Thursday 20 August 2015

Serius Cool - Queen Elsa Dan Princess Anna Edisi Melayu


Beku

Queen Elsa dan Princess Anna edisi Melayu are cool. They can sing "Do you wanna make ketupat" instead of Snow Man. Ini adalah sangat beku.



Serius Cute - Bad Boys FC : 9 Peristiwa Bersejarah Bola Sepak Dihasilkan Semula Menggunakan Kanak-Kanak


Brilliant.

Beckham menendang Simeone, Maradona menampar bola dan Zidane menanduk rusuk The Matrix sehingga tergolek-golek adalah tiga peristiwa bersejarah yang kami tonton sendiri di kaca TV. Kesemua insiden ini diingati oleh peminat bolasepak kerana ianya ikonik. Jurugambar George Logan menghasilkan kesemua insiden di atas dan beberapa lagi peristiwa bersejarah dengan menggunakan kanak-kanak di dalam karya beliau Bad Boys FC. Hasilnya adalah quite nice. Suarez menggigit Chiellini masih lagi komikal dan Cantona menendang peminat Crystal Palace masih lagi Ooh Ahh Marvelous! Adakah anda dapat mengenalpasti kesemua insiden yang dihasilkan di bawah?



Serius Cool - Keemala Resort : Hotel Dengan Bilik Berbentuk Sarang Tempua Gergasi Di Phuket (18 Gambar)


Nice!

Phuket ialah destinasi percutian yang terkemuka di Thailand. Ribuan rakyat Malaysia datang ke sini untuk bercuti dan melihat ladyboys beraksi di Bangla Road. Don't you dare lie to me kids, you know and I know when you are in Phuket you go see those beautiful trannies in action. We did and it was off our bucket list. Anyway di Phuket kini ada resort cool beans yang biliknya kelihatan seperti sebuah sarang burung tempua gergasi. Di Keemala Resort, yang terletak 40 minit dari Phuket anda masih dikelilingi kemewahan walalupun tinggal di dalam sarang tempua. Sungguh awesome. Masa untuk mengumpul duit dan bercuti di Phuket. Looks super cool!



Serius Kreatif - Jika Setiap Watak Fiksyen Mempunyai Sigil Keluarga Game Of Thrones (14 Gambar)


Game of Fiction

Game of Thrones ialah siri TV yang best kerana mempunyai banyak babak bogel, ganas, bogel dan ganas. Selain kombinasi darah terpancut-pancut seperti nur cahaya wajah Dato Seri 1Derma serta kebogelan seperti laman ketiga akhbar The Sun, siri ini juga terkenal dengan sigil/lambang keluarga di Wasteros yang kewl. Apakah terjadi sekiranya watak fiksyen dari siri lain turut mempunyai sigil keluarga mereka sendiri? Berikut ialah beberapa sigil fiksyen yang dihasilkan oleh Lokiable, seorang artis yang berasal dari Brazil. House of House adalah sigil paling power!



Serius WTF - Sekiranya Finisher Mortal Kombat Digunakan Di Dunia Sebenar


Holy Tahi!

Video yang sangat ganas dan menggerunkan tetapi kelakar nak mampos. Inilah terjadi sekiranya finisher dari permainan video Mortal Kombat digunakan di dunia sebenar. NSFW


Serius LOL - 13 Lukisan Kartun Comel Dan Sinis Oleh TA7RICHA


LOL

Berikut ialah lukisan comel dan kelakar yang dihasilkan oleh TA7RICHA. Lukisan beliau juga agak sinis. Jika anda berminat anda boleh mengikuti lebih banyak karya beliau melalui laman Tumblr disini. 



Serius Cool - Ferrari F12 Berlinetta Edisi 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (8 Gambar)


Vroom

Singapura menyambut hari kemerdekaan mereka dari Dermasia hampir dua minggu lalu dengan kelegaan di dada dan kengakuhan ekonomi yang nyata. Selepas 50 tahun ditendang keluar mereka kini menendang kita dari segi kehebatan teknologi, kemantapan sistem pendidikan dan kebersihan secara total. Bagi menyambut ulang tahun Singapura ke 50, Ferrari menghasilkan Ferrari F12 Berlinetta edisi khas. Ia menggunakan warna khas Rosso Singapura dan mempunyai belang tarung bewarna putih. Warna khas ini adalah sempena warna bendera republik selatan ini. Disamping itu kemasan khas pada pintu, stereng dan kerusi turut diberikan. Hanya satu kenderaan ini dihasilkan dan ianya tidak akan dijual.

Rasanya jika ada edisi khas Ferrari untuk Malaysia bagaimanakah rupanya? Warna biru dengan logo 1 Malaysia gergasi pada bahagian bonnet? Sistem suspensi lebih tinggi untuk meredah banjir dan speed bumps?



Sunday 9 August 2015

Serius LOL - Chindogu : 20 Rekaan Tak Berguna Dari Negara Jepun


Uselessjunk

Chindogu ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud "alat aneh". Ianya nama yang diberikan kepada ciptaan-ciptaan aneh yang sepatutnya memudahkan kehidupan seharian tetapi terlalu aneh untuk digunakan secara praktikal. Terdapat ribuan Chindogu dijual di Jepun dan antara Chindogu yang paling terkenal ialah Kayu Selfie. Ye, pernah suatu ketika kayu selfie jatuh kedalam kategori alat aneh tak praktikal tetapi akhirnya digunakan seluruh dunia. AKmi mahukan Chindogu selipad dengan kayu selfie terbina di bawah. Senanng nak bunuh lipas. Let's make it a thing. Call it "cockroach slipper stick" or some shit.



Friday 7 August 2015

Serius Genius - 16 Contoh Cosplay Watak Diubah Jantina Yang Menakjubkan


Good Job!

Cosplayin is SRSBSNS oleh itu ramai yang mahu bercosplay dengan lebih kreatif. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menghasilkan kostum watak kegemaran tetapi jantinya ditukar. Di bawah ialah 16 contoh cosplay watak diubah jantina yang kami rasakan sangat well done!



Serius LOL - Teknik Penyamum Ali Baba Bujang Lapok Kini Ditiru Perompak Di United Kingdom


Life imitates Art

Ali Baba Bujang Lapok ialah filem klasik super sinis yang diarahkan oleh P Ramlee. Di dalam filem ini ada babak penyamum memangkah dahulu rumah Kassim Baba sebelum ianya dirompak pada waktu malam. Di UK baru-baru ini gempar apabila pihak Polis Warwickshire mengumumkan mereka menemui teknik serupa digunakan pada rumah sekitar Warkwickshire. Simbol yang dicat pada rumah menandakan sama ada rumah tersebut mempunyai sistem keselamatan, sudah dirompak, mudah dirompak ataupun diduduki orang kaya. Secara keseluruhan 40 simbol sudah ditemui pada beberapa buah rumah. Cat yang hanya boleh dilihat pada waktu malam digunakan untuk menandakan rumah di waktu siang. 

Nampaknya life is imitating art. Diharap penyamum di Warwickshire juga bodoh macam penyamum filem sehingga menyerang tandas di waktu malam!



Sumber i100


Serius Kreatif - Miniature Calendar: Satu Miniatur Dahasilkan Setiap Hari (15 Gambar)


Wicked

Hey we like miniature and we cannot lie. Miniature Calendar ialah projek miniatur menarik yang dihasilka oleh Tatsuya Tanaka. Patung manusia kerdil diletakkan bersebelahan objek harian untuk menghasilkan satu diorama setiap hari. Tatsuya telah melakukan projek ini sejak 2011 dan beratus miniatur comel telah dibina beliau. Sila ikut akaun Instgram Miniature Calendar untuk melihat satu miniatur comel setiap hari. Awesome project!



Serius Cool - Rekaan Pejabat Google Seluruh Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Jealous (20 Gambar)


Cool Beans Dayyum!

Google ialah syarikat teknologi ternama. Bermula sebagai syarikat carian kini ia menjadi syarikat sistem operasi mobil, komputer, kereta dan juga hiburan. Pejabat mereka berada di seluruh dunia dan terkenal dengan rekaan tidak konvensional. Rekaan dalaman mereka lebih certa, santai, aneh dan memastikan pekerja sentiasa happy. Apabila happy produktiviti meningkat dan keuntungan melambung naik. Malangnya trend pejabat cool seperti Google ini tidak digunakan pada majoriti syarikat lain di Malaysia. Yang kami tahu pejabat secool pejabat Google di Malaysia ialah office Maxis di KLCC. That is a cool place tetapi kami tak dibenarkan ambil gambar.



Serius - Jangan Tercabar : Wanita Hijabi Ini Lebih SADO Daripada Anda (4 Gambar)


My Body Is Ready

Siapa bilang gadis hijabi tidak boleh sado? Wanita hijabi membuktikan berhijab bukan penghalang untuk kelihatan seperti She Hulk ataupun Wonder Woman. Kami kini terasa insecure. 



Serius - A Sinner In Mecca : Dokumentari Kontroversi Seorang Homoseksual Mengerjakan Haji


Interesting

Parvez Sharma ialah seorang lelaki gay muslim. Beliau menghasilkan dokumentari A Sinner In Mecca yang merakamkan ibadah haji beliau sebagai seorang gay. Adakah perkara aneh berlaku seperti cerita yang sering kita baca di dalam majalah Mastika? Ini adalah trailer kepada dokumentari beliau. Looks interesting to me. 




Serius Cool - Golden Eye : Ferris Wheel Berbentuk Angka Lapan Di Makau (12 Gambar)


Banyak Ong!

Ferris Wheel sudah wujud sejak 1893 dan dicipta oleh George Washington Gale Ferris, Jr. untuk World's Columbian Exposition di Chicago. Ianya kini dilihat di tapak ekspo seluruh negara dan pernah menjadi tarikan pelancong di Melaka. Di dunia sekarang ada beberapa Ferris Wheel dengan rekaan aneh. Yang paling ternama ialah Singapore Flyer di Singapura. Terdapat juga Ferris Wheel di atas jambatan Eye of Tainjin yang dibina di China.

Di Makau kini ada sebuah Ferris Wheel yang paling unik di dunia kerana ia berbentuk angka lapan. Ferris Wheel Golden Eye dibina di  Studio City Macau yang merupakan sebuah kompleks kasino, hiburan dan hotel yang akan dibuka Oktober 2015. Ferris Wheel ini dibina pada sisi bangunan ini dan terletak 130 meter dari permukaan tanah. Terdapat 17 pod yang boleh memuatkan 10 penumpang pada satu-satu masa. Ia bergerak di atas trak sepanjang 120 meter yang mengambil masa 18 minit. Ini memang Ferris Wheel paling cool pernah kami lihat. 



Serius Hot - Taylor Swift Untuk Majalah Vanity Fair (11 Gambar)


Wow

Taylor Swift ialah ratu muzik pop sekarang. Beliau mampu memaksa Apple untuk membayar royalti kepada beliau semasa tempoh percubaan Apple Music. Beliau juga sudah memenangi pelbagai anugerah muzik. Ini ialah gambar terkini beliau untuk majalah Vanity Fair. Siapa sangka budak kanyaq yang dahulunya menyanyikan lagu putus cinta monenggang kini adalah artis wanita nombor 1 dunia. Well done Tay Tay!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails