan juga Johnny Rocket. Tetapi di Disney World mereka mengembangkan konsep diner dengan memasukkan elemen wayang drive in retro. Sci Fi Diner mempunyai wayang mini di dalam premisnya. Anda duduk di dalam reruai yang kelihatan seperti kereta yang dipandu masuk ke dalam "wayang gambar" ini. Anda boleh menjamu selera dengan memakan makanan standard diner dan menonton filem dari era 50an. Nampak sangat seronok dan chill. 



Tuesday 27 January 2015

Serius Cool - 12 Watak Naruto Muzikal Yang Realistik


Awesome!

Wah di Jepun mereka akan mengadakan muzikal Naruto dan kostum yang dipakai oleh pelakonnya sangat realistik! Persembahan muzikal ini akan bermula 25 Mac akan datang dan mengikuti cerita dari bab 1-27 Manga lagenda ini. Hail Third Hokage dan Gaara.



Serius Cool - Hikaru Skirt : Skirt Dengan Lampu LED Terbina (7 Gambar)


Custom

Di dalam entri underground car culture Jepun semalam anda melihat kereta Ferrari dan Lambo yang diberikan sentuhan kustomasi Jepun. Ia mempunyai lampu neon pada bahagian bawah kereta. Nampaknya pengaruh modifikasi kerena ini kini boleh juga dilihat pada fesyen wanita Jepun. Hikaru Skirt ialah skirt yang mempunyai sistem lampu LED terbina. Kini kaki pemakai akan disinari lampu bewarna-warni seperti yang dilihat pada kereta custom di Jepun. Nampak cool!


Serius LOL - Iklan Paling Power Dan Tidak Disangka Sangka


Brilliant!

Sah tak akan lulus walaupun kreatif




Serius - Cabaran Mandi Ais Extreme Tahunan Di China (8 Gambar)


Ice Bath Challenge!

Tahun lalu ada kegilaan Ice Bucket Challenge bagi mengumpul dana mencari ubat penyakit ALS. Ribuan selebriti dan orang awam melakukan cabaran ais ini. Tetapi di  Zhangjiajie, Hunan China mereka mempunyai acara tahunan yang lebih mencabar. Cabaran mandi ais dilakukan di dalam suhu kosong darjah selsius. Tahun ini 30 orang peserta menyertai cabaran extreme ini. Terdapat acara saringan dimana peserta perlu menahan disimbah 6 baldi air ais. Hanya selepas melepasi saringan ini mereka dibenarkan berendam di dalam kolam ais yang disediakan. Adakah anda berani melakukan cabaran ini?


Serius Kreatif - Ukiran Surrealistik Yoshitoshi Kanemaki (15 Gambar)


Art


Yoshitoshi Kanemaki ialah seorang pengukir yang berasal dari Jepun. Beliau menghasilkan arca surrealistik dengan menggunakan kayu. Arca beliau banyak berkisar tentang hidup dan mati serta apakah ertinya menjadi manusia. Kami tak paham sangat dengan konsep artwork beliau tetapi yang pasti ianya memang menakjubkan.



Serius - Penulis OKU Menaip Novel Menggunakan Kaki


Tabah

Setiap hari kami menghabiskan lebih dari 10 jam menaip dari pejabat. Kerjaya sebagai penulis ini memerlukan tangan yang pantas, bontot tahan kebas dan minda yang kreatif. Aset paling penting kami ialah jari dan tangan. Kalau tak ada sukarlah untuk menaip. Tetapi bagi Hu Huuiyuan (21) beliau tidak menjadikan tangan yang tidak berfungsi untuk menghalang impian beliau untuk menulis novel. Gadis yang berasal di Provinsi Anhui ini mengidap penyakit Cerebral Palsy. Akibatnya hanya kaki kiri beliau sahaja boleh digerakkan dan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda. Beliau kini menaip sebuah novel dengan menggunakan kaki kiri. Hu Huiyuan sudah menderita penyakit ini sejak berusia 10 bulan selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Sungguhpun mengalami kesukaran beliau masih mampu menaip 20 perkataan seminit dan sudahpun menyiapkan 6 bab novel beliau. Ini memang ketabahan sebenar. Jadi jika seorang OKU boleh menaip novel dengan sebelah kaki, apa alasan anda menaip AKU sebagai AQ dan SAYANG sebagai CAYUNK macam seseorang yang tidak pernah lulus darjah 1? If you can type properly type it properly you lazy bums! 



Sumber Shaanghaist

Serius Cool - Suis Lampu Steampunk Mekanikal Yang Menarik (10 Gambar)


Style

Adakah anda bosan dengan suis lampu plastik? Mahukan sesuatu yang unik? Anda boleh memesan suiz lampu steampunk mekanikal keluaran Green Tree di bawah. Untuk membuka lampu anda perlu menggerakkan tuil dan gear yang disediakan. Awesome.



Monday 26 January 2015

Serius Sadis : Pendedahan Kegiatan Memburu Ular Sawa Di Perak


Kejam

Ulara sawa mengalami masalah kepupusan di Malaysia kerana pemburuyang mahukan kulit mereka untuk dijual. Mari lihat bagaimana pemburu melakukan melakukan kegiatan mereka. Sangat kejam dan sadis. Tetapi pada waktu yang sama pemburu tidak mempunyai pilihan kerana perlu mencari rezeki kepada ahli keluarga mereka. 




Serius WTF - Ukiran Set Minum Teh Senggama Minda (10 Gambar)


WTF

Ukiran set minuman teh di bawah sungguh senggama minda. Ia mempunyai mulut dan jari. Arca ini dihasilkan oleh artis Israel Roni Baranga. 



Serius Cool - Manekineko : Pusat Karaoke Makanan Halal Lengkap Dengan Surau Di Jepun (5 Gambar)


Halal

Jumlah pelancong dari Indonesia dan Malaysia ke negara Jepun meningkat tahun lalu. Jadi pusat karaoke Manekineko di Tokyo menyediakan menu halal untuk pelanggan beragama Islam. Mereka juga turut menyediakan surau kecil untuk 4 orang di premis perniagaan mereka. Manekineko berharap usaha mereka ini akan menarik lebih banyak pelanggan beragama Islam. Sijil halal mereka mendapat pengesahan Malaysia Halal Corperation. Setiap pinggan mangkuk dan bekas makanan untuk pelanggan Islam dipisahkan dari set pinggan mangkuk lain bagi memastikan ia tidak tercemar. Inilah Jepun. Kalau dalam bab nak memberi customer satisfaction memang top class! Syabas Manekineko.



Serius Cool - Kustomasi Kereta Mewah Di Jepun : Tokyo Drift Sebenar (11 Gambar)


Neon!

Biasanya jika anda memiliki kereta buatan Ferrari ataupun Lamborghini anda tidak akan melakukan banyak kustomasi kerana ianya sudah cukup memandai. Tetapi di Jepun kereta stock tidak sesuai dengan car culture negara ini. Jadi kereta mewah Ferrari dan Lamborghini diberikan kusrtomasi warna dan lampu neon. Ini adalah Fast and Furious Tokyo Drift sebenar. Perbezaannya ialah tiadak Drift King Justin Timberlake of Japan dan Hahn mati terbalik dalam NSX!



Serius Indo - Kereta Kabel Buatan Sendiri Oleh Nelayan Lobster Di Yogyakarta (10 Gambar)


Daredevil

Di Yogykarta terdapat segolongan nelayan udang kara berani mati. Mereka menggunakan kereta kabel buatan sendiri untuk ke tempat menangkap udang kara mereka di Pantai Timang. Sistem kereta kabel ini dibina sendiri oleh mereka pada tahun 1997 dan masih berfungsi sehingga sekarang. Mereka perlu menarik diri mereka sendiri untuk merentasi laut diantara tebing dan sebuah pulau yang menjadi lubuk udang karan. Jika anda mahu mencuba menaiki kereta kabel buatan sendiri ini anda perlu membayar RP 100 000 (RM 30). Hanya mereka yang mempunyai keberanian digalakkan melakukan aktiviti ini.



Serius Kreatif - Puteri-Puteri Disney Edisi Dunia Sebenar (10 Gambar)


Real

Ini ialah puteri-puteri Disney edisi realistik yang dihasilkan oleh Thomas Kurniawan. Nice



Serius Cool - Ninjabistas : Wanita Ninja Iran Berhijab (13 Gambar)


Halal No Jutsu

Wanita berhijab kerap dikatakan kelihatan seperti seorang ninja negara Jepun. Di Iran terdapat sekumpulan wanita yang melibatkan diri di dalam seni bina diri Ninjutsu. Dianggarkan terdapat 5 ribu wanita yang terlibat di dalam seni bina diri ini di seluruh Iran.Bad ass. 



Serius Cool - Masjid Qods : Masjid Dengan Rekaan Futuristik Di Tehran (12 Gambar)


Wow


Ini ialah rekaan Masjid Qod yang terletak di Tehran Iran. Masjid ini mempunyai rekaan futuristik pada bahagian dinding luarnya. Panel hexagon disusun menjadi dinding yang menutup lorong pejabalan kaki. Kalimah Allah dijadikan motif utama pada bahagian dinding ini. Nampak seperti sarang lebij islamik. Masjid ini direka oleh Arash Tehrani, Sebuah lagi rekaan masjid moden yang menarik pada hemat kami. 



Saturday 24 January 2015

Serius Kreatig - Potret Dihasilkan Menggunakan Hanya Emoticon (6 Gambar)


Nice!

Emoticon kini digunakan seharian bagi memudahkan komunikasi atas talian. Tetapi bagi Yungjake ianya boleh digunakan untuk menghasilkan potret. Kreatif and nice!



Serius Indo - Logo Hotel Di Bandung Ini Dituduh Menghina Nama Allah


What

Ini ialah Hotel Zodiak yang terletak di Bandung. Minggu lalu sebuah demo dilakukan oleh penduduk beragama Islam setempat kerana mereka mendakwa logo hotel ini menghina kalimah Allah. Menurut mereka logo ini kelihatan seperti kalimah Allah yang diterbalikkan. Menurut pihak hotel pula lambang yang digunakan ialah lambang bintang Virgo sesuai dengan tema hotel berasaskan zodiak. Logo ini sudah wujud sejak zaman sebelum kewujudan agama Islam. Pihak ugama Islam Bandung kini akan berbindang dengan pengusaha hotel untuk menyelesaikan masalah ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya menghina kalimah Allah ataupun penduduk setempat yang kurang arif dengan logo kuno yang sudah wujud ribuan tahun?



Serius WTF - Seleksi Pakaian "Kebangsaan" Miss Universe 2015 (17 Gambar)


LOL


"Pakaian kebangsaan" Miss Universe 2015. Kostum Miss Malaysia is apparently diilhamkan oleh burung enggang. What the what? Pakaian Miss Spain lagi sopan dan ayu. Seriously!

Thanks @LinkinStreet



Serius Cool - Koleksi Helmet Motosikal Yang Menarik (15 Gambar)


Vroom

Helmet Shoei tidak cukup swag sekiranya anda mahu menjadi biker yang stylo. Di bawah ialah koleksi helmet moden yang bukan sahaja cantik tetapi berbeza dari rekaan biasa. 



Serius - Upacara Pengkebumian Raja Abdullah Arab Saudi


Sederhana

Kubur tiada tanda dan satu kawasan perbukuran dengan rakyat biasa. Ini sangat menginsfkan kerana memang benar apa yang dikatakan dalam Islam. Selepas mati hanya amalan yang baik akan menyelamatkan kita bukan harta dan anak-anak.




Serius VS : Perubahan Bentuk Badan Ideal Wanita Dari 1910 - 2010


Fact!

Apakah bentuk badan yang terbaik untuk seorang wanita? Mari lihat perubahan konsep "kesempurnaan" tubuh dalam masa 100 tahun.



Serius Cool - Wanmokku : Katil Untuk Haiwan Peliharaan Menggunakan T Shirt Terpakai (9 Gambar)


Woof

Ini ialah Wanmokku, sebuah katil mini untuk haiwan peliharaan anda yang menggunakan t shirt terpakai sebagai alas. Ianya direka oleh Torafu Architect sebagai sebahagian daripada pameran Architecture For Dogs. Ia mampu menampung berat haiwan sehingga 15 pound. Sangat cool dan comel.



Serius Cool - Hotel Colosseo : Hotel Berkonsepkan Colosseum Dan Zaman Rom (15 Gambar)


Roman!

Bangunan Colosseum ialah bangunan bersejarah di tengah-tengah Kota Rom. Ia menjadi tempat pertandingan Gladiator dan menjadi tempat lawatan wajib sekiranya anda ke Itali. Hotel Colosseo ialah sebuah hotel yang terletak di Jerman yang berkonsepkan bangunan Colosseum dan Rom kuno. Terdapat replika sebahagian dinding Colosseum dan hiasan dalaman bilik yang antik. Hotel empat bintang ini turut mempunyai ruang awam terbuka yang membolehkan pelanggan makan serta membeli belah. Aneh sebuah hotel yang berkonsepkan Rom kuno wujud di Jerman!



Thursday 22 January 2015

Serius Konsep - Hotel Berkonsepkan Batuan Kristal Amethyst (11 Gambar)


Bling

Jika anda ke kedai menjual barang kemas kami yakin anda akan melihat batu amethyst dipamerkan. Batu ini mempunyai kristal bewarna ungu dan ada yang percaya ia mampu memulihkan tenaga badan. Batuan kristal ini kini menjadi ilham kepada konsep hotel di bawah. Setiap cermian bilik bersegi seperti kristal sementara bahagian bangunan belakang kelihatan seperti batu semula jadi. Sebuah konsep yang harus kami katakan menarik dan lain dari yang lain. 


Serius - Zamani Menyanyi Lebih Sedap Dari Anda Walaupun Bergari


Kesian

Suara top class. Still maintain tetapi malang sekali ada ketagihan morfin. Patut hantar rehab bro Zamani ni. Ada bakat tetapi hancur kerana dadah. Remember kids if you wanna do drugs jangan ambik morfin. Rokok cukuplah! Heh!


Serius WTF - Heart 401AB : Telefon Selular Berbentuk Jantung (11 Gambar)


Love

Di awal 2000 terdapat pelbagai peranti gimik di pasaran. Nokia menghasilkan Nokia 7280 yang berbentuk gincu dan Nokia 7600 yang diilhamkan oleh bentuk daun. Kesemua peranti gimik ini dihasilkan bagi memberikan kelainan kepada rekabentuk telefon mudah alih. Sejak wujudnya peranti, pintar peranti berbentuk aneh tidak lagi wujud di pasaran. Tetapi di Jepun nampaknya masih ada pasaran untuk telefon aneh. Heart 401AB ialah telefon mudah alih yang berbentuk jantung. Apabila ingin digunakan peranti ini boleh diputar untuk kelihatan seperti silinder. Ia tidak dilengkapi butang mendail. Untuk melakukan panggilan anda perlu mentatal senarai nombor yang disimpan dan menekan butang khas pada sisi peranti. Ia hanya mempunyai ruang untuk menyimpan 100 nombor sahaja dan hanya mempunyai jangka hayat bateri bateri selama 2 jam digunakan secara berterusan. Ketiadaan butang mendail juga membuatkan Heart 401AB tidak mampu menghantar SMS. Keunikan lain peranti ini ialah pengecasnya juga turut mempunyai bentuk seperti jantung. Terdapat edisi khas Sailor Moon yang boleh dibeli Mac ini. Dari segi fungsi dan kesukaran menggunakannya, Heart 401AB mengingatkan kami kepada Nokia 7280. 



Serius Cute - Feast By Gomi Hayakawa : Pakaian Dalam Untuk Wanita Berdada Leper (11 Gambar)


Yeah!

Pakaian dalam wanita kerap mementingkan wanita berdada besar. Gadis berdada leper membeli padded bra untuk memberika ilusi mereka bukan lapangan terbang KLIA. Tetapi di Jepun ada koleksi pakaian dalam yang direka khas untuk gadis dengan dada leper sehingga cup A. Ia direka untuk membuatkan mereka selesa dan bangga dengan aset yang diberikan tuhan. Tidak ada padding untuk menipu saiz dada. Yang ada hanyalah rekaan comel dan dignified.



Serius Kreatif - Lukisan Ilusi Optik Menarik Rob Gonsalves (16 Gambar)


Art

Ron Gonsalvez ialah seorang artis yang berasal dari Amerika Syarikat. Lukisan ilusi optik beliau sangat cantik dan menarik.



Wednesday 21 January 2015

Serius Klasik - Pakaian Pramugari Yang Klasik (15 Gambar)


Klasik

Ramai mengatakan uniform pramugari sekarang terlalu seksi sehingga tuhan turunkan bala dengan menyebabkan kapal terbang terhempas. Well to be honest uniform pramugari sekarang kurang seksi dan lebih profesional jika dibandingkan dengan era 70an yang groovy!



Serius Cool - Pedang Gunblade Final Fantasy VIII Kini Realiti


Win!

Squalllllllllllll!! Ini sangat win!




Serius Sadis - Ibu Membunuh Bayi Dengan Membakarnya Di Atas Jalanraya


WTF?

Di Malaysia kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak 7 tahun dikunci dan dibiarkan lapar berhari-hari di Penang. At least di Penang kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan. Di New Jersey Amerika Syarikat ada kisah sadis yang melampau apabila seorang ibu membunuh dengan membakar anaknya secara terbuka di atas jalan. Hyphernkemberly Dorvilier (22) kini ditahan polis selepas dilihat membakar bayi yang baru dilahirkan beliau. Seorang jiran terlihat Hyphernkemberly membakar sesuatu di atas jalanraya. Beliau menegur ibu yang tidak berhati perut ini kerana membakar sampah secara terbuka. Apabila ditanya apa yang dibakar Hyphernkemberly menjawab beliau membakar najis anjing. Si jiran melihat apa yang dibakar dan terkejut kerana ianya seorang bayi yang baru dilahirkan. Si ibu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh jiran. Bayi yang terbakar teruk diterbangkan ke hospital tetapi meninggal dunia dua jam selepas itu.Pihak hospital mengesahkan bayi tersebut baru sahaja dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih lagi melekat. Hyphernkemberly kini diberikan ikan jamin USD 500 000 sementara menunggu tarikh perbicaraan. Kenapa sampai nak bakar bayi kami tak tahu. Diharap di Malaysia tak akan ada kes membunuh bayi yang meniru gaya sadis Hyphernkemberly Dorvilier. Rest in piece kid!


Serius VS - Apabila Baju Yang Dijual Tidak Sama Dengan Realiti (15 Gambar)


Hahaha

Kerap kali barang yang dibeli secara online tidak sama dengan apa yang diterima. Ini adalah 15 contoh paling WTF bahaya membeli baju di atas talian.




Serius Cool - Care-O-bot 4 : Robot Membantu Orang Tua Dan Sektor Perubatan (8 Gambar)


Terminator

Penggunaan robot yang membantu kerja rumah adalah sains fiksyen 1950an. Tetapi kini semakin banyak robot digunakan contohnya seperti Roomba yang memvakum lantai. Robot membantu orang tua dan sektor perubatan juga sebenarnya sudah wujud cuma tidak di negara kita. Di Jerman Care-O-Bot sudah digunakan sejak 1998. Tahun ini Care-o-Bot 4 muncul dan memperbaiki segala kelemahan versi sebelum ini. Ia mampu mengenal kawalan suara dan menjadi pelayan kepada orang tua. Robot ini dibangunkan oleh Fraunhofer Institute dan akan digunakan di Eropah. Setiap Care-O-Bot  mampu berfungsi sehingga 4 jam sebelum dicas semula. Jangka hayat bateri yang kecil dan seharusnya diperbaiki untuk menjadikan fiksyen robot membantu manusia realiti sepenuhnya. Coming up next Skynet will achieve self awareness. 



Serius Cool - Power Bank Berbentuk Pengawal Nintendo Famicom (6 Gambar)


Piu Piu

Nintendo Famicom ialah konsol yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami. Ia memperkenalkan kami kepada Legenda of Kage dan Mario. Konsol ini mula dijual pada tahun 1983 dan hanya dihentikan pengilangannya secara rasmi oleh Nintendo pada tahun 2003. Sepanjang tempoh 32 tahun kewujudannya sebanyak 62 Juta Famicom berjaya dijual. Oleh itu tidak mengejutkan Famicom kerap dinobatkan sebagai konsol paling berpengaruh dalam sejarah e-permainan. Ini ialah power bank merangkap pembaca kad MikroSD berbentuk pengawal Nintendo Famicom. Ia mempunyai kapasiti bateri 3600 mAh. Ia boleh disambungkan kepada sebuah peranti pintar dan PC untuk menjadi sebuah pembaca kad MikroSD. Pada harga $49 sebuah ianya mungkin agak mahal tetapi sekiranya lebih mementingkan rekaan retro yang mengimbau memori zaman kanak-kanak, ianya harus pada kadar segera.



Monday 19 January 2015

Serius Mashup - Lagi Wajah-Wajah Selebriti Barat Yang Digabungkan (9 Gambar)


WOW!

Genius! Ini ialah karya mashup oleh The Nordic Guy. Brilliant! Gabungan Brad Pitt dan Ethan Hawke adalah mengagumkan!





Serius Cool - Nike Mercurial CR7 Edisi Emas Dan Permata Sempena Ballon D'Or Ronaldo Terkini (9 Gambar)


SWAG!

Ini ialah but bolas sepak Nike Mercurial CR7 edisi khas yang mempunyai kemasan permata dan emas. But ini dihasilkan khas bagi meraikan kemenangan anugerah Ballon D'Or ke tiga Cristiano Ronaldo. Hanya sepasang dihasilkan dan ianya dipakai oleh Ronaldo dalam kemenangan menentang Getafe hujung minggu yang lalu. Stad disalut dengan emas dan tulisan CR7 bertatahkan permata. SWAG!



Serius Cool - Plathome : Rumah Moden Dengan Gerabak Keretapi (9 Gambar)


Nice

Apakah terjadi apabila tapak pembinaan rumah yang anda beli mempunyai sebuah gerabak keretapi lama? Bagi arkitek Takanobu Kishimoto ianya peluang yang baik untuk mengintegrasikan gerabak lama ini kedalam rumah baru yang direka. Gerabak keretapi lama ini sebelum ini dijadikan pusat komuniti setempat. Selepas tanah pusat komuniti dijual terdapat perancangan mengalihkan gerabak ini dari tapaknya. Tetapi penduduk setempat meraya supaya gerabak dikekalkan kerana ia mempunyai banyak kenangan silam kepada mereka. Oleh itu Plathome dibina dan gerabak lama diintegrasikan kedalam rekaan rumah yang baru. Nampak cool dan moden



Serius LOL - Kim Kong Un Friend Or Foe : Apabila Kim Jong Un Menjadi Watak Popular (9 Gambar)


Art

Adakah Kim Jong Un a bad guy ataupun dia hanya seorang lelaki yang mempunyai imej yang buruk akibat propaganda barat? Melalui Kim Jong Un Friend Or Foe, artis Billy The Butcher menghasilkan wajah ketua negara Korea Utara ini dalam versi watak terkenal. Ha ha ha! 




Serius LOL - Parodi Iklan Colgate Yang WTFBBQ


What

Semakin lama semakin WTF


Serius Cute - Anak Babi Menjadi Penarik Pelanggan Ke Pusat Membeli Belah Di China (6 Gambar)


Gimik!

Selalunya di Malaysia pusat membeli belah akan menggunakan panggung wayang sebagai penarik pelanggan untuk datang. Tetapi di Kunming China mereka mempunyai tarikan yang lebih unik dan comel. Empat ekor anak babi diletakkan di ruang legar sebagai tarikan comel. Pelanggan boleh mengambil gambar dan bermain dengan anak-anak babi ini. in b4 haram.



Serius Fakta - Berapa Kotorkah Rumah Dan Pejabat Anda?


Kotor

Secara logiknya bila difikirkan tempat duduk tandas ialah tempat paling kotor di rumah anda. Well you are wrong!



Serius Neko - Crazy Cat Persons : Gambar Comel Pencinta Kucing (13 Gambar)


Miao

Kami adalah pecinta kucing dan kini membela 2 ekor furkids. Kegilaan peminat kucing terhadap haiwan peliharaan mereka adalah legendary. Crazy Cat Persons ialah projek fotografi yang dihasilkan oleh Andreanne Lupien bagi memaparkan kehidupan sebenar seorang pencinta kucing. Sangat comel!



Serius Cool - Lebuhraya Autobahn Ditutup Menjadi Taman Awam Di Hamburg (8 Gambar)


Nice!

Lebuhraya ialah keperluan zaman moden tetapi ianya menyebabkan pencemaran yang teruk. Di Hamburg Jerman sebuah projek akan dimulakan tahun ini bagi menutup autobahn dengan taman hijau. Lebuhraya ini akan menjadi lebuhraya tertutup bawah tanah dan taman hijau yang dibina diatasnya akan digunakan oleh penduduk setempat. Projek penghijauan ini akan mengurangkan penceraman udara dan bunyi penduduk yang duduk berhampiran autobahn. Ini ialah projek pertama yang dilakukan dan dijangka siap pada tahun 2022. Beberapa projek lain sepertinya akan dilakukan bergantung kepada kejayaan projek ini. Sebuah idea yang bagus untuk alam sekitar dan penduduk setempat. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails