Wednesday 21 October 2015

Serius Kreatif -NarutoXFashion : Sekiranya Watak Naruto Adalah Model Fesyen (18 Gambar)


Fashion no Jutsu

Manga Naruto baru sahaja tamat dan sekiranya anda menrindui Naruto anda boleh follow Tumblr NarutoXFashion. Wajah watak manga ini dipadankan dengan model yang memperagakan fesyen. Actually Sasuke dan Gaara agak sylo sebagai model.



Serius Konsep - Patent Depending Vehicles : 17 Rekaan Konsep Kenderaan Yang Unik


Future

Steven M Johnson ialah seorang kartunis dan pereka cipta yang gemar menghasilkan konsep kenderaan yang boleh dianggap gila. Kenderaan yang dihasilkan beliau kesemuanya direka bagi menyelesaikan masalah yang melanda pengguna jalan raya seluruh dunia. Patent Depending: Vehicles ialah buku beliau yang mengumpulkan 400 idea kenderaan aneh yang pernah beliau hasilkan. As you can see they are crazy but cool.



Serius - The Forest : Filem Seram Yang Berkisar Hutan Bunuh Diri Aokigahara Jepun


Die!

Hutan Aokigahara ialah hutan yang menjadi magnet individu yang ingin membunuh diri di Jepun. Setiap tahun puluhan mayat dan rangka dibawa keluar dari hutan angker yang terletak di kaki Gunung Fuji. Selain dipenuhi mayat orang yang membunuh diri, hutan ini juga mempunyai banyak arca seram. Terdapat pelbagai cerita tahyul yang mengatakan Aokigahara adalah tempat iblis (Oni) tinggal dan ini membuatkan ramai orang akan membunuh diri. Kini ada filem baru bertajuk The Forest yang menggunakan Aokigahara sebagai latar belakang. Ia dibintangi Queen Magerys Natalie Dormer. All hail!




Serius Cool - Enviro400H : Bas Dua Tingkat Baru Kota London (13 Gambar)


London Calling

Kota London terkenal dengan rumah VVIP Melayu simpan gundik, jalan raya bau kencing,keluarga feudal yang semakin tidak releven dan bas dua tingkat. Bas dua tingkat Routemaster sudah wujud selama berpuluh tahun dan membawa jutaan penumpang sekitar ibu negara United Kingdom ini. Sebuah bas dua tingkat baru, Enviro400H diperlihatkan baru-baru ini dengan rekaan lebih kecil. Ia hanya mempunyai satu tangga dan dua pintu. Rekaan bas lama mempunyai dua tangga dan tiga pintu. Bas lebih kecil ini akan digunakan di kawasan yang mempunyai jalan raya lebih kecil. Saiz lebih kecil Enviro400H akan memudahkan ianya dipandu.



Serius LOL - 16 Pembohongan Yang Paling Kerap Diucapkan Oleh Seorang Pereka Grafik


True

Rasanya zaman kolej dahulupun banyak kali gunakan alasan yang sama pasal memang designer memang kaki kencing!



Serius Neko - Beg Tangan Wanita Berbentuk Kucing Comel (9 Gambar)


Ya Allah!

Ini ialah beg tangan wanita yang berbentuk kucing comel. Sangat comel rasa seperti mahu menampar tetapi tak sampai hati pasal tak ada kaki. Kesemua beg tangan kucing ini dihasilkan oleh Pico, seorang artis yang berasal dari Jepun. Kesemua beg yang dipaparkan di bawah sudah dilelong pada harga USD 700 (RM 3000) sebuah. Memang harga yang melampau untuk sebuah beg tangan tetapi come on you have to admit they are too damn cute.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails